Wednesday, April 13, 2016

Kenapa Takut Dr Zakir Naik Hingga Menggelar Syaitan? -Naib Presiden Pas


SHAH ALAM – "Kenapa perlu takut dengan Dr Zakir Naik?," demikian persoalan dibangkitkan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

Menurutnya, tubuh Zakir Naik kecil sahaja malah wataknya lembut.
“Tiba-tiba kedatangan beliau ke Malaysia telah menjadi isu yang kontroversi. Sehingga sanggup menggelar beliau syaitan.
“Islam tegak dengan hujah. Bawalah hujah, jangan terlalu emosi sehingga hilang rasional dan nilai intelektual,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof Dr P.Ramasamy dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook menggelar Zakir sebagai 'syaitan dan penipu'.

Tindakan Ramasamy mengundang kritikan keras Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang.

Pengerusi Biro Agama GPMS Pulau Pinang, Azdy Mohd Arshad berkata, sebagai seorang timbalan ketua menteri dan ahli akademik, Ramasamy sewajarnya mengambil pendekatan yang lebih berhemah dan bijaksana dalam mengeluarkan kenyataan serta pandangan dalam laman sosial Facebook.  

"GPMS Pulau Pinang sangat kecewa dengan tindakan Ramasamy menghasut rakyat khususnya dalam kalangan kaum India beragama Hindu untuk memusuhi Dr Zakir Naik yang secara tidak langsung tindakan ini juga membangkitkan kemarahan, kebencian dan permusuhan penganut agama lain ke atas agama Islam," katanya.

Sebelum itu, Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) mendesak kerajaan segera membatalkan program yang melibatkan Zakir termasuk melarangnya memasuki negara ini.

Semalam, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya telah memutuskan untuk tidak membenarkan forum Zakir di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) demi ketenteraman awam dan sensitiviti beragama di negara ini.

Zakir dijadualkan akan berada di UTeM bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Persamaan Antara Hinduisme dan Islam', Ahad  ini.

Sementara, Mufti Perlis yang mengulas mengenai larangan itu menawarkan Zakir ke Perlis bagi menyampaikan ceramahnya sekiranya ceramah asalnya di Melaka itu dibatalkan. (SH)

9 comments:

Anonymous said...

Mestilah takut sebab DAP anti Islam


http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral


APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

DAP kena hantar Ramasamy masuk sekolah semula: Presiden Isma


Abdullah Zaik Abd Rahman Presiden ISMA

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, Rabu – Parti rasis dan cauvinis, DAP disaran menghantar Timbalan Setiausaha Agungnya, P Ramasamy masuk semula ke sekolah.

Saranan itu dilontarkan oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman susulan komen kurang ajar yang ditulis oleh Ramasamy, kelmarin.

“Saya cadangkan supaya DAP hantar Ramasamy masuk sekolah semula supaya dia belajar mengenai adab sopan dan budi bahasa.

“Dia juga perlu diberi kursus supaya faham ideologi liberal dan keterbukaan DAP,” sindirnya dalam satu kenyataan semalam.

Menerusi kenyataan awal dalam Facebook kelmarin, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menulis ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.

Kenyataan yang mencerminkan ketidakmatangan ahli parti itu muncul selepas bantahan sama dikeluarkan oleh Hindraf dan MIC yang kemudiannya dikutuk oleh umat Islam.

Bagaimanapun semalam Ramasamy menyatakan kekesalannya kerana telah menulis sedemikian.

Anonymous said...

Apa kata PAN? Apa kata Mat Sabu, khalid Samad dll. Adakah Dr Zakir boleh dihina semata2 kerana beliau terbabit dalam dakwah Islamiyah.

Mat Sabu, khalid Samad, Mujahid, Nizar hanya berani dgn PAS tapi gerun dengan DAP yg anti Islam. Sewaktu Ramasamy panggil Dr Zakir Satan, semua orang Islam bersuara tanpa ada halangan politik. PAS, UMNO, ISMA dll bersuara menentang Ramasamy dari DAP.

Mungkin lepas tarik balik baru Mujahid dan Mat Sabu dari PAN nak bersuara. Mungkin lutut jadi lembek takut DAP maki.


Minggu ini DAP melalui Ramasamy memaki hamun Dr Zakir. Satu hari di masa depan mungkin DAP akan memaki hamun Imam Ghazali, Imam Ahmad dan Imam Bukhari.

Apa PAN akan buat? Mereka hanya membisu kerana PAN adalah talibarut DAP.

By the way mana itu Mujahid Yusuf Rawa. Adoiiiiiii G-25 punya talk sikit dia sokong ka pasal tolak hukuman khalwat. Apasal sampai Dr Zakir, Mujahid senyap macam berhala zaman Abu Lahab. Keras kematu, bibir tak bergerak.

Balik la PAN. Kamu tu hanya talibarut DAP, Ramai pemimpin PAN pun sudah tak pakai kopiah. Mungkin kerana mahu dilihat Progressive, Inclusive dan Faham. Aku tak terkejut lepas ni kaum2 PAN ni pakai topi Cowboy dan pakai Boot. Mestilah kalau tak G25 tak hormat pulak kat PAN.

Mat Sabu isu lain, siap baling mikrofon. Bila sampai ugamawan di maki hamun oleh DAP, Mat Sabu membisu.

Jesse Labu
Keadilan Reform

Anonymous said...



Aloo..

Wahai Idris Ahmad memang baguss kamu memehak/memuji kpd Dr Zakir Naik

Tetapi bgmn dgn kamu, Hadi Awang, Haron Ding, Tantawi dll tu ada "TELOR" ke berani utk berHUJJAH dan BerDEBAT sprt Dr Zakir Naik?

Ilmu AL-QURAN itu trsgt2 hebat sbb itu Dr Zakir Naik sggup berHUJJAH dan berDEBAT dgn ssape shj termasuk dgn non-Muslim

Ada kesah yg kamu/Idris Ahmad tentu maseh ingat bgmn Presiden Hadi Awang kamu itu "kecut" hanya utk bertemu dan bersoal jwb dgn ADUKA TARUNA jer...hehehe ulamak ape gitu??

Drp gah nak memehak/memuji Dr Zakir Naik yg berani berHUJJAH dan berDEBAT adalah lebih baik kamu memuji JIBBY dan Hardy Aweng yg sgt "kecut" utk berHUJJAH dan berDEBAT tu kan?

Anonymous said...

Kah kah kah anon PAN panas badan


ZAKIR NAIK BELUM DAPAT AMPUNKAN GUAN ENG!!!

Benar! Isu yang sengaja dijadikan hangat oleh puak DAPigs mengenai kehadiran Dr. Zakir Naik tidak mungkin dapat membuatkan rakyat lupa dengan isu yang kini sedang menghantui Guan Eng.

Tindakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menjadikan isu kehadiran Dr. Zakir Naik jga turut dilihat sebagai salah satu taktik untuk mengalih perhatian rakyat dari isu Si Guan Eng tu.

Rakyat sudah pasti dapat melihat, penghinaan yang dibuat oleh Si Ramasamy merupakan salah satu taktik untuk membuatkan rakyat lupa kes yang melibatkan Ketua menteri Pulau Pinang.

Bagi sesetengah pihak, mereka agak curiga kenapa tiba - tiba Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang tu berkokok pasal isu Dr. Zakir Naik sedangkan dia bukannya 'Alim' sangat dalam agama Hindu.

Maka sebab itu mereka berpendapat, tindakan Si Ramasamy tu menghina Dr. Zakir Naik dan menggelarkannya 'Satan' hanya satu helah untuk membuatkan rakyat lupa tentang kes Guan Eng.

Guan Eng yang sebelum ini hangat dengan kontroversi pembelian rumah banglow mewah dan penjualan tanah Taman Manggis menjadi isu utama yang diperkatakan dikalangan rakyat.

Rata - rata, mereka masih mempertikaikan tindakan Guan Eng yang membeli rumah dibawah harga pasaran yang didakwa turut mempunyai konflik kepentingan bagi dirinya sendiri.

Ianya berikutan pendedahan demi pendedahan yang dibuat mengaitkan pemilik rumah banglow tersebut dengan syarikat yang membeli tanah Taman Manggis di Pulau Pinang didedahkan secara umum.

Maka kesimpulannya, tak perlu la Si Ramasamy tu nak susah - susahkan diri dan cuba nak mengalihkan isu dengan membangkitkan soal kehadiran Dr. Zakir Naik ke Malaysia pada ketika ini. Hakikatnya, itu semua hanya sekadar 'Wayang Kuntau' DAPigs belaka!!!

Semut Hitam at Rabu, April 13, 2016

Anonymous said...

Lagi satu PAN, korang kasi elaun kat kutu yg maki nama2 Ustaz dalam ruangan komen ini. Kerana mereka orang makin benci kepada PAN dan DAP.

Kepada kepimpinan PAN dan DAP, tolong kasi elaun kilo kilo kepada blogger2 yg memaki hamun sesama Islam. Lebih banyak diorang maki, lagi kuat orang Islam tolak PAN dan DAP. Paling bagus bagi gaji selayaknya CEO syarikat lombong emas, supaya mereka akan kuat memaki hamun dan seterusnya menjahanamkan kepercayaan penyokong2 Islam yg sedia ada terhadap PAN dan DAP.

Syabas blogger2 PAN kerana membantu BN dengan ada gaya dan style. Mu ngkin korang dapat membeli rumah bungalow terlajak diskaun tanpa swimming pool

Jesse Labu
Keadilan Reform

Anonymous said...

SIKAP PERMUSUHAN ORANG KAFIR TERHADAP ISLAM DAN UMAT ISLAM

Dr Zakir Naik menggunakan cara yang berhikmah dan diskusi dan penelitian ilmiah untuk memberi kefahaman kepada umat Islam dan orang kafir tentang ajaran Islam dan menyeru manusia di seluruh dunia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran dan kesesatan tetapi pemimpin kafir cuba menghalang Dr Zakir dan program dakwah Islam yang bererti pemimpin kafir cuba menghalang umat Islam dari menghadiri program dakwah Dr zakir Naik. MAKA PEMIMPIN KAFIRLAH YANG MENJADI SYAITAN (SATAN, LUCIFER, DEVIL DLL KERANA CUBA MENGHALANG MANUSIA DARI MENGHAYATI KEBENARAN.

Kita amat bersyukur kepada Allah kerana Allah telah mendedahkan sikap permusuhan orang kafir dan pemimpin kafir dan parti kafir dan NGO kafir terhadap Allah dan RasulNya, agama Islam, ulama Islam, parti Islam dan umat Islam. Permusuhan orang kafir terhadap agama Islam dan umat Islam yang selama ini bersifat naif (naive) telah menyebabkan umat Islam terkejut beruk ( terkejut yang amat terkejut) dan tersedar dari tidur dan menyedarkan mereka bahawa orang-orang kafir tidak pernah meredhai umat Islam.

Pemimpin kafir yang telah menghina dan menfitnah Dr Zakir dan program dakwahnya adalah pemimpin pengecut tahap longkang kerana mereka hanya berani menfitnah dan menghina Dr Zakir dan program dakwah Islam dari jarak jauh tetapi mereka takut menghadiri program dakwah Dr Zakir untuk berbahas dengan Dr Zakir. Ini bererti pemimpin kafir sendiri meragui ajaran agama kafir mereka sendiri menyebabkan mereka hilang keyakinan untuk berbahas dengan Dr Zakir.

Tindakan pemimpin kafir jelas menunjukkan mereka tidak menghormati agama Islam dan hak umat Islam sebagai penduduk negara ini untuk mengamalkan ajaran Islam tetapi pada masa yang sama mereka mahu kita menghormati agama mereka dan hak mereka. Inilah satu bentuk kemunafikan( hypocrisy) pemimpin hipokrit kafir yang bertaraf longkang dan amat meloyakan !

Oleh sebab itu wahai umat Islam marilah kita semua bersatu padu dan mentaati perintah Allah dan RasulNya:

(1) Umat Islam wajib mentaati Allah dan RasulNya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya)."(Al-Anfaal 8:20)

(2) Sesungguhnya Allah telah memberitahu kita di dalam Al-Qur'an bahawa orang-orang kafir tidak pernah redha terhadap umat Islam:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."(Al-Baqarah 2:120)

(3) Sesungguhnya Allah dan RasulNya melarang umat Islam mengundi orang-orang kafir menjadi pemimpin bagi umat Islam:

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."
(A-li'Imraan 3:28)

Anonymous said...

Wahai talibarut pemimpin kafir yang menentang Islam, bertaubatlah kamu sebelum terlambat kerana jika kamu gagal bertaubat, kamu akan berkongsi neraka dengan mereka. Jika kamu mati hari ini dan disoal-siasat dan disiksa oleh malaikat Munkar dan Nakir di alam Barzah dan dihumban ke dalam neraka yang amat menyiksakan, bolehkah pemimpin-pemimpin kafir itu menyelamatkan kamu sedangkan mereka sendiri dihumban ke dalam neraka jahannam?

Anonymous said...

Balaci-balaci pemimpin kafir seperti Anon 12:23 PM sepatutnya merasa malu kerana pemimpin kafir mereka yang menfitnah Dr Zakir Naik adalah pemimpin kafir yang bersifat pengecut kerana mereka takut berbahas dengan Dr Zakir. Mereka hanya berani membuat fitnah dari jauh sahaja ! Bos-bos Anon 12:23 PM tidak mempunyai telor!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails