Tuesday, April 19, 2016

'MySolve', Perak Perkenalkan Mohon Cerai Melalui Talian..

IPOH – Perak menjadi negeri pertama yang memperkenalkan aplikasi permohonan cerai secara dalam talian yang dikenali sebagai ‘MySolve’.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri, Datuk Dr. Mohd. Nizar Zakaria berkata aplikasi itu bukan untuk menggalakkan pasangan suami isteri bercerai, namun sebagai pemudah cara bagi mereka menyelesaikan masalah rumah tangga yang berbangkit.
“Menerusi aplikasi itu, pasangan yang ingin mendaftarkan perceraian tidak perlu datang ke Mahkamah Syariah berulang kali kerana semua maklumat berkaitannya sudah disimpan dalam sistem selepas permohonan mereka dibuat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘MySolve’ di sini hari ini.
Ia dibangunkan Jabatan Kehakiman Syariah Perak yang boleh diakses menerusi mysolve.perak.gov.my.
Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Asa’ari Mohd. Yazid berkata aplikasi MySolve dibangunkan sejak Januari lalu dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.
Beliau berkata menerusi MySolve, permohonan cerai boleh diselesaikan selewat-lewatnya dalam tempoh satu minggu berbanding prosedur biasa yang mengambil masa sehingga dua bulan.
“Sehingga kini 34 pasangan telah mengguna pakai aplikasi ini dan terdapat kes yang dapat diselesaikan dalam tempoh sehari sahaja. Aplikasi ini dapat menjimatkan kos serta masa pasangan yang ingin bercerai ketika berurusan dengan Mahkamah Syariah.
“Selain itu ia juga memberi kebaikan kepada mahkamah dalam memastikan pasangan mendapat tarikh sebutan perbicaraan yang sesuai serta dapat mengurangkan kesesakan di kaunter mahkamah dan menjadikan penyusunan penjadualan kes di mahkamah menjadi lebih teratur,” katanya.
Asa’ari berkata pasangan yang menggunakan aplikasi itu akan dikenakan bayaran pendaftaran permohonan perceraian sebanyak RM50. – BERNAMA

4 comments:

  1. PAN pula boleh jadi ahli pakai online.tapi dah lama service tak dak?

    Aku pun boleh register ic 123456-78-9100, Nama pula Star bin Wars kah kah kah memang tahap Khadam

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. pak aji,kalo parti politik nak cerai boleh daftar jugak ko..

    ReplyDelete