Friday, April 29, 2016

Mengejutkan Sg Pahang Tak Mampu Lagi Mengalir.. Kering?

SUNGAI Pahang yang kering ketika ini menyebabkan orang ramai mengambil kesempatan untuk mengutip etak dan berkelah di Temerloh baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Mungkinkah Sungai Pahang tidak akan mampu lagi meneruskan alirannya sejauh 459 kilometer untuk ke destinasi terakhirnya iaitu Laut China Selatan?
Pakar kualiti air, Dr. Zaki Zainudin meluahkan rasa kerisauan beliau kepada Bernama berhubung nasib yang dijangka menimpa Sungai Pahang sekiranya tindakan segera tidak diambil untuk mengatasi masalah yang melanda nadi Darul Makmur itu.
Selain hakisan yang mengeruhkan air sungai dan pemusnahan habitat hidupan semula jadi, pembalakan sebenarnya mengakibatkan natijah yang lebih teruk daripada itu.
Apabila air hujan terpe­rangkap dan berkumpul pada akar-akar pokok yang berfungsi sebagai penahan serta penyerap air, ia menghasilkan air jernih dan bersih yang kemudian mengalir ke bawah bukit sebagai anak sungai sebelum akhirnya melimpah ke satu titik untuk membentuk sungai lebih besar.
Bayangkan jika kawasan bukit itu gondol dan tandus. Air hujan akan bercampur dengan debu-debu tanah dan pasir lalu menjadi keruh dan tidak sesuai lagi untuk kegunaan manusia.
Apabila musim panas seperti yang melanda negara sekarang, air akan lebih mudah tersejat dan ini menyebabkan sungai lebih cepat mengering.
“Saya tengok sendiri, selepas titik pertemuan Sungai Jelai dan Sungai Tembeling, air sudah kering.
“Ini adalah kesan cuaca panas tetapi pembalakan adalah antara faktor terbesar yang menyumbang kepada feno­mena ini,” kata Zaki yang berkongsi pengalamannya menyusur ke hulu Sungai Pahang baru-baru ini. (IH/Kosmo!)

2 comments:

  1. bala dari Allah s.w.t. atas kemungkaran dan kerakusan serta ketamakan pemimpin-peminpin negeri........harus sedar ............!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Kebodohan, kerakusan dan ketamakan pemimpin-pemimpin sekular menyebabkan berlaku salahguna kuasa dan pecah amanah dalam pengurusan sumber alam lalu ia menjadi bala yang akan menimpa rakyat yang telah mengundi dan melantik manusia tidak bermoral menjadi pemimpin mereka! Kebangangan manusia melampaui kebodohan lembu!

    ReplyDelete