Thursday, April 07, 2016

Luar Biasa! Henti Konsert Rock Untuk Solat Maghrib.. Makan Nasi Berlauk Najis?

HALAMAN HIBURAN
SITUASI begini jarang-jarang sekali dapat disaksikan apabila pengunjung sebuah konsert rock, Rock in Borneo 2016 yang diadakan baru-baru ini berhenti seketika daripada berhibur.

Puncanya bukan kerana masalah cuaca atau rusuhan penonton, sebaliknya semua yang hadir menunaikan solat Maghrib secara berjemaah langsung di lokasi persembahan.

Konsert yang diadakan di Stadium Lapangan Panahan Aji Imbut, Tenggarong, Indonesia itu memperlihatkan kesemua yang terlibat termasuk artis, krew dan penonton turut bersama-sama mengerjakan solat.

Lebih unik kewajipan kedua dalam rukun Islam itu diimamkan sendiri oleh Imam Al Habib Hasyim Salim yang terkenal dalam kalangan masyarakat tempatan. Mereka mendirikan solat di tempat penonton dan sebaik selesai, para hadirin tidak terus kembali berhibur sebaliknya mereka berselawat dan berzikir dengan pimpinan imam tersebut.

Memang satu pemandangan yang cukup indah, dalam sibuk-sibuk berhibur terkinja-kinja, kewajipan sebagai orang Islam tidak sesekali dilupakan.
Rock stars and Soo Wincci set Sibu

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada orang berpendapat, tindakan ini menunjukkan seimbangnya antara dunia akhirat, betulkah? 

Jawabnya..

Kalau konsert rock itu suatu tindakan yang bersalahan dengan ajaran agama seperti percampuaran antara lelaki perempuan bukan muhrim, lagu-lagu yang menjurus ke arah maksiat dan lain-lain, jelas ianya satu tindakan mungkar yang dilarang oleh Islam. 

Bolehkah dicampuradukkan kebaikan dengan mungkar? Sama seperti bercampurnya cahaya terang dengan kegelapan? Kalau samar-samar itu, bukannya terang? 

Bolehkah anda makan sepinggan nasi berlaukkan seketul najis busuk?  Atau membersihkan nila sebelanga dengan memasukkan setitik susu bersih? Ertinya, kebaikan tidak perlu diseimbangkan dengan maksiat.

Walaupun begitu, ada keadah dakwah 'Iringi kejahatan itu dengan kebaikan, nescaya ia (kebaikan itu) menglahkannya (kejahatan).

Fikir-fikirlah.

Video: Konsert Rock Dihentikan Seketika Untuk Solat Maghrib Berjemaah


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

22 comments:

Anonymous said...

Kalau PAN kira apa. Janji DAP happy dan nampak inclusive

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/07/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/

Dr Mujahid: Penghalang atau pembela LGBT?


Draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT, sebaliknya, rang undang-undang itu melindungi hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender untuk tidak didiskriminasikan dalam aspek seperti bidang pekerjaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Datuk Dr Mujahid Yusof, sebagaimana dilaporkan oleh portal media liberal Malaysiakini.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dan tahniah kepada Datuk Dr Mujahid kerana draf rang undang-undang ini tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT.

Datuk Dr Mujahid,

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?

Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?

Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.

Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?

Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.

“Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina. Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya,” kata Dr Mujahid lagi.

Anonymous said...

Cakap ugamwan inclusive tapi untuk DAP semua digadaikan. Itulah PAN talibarut unggul

Anonymous said...

Kumpulan Rock itu ibarat DAP

Penontonnya pula adalah PAN.


http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral


APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

selama ini amno suka ka hudud dijalankan

Anonymous said...

GUAN ENG HANYA MINUM KOPI DENGAN MENTERI!!!

Heh! Apa standard lu orang nak minum Kopi dengan Si Ketua Menteri Pulau Pinang ni? Kalau setakat jadi Presiden parti Politik yang bertentangan dengan DAPigs, sorry la dia nak layan.

Waima korang ni dikalangan penduduk atau rakyat yang tinggal didalam kawasan Negeri Pulau Pinang tu pun dianggap takde hak nak tanya apa - apa kepada Si Guan Eng ni. Sedar diri sikit.

Si Guan Eng tu hanya akan layan orang yang sama taraf dengan dia. Kalau nak bertanya soalan pun, mesti dari kalangan mereka yang bergelar Menteri. Setakat Timbalan Menteri pun dia tak layan.

Jelas Guan Eng, dia tidak mahu menjawab sebarang persoalan yang ditimbulkan Naib Pengerusi PCM kerana pertanyaan dan jawapan yang diberikan hanya dianggap membuang masa.
"Saya tidak mahu buang masa dengan orang itulah (Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan). Saya tidak mahu buang masa dengan penulis blog. Ini buang masa. Saya nak tangani perkara ini di peringkat menteri. Saya tidak mahu buang masa," kata Setiausaha Agung DAP itu.
Itu menunjukkan betapa SOMBONG dan ANGKUH nya Si Guan Eng ni. Patut la ada orang kata Si Guan Eng ni turut dianggap seperti 'Tokong' kepada puak DAPigs yang tak boleh lansung dijentik.

Dek kerana dia mula tersepit dalam isu skandal berkaitan dengan kes pembelian rumah serta penjualan tanah milik Kerajaan Negeri membuatkan Si Guan Eng tu semakin hilang pertimbangan.

Malah ke-SOMBONG-an dan ke-ANGKUH-an Si Guan Eng tu dilihat semakin menjadi - jadi apabila dia diserang oleh pelbagai pihak berhubung isu yang berkaitan dengan dirinya sebelum ini.

Bahkan dikalangan pemimpin DAPigs sendiri tidak dibenarkan untuk bersuara atau mengeluarkan apa - apa kenyataan pun bagi mempertahankan Si Guan Eng tu secara terbuka.

Jadi, tak heran la kalau ada pemimpin DAPigs yang bersuara mempertikaikan tindakannya akan menerima mesej ala 'Gengster Kopi' mendesak agar mereka meletakkan jawatan dan keluar dari parti. Itu menunjukkan yang Si Guan Eng tu Takut Pada Bayang-Bayang sendiri!!!


Semut Hitam at Rabu, April 06, 2016

Anonymous said...

AHLI PARTI DAN ORANG MELAYU DITIPU LAGI OLEH PARTI PENJUAL AGAMA, LEBAI MALANG HAMPAS.

Dari surat MB KELANTAN kepada NAJIB semua mintak soal material & pembangunan takada pun bab HUDUD

Selepas beberapa bulan mengangkat sumpah jadi MB Kelantan Ahmad Yakob telah menulis surat kepada PM Najib Razak bertajuk AGIHAN ROYALTI PETROLIUM DAN MENYEDIAKAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAN NEGERI KELATAN.

Ada lima peraka yang dipohon dalam surat berkenaan. Dalam tempoh itu hingga sekarang beberapa kali Ahmad berjumpa dengan Najib.

Dalam sidang Dewan yang baru lalu Exco Hanifa Ahmad memaklumkan 3 daripada lima perkara yang dipohonkan telah dilulus.

Itulah kejayaan dan budi Ahmad. Ia juga tentulah atas sokongan Mustapa Mohamed. Tetapi anih sedikit dalam surat itu tidak disebut fasal Hudud semuanya soal material dan pembangunan. Ini bermakna Hudud bukan keutamaan MB itu.

Jadi yang tergila2 hendak Hudud hanya Nasaruddin Daud dan Hassan Mahmod sahaja.

Wassalam

Mso.

Anonymous said...


Komen macai 11:47 PM jelas menunjukkan kebodohan macai roket 11:47 PM melebihi kebodohan lembu. Inilah hasil ajaran sifu roket yang terlibat dalam pelbagai skim cepat kaya ! Bikin sifu roket manyak malu ma!

Fakta: Dalam negara demokrasi, perlaksanaan Hukum Hudud memerlukan kelulusan parlimen bukan kelulusan individu.

Anonymous said...

konsert Rock + ibadah = racun + madu !

Anonymous said...

"Bolehkah dicampuradukkan kebaikan dengan mungkar? Sama seperti bercampurnya cahaya terang dengan kegelapan? Kalau samar-samar itu, bukannya terang?"

Boleh kot... Tok Guru Haji Hadi boleh suruh beri lagi Najib peluang hingga PRU14... sedangkan dah terbukti ada duit masuk dalam akaun peribadi PM tu. Lebih kuranglah tu. Janji apa2 pun kesalahan pentadbiran kerajàan umno/bn semuanya salah DAP atas semangat ketuanan melayu.

Tunggu BALA ALLAH nampaknya kita di Malaysia bila ulama2 bersekongkol dengan kezaliman.

Anonymous said...

Tuan Ibn Hasyim .nampaknya blog tuan dah menjadi pengganti kepada blog Oamak Kau sebab pemngomen dah lari kesini.standar samalah tu.diharap berhati2 nanti bolg tuan tidakdiminati lagi.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/10/khalid-samad-pesta-arak-oktoberfest-tidak-boleh-dihalang/

Khalid Samad: Pesta arak ‘Oktoberfest’ tidak boleh dihalang


BANGI, 2 Okt – Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Isl

Anonymous said...

Aku dah cakap dah. Kalau PAN, bukan sahaja Konsert Rock. Majlis tonggang beer pun toyyibah. Ini semua kerana PAN mencari berkat dan keredhaan DAP. DAP pula anti Islam

Anonymous said...

Anon 12:59am macai PASIK penjual agama yg bebal bersubahat dgn lebai2 malang menipu ahli parti dan org melayu utk isi tembolok perut dan bwh perut lebai2 malang hamPAS.

Enakmen jenayah hudud telah lama lulus di Kelantan knp tak dibuat hudud di sana dulu? Hakikatnya ulamak2 hamPAS guna hudud peralatkan Islam utk habuan duniawi.

Presideng parti Islam suka ckp putarbelit dah tawar diri jd penasihat ketua penyamun.

Anonymous said...

Ulama2 jahat yg bersekongkol dgm pemerintah yg zalim disokong pula walaun2 bebal yg 24jam jerit hudud..hudud.. padahal tok ketua sesat mrk tak bersungguh2 utk laksanakan hudud. Hanya duduk bersantai membuncitkan perut tunggu elaun bulanan masuk. Siap offerkan diri jd penasihat ketua penyamun.

Unknown said...

So far di DUN kelantan dan terengganu ADUN2 umno menyokomg hudud.. PAN bila lagi ?

Unknown said...

Komen yg menunjukkan kebebalan PAN.. nak laksanakan perlukan penguatkuasa persekutuan spt polis dan sbgnya.. tak sedar kita blm sampai peringkat ini lagi?. Sabar bro.. perlahan2.. tak perlu ikut rentak DAP sgt yg asyik nak menentang hudud!..

Unknown said...

Komen tuan ni dah berulang2 kali diutarakan dan dah berulang2 kali juga saya jelaskan.. saya harapkan di masa hadapan jgn lah buat malu PAN lagi dgn komen yg sebegini..

Unknown said...

Kenapa aku macam setuju jer dgn komen kau tu?..

Anonymous said...

An anon macai penjual agama yg taksub kpd tok ketua sesat hamPAS.

Buka mata hati baru ko akan npk pembohongan lebai2 malang dlm hamPAS. Semakin buncitnya perut lebai2 tu menunjukkan betapa santai dan kedangkalan mrk perjuangkn hudud lebih 6othn.

Cukup bulan pejuang2 hudud hamPAS goyang kaki tunggu elaun masuk. Ahli2 parti tolol ditipu dgn derma tin milo.

PASIK sepakat kata hudud tk sesuai di Msia.

Anonymous said...

Kenapa hudud senyap sunyi skrg? Hudud nyawa hamPAS kata ulamak2 penjual agama. Masing2 dah dibagi makan dedak oleh ketua penyamun termasuk presideng parti hamPAS agaknya. kahkahkah

Anonymous said...

Anon 10.00 apa diheran DAP anti islam. Org islam semdiri x suka pemerintahan islam. Aku pn stujus kalu dap anti islam. Sb dia jahil. Kita ni islam sngt kah? kenapa pemerintah yg islam ini x ikut cara pemerintahan islam. Selama INI siapa yg tolak hudud?

Bukak sikit otak pmikiran.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails