Wednesday, April 27, 2016
Kaum Iban Berbangga Presiden PAS Turun Ke Perkampungan Mereka..
SAMARIANG, 27 April : Sokongan daripada kaum Iban untuk calon PAS N07 Dun Samariang tidak berbelah bahagi apabila kehadiran mereka di Pusat Penamaan Calon memberangsangkan.
Mereka setia menanti walaupun cuaca di tempat kejadian hujan lebat.
Sebaik sahaja pengumuman calon oleh pihak SPR, laungan takbir silih berganti dengan jeritan “HIDUP PAS” daripada mereka.
Dalam ucapan wakil daripada kaum Iban semalam ada menyebut mereka terharu dan berbangga Tuan Guru Presiden PAS dapat turun ke perkampungan mereka untuk melihat kesusahan mereka yang sering diabaikan oleh pihak kerajaan sekarang.
Mereka yakin PAS dapat membantu mereka untuk meneruskan hidup dengan lebih baik.
Terkini, Ustaz Yusof menerima keahlian baru Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dari penduduk berbangsa Iban, Kampung Siol Kandis, 25 April lalu.
Seramai 30 orang penduduk menyerahkan borang keahlian DHPP disaksikan juga oleh AJK PAS Pusat Dr. Riduan Mohd. Nor dan Ustaz Ahmad Dusuki.
"Bersama Sejahterakan Samariang"
#SamariangSejahtera
#UntukmuSarawak
#PRNSarawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment