Monday, April 18, 2016

Kepung, Serbu, Cekup Polis Dalam Balai. SPRM Tangkap Ikan Bilis?

BALAI Polis Ayer Itam di George Town lokasi lima anggotanya ditahan SPRM kelmarin.


GEORGE TOWN – Lima anggota polis termasuk seorang anggota wanita dari Balai Polis Ayer Itam di sini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang selepas mengepung dan menyerbu balai itu kelmarin.
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M. Samarajoo berkata, pihaknya melakukan serbuan di balai itu pada pukul 2.30 pagi sebelum menahan lima anggota polis berusia 20 hingga 40 tahun.
“Anggota polis yang ditahan itu terdiri daripada seorang berpangkat koperal, tiga lans koperal dan seorang anggota wanita berpangkat konstabel.
“Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung penerimaan sejumlah wang bagi menyelesaikan kes curi kereta membabitkan seorang lelaki baru-baru ini,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut beliau, kesemua anggota polis itu ditempatkan di lokap SPRM negeri dan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas pihaknya merekodkan keterangan mereka.
Samarajoo berkata, siasatan kes itu masih dijalankan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan memanggil beberapa lagi saksi bagi membantu siasatan kes rasuah itu.
sprm-bribe
Walaupun begitu, Berita Ahad. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang tidak mengepung Balai Polis Air Itam sebelum menahan lima anggota yang bertugas di situ dalam serbuan awal pagi semalam, sebagaimana dilapor media.
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M Samarajoo berkata, serbuan itu berlandaskan undang-undang sedia ada dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi itu tidak mengepung balai polis berkenaan atau bertindak kasar terhadap anggota polis yang ditahan berkenaan sebaliknya mereka masuk melalui pintu utama balai.
“Pegawai SPRM turut memperkenalkan diri dan mengemukakan kad kuasa kepada polis balai itu sebelum menahan lima anggota berkenaan,” katanya kepada Bernama, hari ini.
Portal berita hari ini melaporkan SPRM Pulau Pinang terpaksa mengepung balai polis itu sebelum menahan lima anggota yang dipercayai terbabit kes rasuah. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah SPRM, walaupun yang ditangkap itu baru ikan bilis?

4 comments:

Anonymous said...

La ni ikan bilis ada demand pak aji oiii..

Anonymous said...

dulu2 makanan orang miskin,tapi La ni jadi rebutan orang kaya..kaya

Ibnu Hasyim said...

Ha ha ha.

Anonymous said...

Sprm lps geram...nk serbu putra jaya... Tp ketaqq.... Tuu yg pi pneng... Cari lge.... Tp lge ada peguam.... Kna laa ckop juga ....sbb dh pie pneng.... Lans koprall pon jd laa lps grammmmmmm.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails