INI bukanlah sebuah taman awam yang sesuai untuk seisi keluarga melakukan aktiviti riadah atau berpiknik. Terletak di Haesindang, Korea Selatan, taman ini dihiasi bukan dengan bunga-bungaan indah ataupun fasiliti riadah untuk kegunaan awam, tetapi…arca kemaluan lelaki!
Ya, ke mana sahaja anda toleh: ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang, mata anda akan ‘dicabul’ dengan permandangan ‘majestik’ arca-arca berbentuk zakar lelaki pelbagai saiz.
Meriam pun berbentuk zakar.
Meriam pun berbentuk zakar.
Jemput duduk semua: kerusi awam berbentuk kemaluan lelaki sepanjang 4 meter di Taman Haesindang, Korea Selatan.
Namun, ‘pendirian’ arca-arca zakar gergasi ini bukan sekadar suka-suka atau hasil lawak melampau arkiteknya. Sebenarnya, terdapat satu kisah mitos di sebalik mengapa taman awam itu dihias dengan arca genitalia lelaki.
Begini ceritanya..
Alkisahnya, suatu masa dahulu, seorang gadis telah mati lemas di sebuah pinggiran pantai berbatu berhampiran taman tersebut. Seperti satu sumpahan, aktiviti perikanan di kawasan itu terjejas teruk sehingga mengakibatkan penduduknya jatuh miskin. Namun, sumpahan itu berakhir apabila seorang nelayan melakukan onani dan bertindak untuk membuang air maninya ke dalam laut.
Secara tiba-tiba, tangkapannya hari itu menjadi-jadi! Tetapi, penduduk kampung dapat merasakan bahawa hantu gadis tersebut perlu ‘dipuaskan’ supaya dia tidak marah.
Jadi, mereka pun mendirikan arca-arca berbentuk zakar lelaki untuk menggembirakan hantu gersang tersebut.
Gambar-gambar ini diambil oleh pelancong Australia, John Crux.
“Saya teruja sekali dan dalam masa yang sama, sedikit keliru apabila berada di Haesindang. Memang ada alasan konkrit mengapa arca-arca zakar itu didirikan, namun saya terkejut melihat kelakuan pengunjung di situ.
“Ada yang memeluk manja zakar-zakar gergasi tersebut. Ianya adalah satu permandangan yang pelik, tetapi agak kelakar lebih-lebih lagi apabila dilakukan oleh pengunjung warga emas,” kata Crux.
Kesimpulan:
Tiada langsung kaitan dengan kisah dongeng di atas, Islam telah menerangkan mengenai seks dan pernikahan, mengenai hubungannya dengan cara menerima dorongan masalah-masalah seksual, bahkan mengerjakannya dianggap suatu ibadat, kalau tidk salah laku. Sebagaimana keterangan Nabi saw:
- "Di kemaluan kamu ada sedekah (pahala)." para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah ketika kami bersetubuh dengan isteri akan mendapat pahala? "Rasulullah SAW. menjawab, "Ya. Andaikata bersetubuh pada tempat yang dilarang (diharamkan) itu berdosa. Begitu juga dilakukan pada tempat yang halal, pasti mendapat pahala. anda hanya menghitung hal-hal yang buruk saja, akan tetapi tidak menghitung hal-hal yang baik. " (IH)
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..
2 comments:
Adakah itu semua mikrofon yg dilempar oleh King Khadam dari PAN selepas berceramah tempoh hari.
Lempar mikrofon sambil berteriak. CISSSSSSSSSSSSSSSS Mari kita lawan
Hai
Post a Comment