HALAMAN HIBURAN
INI suasana Konsert Ella 2016 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor malam kelmarin. Konsert yang mengundang kejutan?
Ella atau nama penuhnya, Norzila Aminuddin tampil bertenaga dikelilingi barisan pemuzik handalan yang secara tidak langsung menyuntik aura tambahan sepanjang konsert berlangsung, walaupun disebutkan juga, pada usia 50 tahun, ratu rock negara itu tidak lagi selincah dahulu lagi.
Inikah Kejutan?
Petikan gitar ahli kumpulan rock, Lefthanded yang ‘berhantu’ itu turut memukau kehadiran kira-kira 8,000 penonton yang rata-ratanya memakai baju berwarna putih sebagai simbolik kepada mesej memerangi gejala dadah yang diperjuangkan Ella. Turut beraksi cemerlang ialah Fly (pemain bass), Ridz (pemain gitar), Roza Rio (pemain keyboard) dan Ujang (pemain dram).
Ella melakukan beberapa kejutan pada konsert berskala besar sempena meraikan ulang tahun ke-30 pembabitannya dalam bidang seni.
Satu:
Selain penampilan istimewa bersama suami, Azhar Husaini Ghazali yang bermain gitar ketika Ella mendendangkan lagu Cinta Berakhir dan Dua Insan Bercinta, pasangan itu turut berduet untuk mengalunkan lagu Mendung Tak Bererti Hujan yang dipopularkan bersama Deddy Dores dalam album Unggul 1993.
Kebahagiaan jelas terpancar daripada riak wajah pasangan yang diijabkabulkan pada 7 Julai 2012 itu, terutamanya ketika Azhar yang bertugas sebagai juruterbang Firefly mencium dahi Ella usai lagu Dua Insan Bercinta.
Namun, anak seni kelahiran Gelugor, Pulau Pinang yang dibesarkan di Klang, Selangor itu melakukan kejutan paling besar apabila menampilkan barisan ‘hero gitar’ yang membariskan enam gitaris terbaik terdiri daripada Man Kidal sendiri, Lord The Boys, Joey Wings, Edrie Hashim, Hillary Ang dan Kyoji Yamamoto dari Jepun.
Dua:
Tepat pukul 9 malam, stadium tertutup yang hingar-bingar dengan suara penonton itu diceriakan dengan keletah dua pelawak tanah air, Abam Bocey dan Ali Putih. Penyanyi wanita muda, Kaka Azraff yang juga anak saudara Ella diberi penghargaan membuka tirai pada konsert itu apabila muncul mendendangkan lagu hitnya, Bukan Hal Aku sebelum mengalunkan lagu Standing In The Eyes Of The World.
Sebaik Kaka mengundur diri, Bunkface pula menguasai pentas menyampaikan dua hit mereka, Malam Ini Kita Punya dan Darah Muda.
Tiga:
Pentas sekali lagi dimeriahkan oleh Abam dan Ali Putih sebelum gimik Ella dan suaminya, menaiki helikopter menghiasi skrin besar di atas, kiri dan kanan pentas.
Empat:
Tepat pukul 9.30 malam, kelibat Ella yang yang berpakaian serba putih muncul meredakan penantian penonton mengalunkan lagu Permata Biru daripada album Pengemis Cinta 1989 diiringi sentuhan muzik daripada Man Kidal, Fly, Ridz, Roza Rio dan Ujang.
Ella kemudiannya mendendangkan tiga buah lagi lagu iaitu Justeru, Bendera Damai dan Pengemis Cinta sebelum menjemput tetamu istimewa, Lokman Idris atau nama samarannya, Lord yang merupakan ketua kumpulan The Boys.
“Insan ini sangat istimewa. Beliau orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya ke dunia hiburan. Tanpa beliau, saya tidak akan berdiri di sini hari ini,” lontar Ella.
Meskipun sudah berusia, petikan gitar Lord nyata berbisa ketika dua buah lagu yang pernah dipopularkan Ella & The Boys sekitar 1980-an, Cinta Berakhir dan Dua Insan Bercinta bergema di stadium berkenaan.
Lima:
Ella yang sudah 30 tahun bergelumang dalam dunia seni tidak berdepan masalah untuk berinteraksi dengan para penonton sepanjang meneruskan persembahan dengan lagu-lagu seterusnya.
Tiba-tiba sahaja penonton seakan-akan ‘dirasuk’ apabila alunan bunyi muzik keras hasil petikan gitar enam pemain gitar terbaik negara, Man Kidal, Lord, Joey Wings, Edrie Hashim, Hillary Ang dan Ridz yang menyampaikan lagu instrumental, Belenggu. Persembahan diteruskan dengan lagu Penawar nyanyian Ella bersama petikan gitar solo Edrie Hashim dan Nuri (Joey Wings).
Ella yang sudah 30 tahun bergelumang dalam dunia seni tidak berdepan masalah untuk berinteraksi dengan para penonton sepanjang meneruskan persembahan dengan lagu-lagu seterusnya.
Tiba-tiba sahaja penonton seakan-akan ‘dirasuk’ apabila alunan bunyi muzik keras hasil petikan gitar enam pemain gitar terbaik negara, Man Kidal, Lord, Joey Wings, Edrie Hashim, Hillary Ang dan Ridz yang menyampaikan lagu instrumental, Belenggu. Persembahan diteruskan dengan lagu Penawar nyanyian Ella bersama petikan gitar solo Edrie Hashim dan Nuri (Joey Wings).
Para penonton terus disajikan dengan persembahan mantap Ella bergandingan dengan insan yang pernah bekerjasama ketika menjayakan album Ella USA (1994), gitaris Kyoji Yamamoto.
Akhir:
Pesanan. Akhirnya.. Ella sempat menitipkan pesanan buat penonton: “Hidup ini biarlah bersih, jauh daripada dadah.” Persembahan ini berakhir pada pukul 12.30 pagi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah konsert ini berfaedah untuk mendidik generasi muda dalam membantu pembangunan negara? Membantu pembangunan rohani dan jasmani, atau pembangunan dunia wal akhirat? Bolehkah mencapai matlamat yang baik melalui cara yang salah?
Hanya Allah saja yang Maha Tahu.
Akhir:
Pesanan. Akhirnya.. Ella sempat menitipkan pesanan buat penonton: “Hidup ini biarlah bersih, jauh daripada dadah.” Persembahan ini berakhir pada pukul 12.30 pagi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah konsert ini berfaedah untuk mendidik generasi muda dalam membantu pembangunan negara? Membantu pembangunan rohani dan jasmani, atau pembangunan dunia wal akhirat? Bolehkah mencapai matlamat yang baik melalui cara yang salah?
Hanya Allah saja yang Maha Tahu.
Inilah yg saya kata banyak kali, bila program kebenaran macam Zakir Naik. Belum apa2 Deputy Secretary General DAP Mr Ramasamy panggil Zakir Naik Satan. Paling ngeri bila Mat Sabu, Khalid Samad dan Mujahid tidak bangun membidas DAP. Bila program lagha, PAN dan DAP hanya membisu. Sebab apa, mereka mahu umat Islam khayal dengan hiburan
ReplyDeleteCuba baca apa Khalid Samad cakap pada tahun 2014 mengenai Oktoberfest. Alangkan majlis beer pun Khalid Samad Okey, Inikan pula majlis hiburan. Inilah dikatakan sebagai Liberal Secular Islam yg menyintai DAP lebih dari menyintai para Ugamawan.
ReplyDeleteSila terus ke link Ismaweb untuk falshback apa jadi ntahun 2014
http://www.ismaweb.net/2014/10/khalid-samad-pesta-arak-oktoberfest-tidak-boleh-dihalang/
Khalid Samad: Pesta arak ‘Oktoberfest’ tidak boleh dihalang
BANGI, 2 Okt – Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.
Sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.
Di petik dari Ismaweb
ReplyDeletehttp://www.ismaweb.net/2016/03/islam-liberal-mengikut-telunjuk-syaitan/
Islam liberal mengikut telunjuk Syaitan
MENITI cabaran yang perlu dihadapi oleh umat Islam pada masa kini, sangat menggentarkan jiwa. Satu demi satu, usaha untuk mengganggu-gugat dan menjatuhkan martabat Islam giat dilakukan oleh musuh-musuhnya.
Tidak ketinggalan, musuh dalam diam yang merupakan salah satu cabaran terbesar umat Islam masa kini ialah fahaman liberalisme atau Islam liberal.
Apa itu liberalisme? Fenomena liberalisme atau Islam Liberal ini menurut Jurnal Hadhari 5(1) (2013)37-53 adalah satu aliran pemikiran yang menghendaki kepada keterbukaan dalam berijtihad yang melampaui batas-batas agama yang telah sedia ada sepertimana di dalam al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan qiyas.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Aliran Pemikiran Liberal: Hukum dan Implikasinya Kepada Islam Di Malaysia.
Muzakarah telah memutuskan bahawa Gerakan Pemikiran Liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah.
Kelompok yang mengamalkan pemikiran ini dikategorikan sebagai perosak agama dan musuh Islam kerana mereka menggunakan label Islam liberal untuk memperjuangkan hak kebebasan dan hak asasi manusia.
Dalam tidak sedar, umat Islam masa kini secara perlahan-perlahan sudah diresapi pemikiran ini yang disifatkan cendekiawan, sebagai salah satu agenda doktrin Yahudi- Kristian untuk memesongkan akidah Muslim sekali gus menghancurkan Islam.
Sememangnya itulah misi utama mereka sehingga kiamat.
Kelompok ini memandang semua kebenaran adalah relatif (tidak pasti), sehingga tidak ada kebenaran mutlak, termasuk kebenaran agama.
Selain itu, gagasan pemikiran Islam Liberal juga menolak pelaksanaan Syariah Islam dengan mengatakan bahawa pelaksanaan hukum Islam pada saat ini hanya akan memberi kesan negatif kerana pelaksanaannya dianggap sangat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman.
Mereka, seperti beberapa kumpulan Melayu yang mengaku diri mereka profesional, berasakan hukuman Islam secara zahirnya kelihatan kejam, sedangkan sebagai seorang Muslim, haram hukumnya mempunyai perasaan seperti itu.
Dengan itu, aliran Islam Liberal ini tidak ragu-ragu untuk mengubah bentuk hukum yang sedia tertera di dalam al-Quran dan Sunnah seperti sistem pembahagian pusaka, kewajipan menutup aurat bagi kaum wanita, keharusan poligami, hukum hudud dan hukuman bunuh ke atas Muslim yang murtad, kepimpinan wanita dalam solat, hak mutlak suami untuk menceraikan isteri, larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam serta
undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia (Riduan Mohamad Nor & Ahmad Adan Fadhil 2009).
Sayangnya di Malaysia, kelompok liberal ini membabitkan kalangan intelektual Islam yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang hak asasi manusia. Apabila golongan berintelektual juga terpengaruh dengan fahaman seperti ini, apatah lagi orang yang kurang berpendidikan.
Sudah tentunya fahaman ini dengan mudah dapat diresapi oleh masyarakat yang tiada pegangan akidah yang kuat dan jauh jiwanya daripada al-Quran.
Pelbagai perkara yang sudah ditetapkan di dalam Islam, akan menjadi pertikaian puak- puak ini. Mereka tanpa sudah, akan terus mencari kesalahan dan mempersoalkan kebenaran ayat-ayat suci al-Quran serta as-Sunnah kerana pada dasarnya, jiwa mereka sudah tidak Islam.
Justeru, sebagai umat Islam yang hebat dan berfikir, janganlah kita mudah terpengaruh dengan aliran pemikiran seperti ini kerana ia pada akhirnya hanya membawa kepada kebinasaan semata-mata yang bukan hanya membabitkan diri sendiri, bahkan juga orang di sekeliling.
Kejahatan PAN dalam perkara2 Lagha. Sila baca Ismaweb
ReplyDeletehttp://www.ismaweb.net/2015/06/khalid-samad-pertahan-dap-buta-tuli-tak-buat-kajian/
Khalid Samad pertahan DAP buta tuli, tak buat kajian
BANGI, Selasa – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyifatkan sikap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mempertahankan DAP secara membuta tuli sebagai sangat menghairankan.
Katanya, tindakan itu membayangkan dia seorang ahli politik yang tidak mengkaji atau membaca.
“DAP adalah satu entiti politik yang mempunyai sejarah yang sepatutnya telah dikaji oleh Khalid.
“Parti majoriti kaum Cina itu jelas membawa cita-cita perjuangan kaum yang melampau sepanjang sejarah sehingga hari ini.
“Ditambah pula dengan hubungan yang erat parti itu dengan gereja Evangelis yang menyokong agenda liberal dan pembaratan,” katanya kepada Ismaweb.
Beliau mengulas kenyataan Khalid Samad yang mempertahankan parti rasis DAP sebagai tidak cauvinis.
Malah, Khalid yang kalah teruk dalam Muktamar Agung PAS awal bulan ini turut memalitkan ISMA sebagai cauvinis.
Abdullah berkata, DAP adalah parti berbahaya dengan fahaman Zionis yang dianut mereka.
“Yang paling menakutkan adalah di kalangan Evangelis itu mereka yang menganut fahaman Zionis yang melampau. Liberal demokratik, sosialis dan sekular bukanlah matlamat akhir perjuangan DAP yang didukung majoriti bangsa Cina. Tetapi lebih besar daripada itu ialah memperkukuhkan pengaruh dan cengkaman kaum mereka dalam politik, ekonomi dan budaya.
“Malang bagi seorang ahli politik yang lantang macam Khalid Samad tetapi gagal menampilkan imej intelektual yang mengkaji dan membaca,” katanya lagi.
Lagi kejahatan PAN Imayam di Petik dari dari Ismaweb. Apa ka jadah LBGT pun wokey
ReplyDeletehttp://www.ismaweb.net/2014/07/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/
Dr Mujahid: Penghalang atau pembela LGBT?
Draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT, sebaliknya, rang undang-undang itu melindungi hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender untuk tidak didiskriminasikan dalam aspek seperti bidang pekerjaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Datuk Dr Mujahid Yusof, sebagaimana dilaporkan oleh portal media liberal Malaysiakini.
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dan tahniah kepada Datuk Dr Mujahid kerana draf rang undang-undang ini tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT.
Datuk Dr Mujahid,
Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?
Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?
Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.
Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?
Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.
“Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina. Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya,” kata Dr Mujahid lagi.
Kita bersetuju bahawa tidak boleh melakukan diskriminasi berdasarkan jantina tetapi kita bertanya di bawah gender apakah dan dalam jantina apakah terletaknya orientasi seksual LGBT? Lelaki atau perempuan? Atau ada jantina lain di sisi Dr Mujahid? Ia adalah rahsia yang terbuka bahawa LGBT bukanlah jantina. Lelaki dan perempuan ialah jantina tetapi LGBT bukan jantina. LGBT tidak lain hanyalah perlakuan sumbang yang didasarkan oleh kemahuan hawa nafsu manusia semata. Lalu mengapa ada kumpulan bersungguh-sungguh berjuang agar masyarakat dunia menerima dan mengiktiraf LGBT sebagai jantina selain lelaki dan perempuan? Tidak lain hanyalah untuk menghalalkan kemahuan nafsu serakah mereka sahaja agar tidak lagi menjadi kesalahan di sisi undang-undang dan tidak lagi dipandang jelek oleh masyarakat yang bertamadun.
Sebagai pejuang Islam rahmatan lil ‘alamin yang gigih berdialog dengan orang bukan Islam, Dr Mujahid sepatutnya telah lama jelas perbezaan antara sibghah Allah (acuan Islam) dengan acuan Barat, antara hak asasi manusia tajaan Barat yang kafir dengan hak asasi manusia yang telah digariskan sendiri oleh Allah swt dan antara pandangan alam Barat dengan pandangan alam Islam. Manusia kafir mencorakkan hak asasi manusia berdasarkan logik akal semata tetapi manusia muslim mencorakkan hak asasi manusia berdasarkan wahyu Ilahi.
Majlis majlis hiburan dibiarkan, majlis2 ugama dihina, sampai Khutbah Jumaat pun dihina. Itulah DAP kesayangan PAN
ReplyDeletehttp://www.suara.tv/2015/02/09/adun-dap-dakwa-khutbah-jumaat-mengenai-tutup-aurat-letak-kesalahan-pada-wanita/
ADUN DAP Dakwa Khutbah Jumaat Mengenai Tutup Aurat Letak Kesalahan Pada Wanita
Posted on February 9, 2015 by Editorial|
Kuala Lumpur – Selepas peguam Eric Paulsen melabel khutbah Jumaat Jakim ekstremis kini seorang exco Pulau Pinang pula mengkritik khutbah Jumaat Jais yang menyentuh mengenai isu tutup aurat bagi mengelakkan daripada dirogol.
Exco wanita Chong Eng berkata, mesej khutbah Jumaat Jais itu memberi maklumat silap mengenai rogol, menyalahkan mangsa rogol dan menunjukkan berat sebelah lelaki dalam kepimpinan agama.
“Malangnya, khutbah Jais memberi maklumat mengelirukan, tidak bertanggungjawab, kurang hormat dan jelas berat sebelah lelaki.
“Mesej tutup aurat langsung tidak membantu mangsa wanita dari segi serangan seksual dan penderaan.
“Sebaliknya, ia mengalihkan kesalahan dan tanggung jawab mencegah jenayah seksual ke atas mangsa dan bukannya orang yang menyerang,” kata Chong yang juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dalam satu kenyataan hari ini.
Jumaat lalu, Jais menukilkan khutbah Jumaat bertajuk “Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri.”
Dalam khutbah itu, Jais berkata, wanita Muslim wajib menutup aurat bagi mengelakkan daripada diganggu secara fizikal atau mental, bagi mengelakkan fitnah, pandangan jahat dan perkara yang buruk.
Kejadian seperti rogol, zina dan sumbang mahram boleh dielak jika wanita menutup aurat, menurut khutbah itu.
Chong berkata, penekanan Jais terhadap aurat wanita dan menyalahkan mangsa menunjukkan kepimpinan agama Malaysia tidak sensitif gender atau memahami isu wanita.
Beliau menyeru usaha konkrit dilakukan bagi meningkatkan perwakilan wanita dalam semua sektor, terutama kepimpinan agama.
Chong yang juga wakil rakyat DUN Padang Lalang dan bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, rogol membabit perkara lebih rumit daripada kegagalan wanita untuk menutup aurat.
DAP sampai mahu menyaman mufti kerana Khutbah. Mana Mujahid, Mana Mat Sabu, Mana Khalid Samad, Mana Deen Pudu
ReplyDeletehttp://www.mykmu.net/2015/09/dap-mahu-saman-jaip-khatib-khutbah-aidiladha/
Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri Pahang bercadang untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang dan khatib khutbah hari raya aidil adha yang menyelar sikap orang Islam berpecah belah sehingga sanggup bersama dengan parti DAP yang kelas anti-Islam.
Teks khutbah Aidiladha itu menyebut:
“Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti Umno, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB). Malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terangan menentang Islam.
“Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka…”
Menggunakan orang Melayu dan Islam sebagai alat, DAP Pahang memberi masa selama lima hari bermula hari ini untuk JAIP memohon maaf secara terbuka serta menarik balik teks khutbah tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
“DAP Pahang akan hantar surat pada Jabatan Agama Islam Pahang atau bahagian mufti yang menuntut mereka menarik balik ucapan berbaur fitnah serta memohon maaf secara terbuka melalui media elektronik dalam masa lima hari dari hari ini.
“Sekiranya tiada tindakan atau balasan dari pihak Jabatan Agama Islam Pahang, kami secara individu iaitu orang beragama Islam dalam DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Pahang yang keluarkan khutbah ini.”
Selain itu, Tengku Zulpuri yang juga ADUN Mentakab berkata, ahli DAP Melayu dan beragama Islam menyelar teks khutbah itu kerana mereka tidak pernah menentang mana-mana rukun Islam.
“Menuduh DAP Melayu Islam menentang Islam, apa yang kami tentang? Rukun Islam ada lima perkara dan kami percaya lima rukun itu. Kami tak pernah cakap dan bantah rukun Islam ini tak ada.
“Dan kami tak ada menyeru supaya sembahyang dua imam. Tak pernah berlaku. Tak pernah suruh baiah gadai isteri. Tak pernah,” katanya lagi.
Islam diakui agama rasmi
Sementara itu, bagi A Samad atau Pak Samad pula, pihak jabatan agama Islam dilihat keterlaluan apabila menggunakan khutbah untuk mendakwa orang Melayu yang menyertai DAP sebagai seorang penentang Melayu.
“Tak ada bayangan bahawa DAP ini menyalahi akidah. Jadi jangan guna alasan rambang bahasa Melayu yang menyertai DAP sebagai alat yang mencemar agama dan menentang Melayu,” katanya.
Hakikatnya DAP sememangnya terkenal sebagai parti cauvinis cina yang anti Islam.
Sebuah laman web pernah menulis 10 bukti bahawa DAP adalah anti-Islam.
http://kembarapolitik.blogspot.my/2014/06/ngeh-koo-ham-dap-mahu-umat-islam.html
ReplyDeleteNGEH KOO HAM (DAP) MAHU UMAT ISLAM HALALKAN MURTAD!!!!
Datuk Ngeh Koo Ham (DAP) mengeluarkan kenyataan di Parlimen semalam supaya umat islam menghormati murtad. Dengan kata lain, meminta umat islam menghalalkan murtad. isu murtad sebenarnya semakin berleluasa di Malaysia. Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) berkata, perkara itu berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama. Bagaimanapun hak mengamalkan agama yang lain itu adalah untuk mereka yang bukan islam mengamalkan agama mereka, bukan untuk membolehkan umat islam murtad.
Kita sebagai umat islam harus berjuang menentang gejala murtad. Parti-parti politik yang menghalalkan murtad ini harus ditentang. Kepada umat islam liberal yang menyokong menghalalkan murtad, kamu harus ingat ayat-ayat Al-quran yang secara jelas menunjukkan umat islam adalah berdosa besar sekiranya murtad. Adakah kita umat islam harus membiarkan dosa besar ini berlaku kepada umat islam di Malaysia?..
Antara ayat yang menyentuh tentang murtad dalam Al-Quran:
"Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus." (Al-Baqarah 2:108)
"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-An'aam 6:153)
"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi."(A-li'Imraan 3:85)
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)." (Al-Baqarah 2:217)
Selain itu Ngeh Koo Ham juga mahu pergerakan syiah dibiarkan tanpa sekatan. Agak pelik DAP sudah berani masuk campur dalam urusan islam. Ikut suka dia nak membiarkan pergerakan mengkafirkan umat islam. Itu sebabnya umat islam harus berjuang dan menolak PR. PR adalah pakatan yang berpaksikan DAP. Atau dengan kata lain semua urusan harus dinilai dari kaca mata bukan islam. Orang bukan islam akan menilai dari segi logik akal sedangkan umat islam mempunyai iman yang membatasi segala penilaian.
Rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140612/pa_05/Koo-Ham-mahu-umat-Islam-hormati-murtad
Dari tindak tanuk DAP selama ini seperti mana komen2 diatas beserta dgn link sekali, terbuktilah yg mereka ANTI ISLAM tetapi PAN pula rela menjadi khadam demi sedikit pangkat dan berkat Penang
ReplyDeletePemimpin DAP hina Islam, tapi Khalid Samad, Mujahid senyap. Ialah mahukan keredhaan Penang. Itulah Pasal
ReplyDeletehttp://novandri.blogspot.com/2014/02/melampau-satu-lagi-ahli-politik-dap.html
MELAMPAU ! SATU LAGI AHLI POLITIK DAP HINA AJARAN ISLAM ?!!
Apa masaalahnya dengan pemimpin-pemimpin DAP hari ini?
Bukan sahaja mencetus kemarahan umat Islam negara ini kerana mereka mencetuskan polemik kalimah Allah, mereka juga bersifat kurang ajar menghina parajurit yang mempertahankan kedaulatan negara ini di Lahad Datu, Sabah.
Video Tahun Baru Cina dijadikan alat untuk politik mual dan dangkal mereka untuk menghina dan yang terbaru ialah kenyataan Tony Pua DAP, MP Petaling Jaya Utara. Anda baca kenyataan Tony Pua DAPdi dalam Facebook beliau Klik Sini :
Bravely celebrated Valentine's Day with a tour of the Tower of London, a movie banned in Malaysia and an evening at the West End theatres.
But I now worry if I would suffer from "social problems such as cheating, mental confusion due to alcohol, and baby-dumping" as a result of the Day's "mind colonisation". So says my country's religious authorities...
Oh no. I feel so unclean and immoral now I might just burn in hell.
Jika kita perhatikan, kenyataan Tony Pua ini seperti mempermain-mainkan kandungan khutbah hari Jumaat yang didedahkan oleh portal pembangkang SorosKini MalaysiaKini sebelum ini!
Artikel MiM sebelum ini :
Hari ini 14hb Februari 2014 jam 7:53 pagi, portal putar belit pembangkang SorosKini MalaysiaKini telah menyiarkan laporan bertajuk 'Kita dengar khutbah, mereka pula raikan Valentine'
Yang menjadi persoalan besar ialah kenapakah SorosKini MalaysiaKini melaporkan khutbah yang belum lagi disampaikan oleh khatib masjid kerana sembahyang Jumaat adalah jam 1:30 petang nanti?
Malah, pemilihan tajuk 'Kita dengar khutbah, mereka pula raikan Valentine' sudah pasti akan menimbulkan kekeliruan dan salah anggap di kalangan pembaca portal tersebut terutamanya bukan Islam.
Di bawah adalah laporan tersebut :
Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini menyelar sikap segelintir muda di Islam yang meraikan Hari Kekasih yang disifatkan sebagai permulaan ke arah peningkatan masalah sosial.
Menurut khutbah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu, budaya Barat itu mendorong ke arah penipuan, kecelaruan mental disebabkan alkohol, pengguguran kandungan dan kes buang bayi.
“...kita umat Islam sedang berada di masjid untuk mendengar ucapan khatib dan mengagungkan kebesaran Allah, sedangkan di luar sana berkemungkinan ada segelintir muda mudi Islam yang terlibat dengan majlis sosial seumpana Valentine’s Day, yang dirayakan oleh pasangan kekasih,” menurut mimbar Jumaat.
Khutbah juga mengaitkan gejala itu dengan penjajahan pemikiran yang menyebabkan umat Islam terjebak dengan “budaya kebebasan melampau” hingga tergelincir dari sempadan ajaran agama.
“Bayangkanlah, apakah yang bakal terjadi bagi masa depan umat Islam terutamanya kepada generasi muda hari ini jika budaya kesesatan ini terus dijadikan amalan?” soal khutbah lagi.
“Sudah pastilah musibah yang lebih besar akan berlaku dalam negara ini seperti porak peranda dan kemusnahan akhlak akan berleluasa berlaku dalam masyarakat kerana generasi muda inilah cerminan masa hadapan sesebuah negara dan bangsa.”
Khutbah juga menegaskan supaya umat Islam, khususnya remaja, tidak meniru budaya kaum musyrik serta meninggalkan perayaan yang tiada dalam syariat Islam.
Hari Kekasih diraikan di banyak negara di seluruh dunia pada 14 Februari (hari ini) setiap
tahun. seterusnya
Jika kita banding, kita akan lihat kenyataan Tony Pua DAP merujuk kepada laporan di atas. Jika benar, bukankah Tony Pua telah menghina khutbah umat Islam dan juga JAKIM?
tekejut dah 50 tak berubah
ReplyDeletesebab tu amno duk menang banyak lagi tak berubah
amno apa kuarang bab bab program maksiat
depa tak peduli jugak macam puak kapir jugak
Kalau Pakatan = BN, buat apa sokong Pakatan. Lagi bagus sokong block ketiga.
DeleteAda 10 komen diatas yg takkan mampu dijawab oleh PAN
Ramai yang masih kurang faham dengan sikap prejudis golongan Liberal yang ada didalam Negara ini. Mengapa mereka seperti cacing kepanasan dengan kehadiran Dr. Zakir Naik ke Malaysia?
DeleteKalau pun diorang tak suka mendengar ceramah atau pun syarahan yang disampaikan oleh Dr. Zakir Naik, usah dengar dan ganggu mereka yang mahu. Yang diorang sibuk sangat sapa suruh?
Jika ianya dilihat dari satu sudut, ternyata Dr. Zakir Naik sangat bertoleransi dengan "kerenah" yang ditonjolkan oleh rakyat Malaysia yang terdiri dari kalangan puak Pakatan Haprak ni.
Malah beliau juga akur dengan peruntukan undang - undang yg ada di dalam negara. Bahkan, beliau menerima pertukaran tajuk yang dikatakan "kontroversi" walhal tajuk itu adalah mencari titik temu antara agama.
Atas kesedaran sensitiviti agama di kalangan rakyat berbilang kaum, Dr. Zakir Naik telah membuka ruang dalam syarahan beliau kepada seluruh masyarakat muslim yang ada didalam Negara.
Namun, tak pulak dia cuba menghalang hak mereka yang dari kalangan Bukan Islam untuk turut serta dan hadir mendengar sesi ceramah atau syarahan yang disampaikan secara terbuka.
Sebaliknya, Dr. Zakir Naik juga turut tidak menghalang mereka yang Bukan Islam untuk tampil bertanya apa jua persoalan yang mereka mahu ajukan. Adakah Dr. Zakir Naik wajar dipersalahkan?
Lebih melucukan, Dr. Zakir Naik sedikit pun tak menghalang demokrasi atau hak bersuara dikalangan Bukan Islam untuk bertanya. Tapi, puak Pakatan Haprak ni nak menghalang dia dari berucap.
Tidakkah tindakan yang dilakukan oleh Pakatan Haprak tu cukup IRONIK sedangkan mereka juga yang sibuk melaungkan slogan dan nak memperjuangkan Hak Kebebasan Bersuara?