Friday, April 08, 2016
Pelakon Veteran Roslan Salleh Jual Goreng Pisang, Al-hamdulillah!
Gambar terbaharu Roslan ketika diziarahi Timbalan Presiden Seniman Zack Kool.
HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Pelakon veteran Roslan Salleh menjalani kehidupan getir apabila terpaksa melakukan pekerjaan menjual kuih-muih dan pisang goreng di kampung halamannya di Alor Gajah, Melaka untuk menyara keluarga.
Roslan, 59, berkata, dia kehilangan punca pendapatan sebagai pelakon sejak jatuh sakit dan disahkan menghidap diabetes pada tahun 2014.
"Saya terlantar sakit dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur selama dua bulan akibat diabetes, tekanan darah rendah dan tibi.
"Selepas itu keadaan saya agak teruk dan tidak mampu untuk bangun, selepas keluar hospital saya menetap di Kuala Lumpur kira-kira lima bulan sahaja.
"Disebabkan keadaan kesihatan saya tidak pulih lagi serta perbelanjaan yang tinggi kami sekeluarga terpaksa berpindah ke rumah bapa mertua saya di Alor Gajah, Melaka," ujarnya.
Gambar Roslan yang tersebar di laman sosial.
Roslan berkata demikian ketika ditanya tentang perkembangannya selepas foto menjual pisang goreng di Melaka tersebar di laman sosial. Tambah Roslan, biarpun keuntungan hanya RM10 hingga RM30 sehari, namun dia bersyukur sedikit sebanyak dapat membantu menambah perbelanjaan harian keluarganya.
"Pendapatan saya tidak banyak pun kalau dapat RM10 sehingga RM30 sehari pun saya sudah bersyukur.
"Saya kena kuat mental dan fizikal untuk meneruskan kehidupan, kalau saya tidak kuat siapa lagi yang nak tanggung keluarga," ujarnya yang kini mempunyai seorang isteri dan tiga cahaya mata.
Sementara itu, Roslan yang baharu memulakan bisnes tersebut empat bulan lalu turut mengalami pengalaman pahit apabila dia tidak dibenarkan menjalankan perniagaan dan diberi notis tiga hari supaya berpindah oleh pemilik kedai.
Dia menganggap ia sebagai asam garam kehidupan dan yakin ada hikmah dengan setiap perkara yang berlaku.
"Pada mulanya saya tumpang meniaga di sebuah kedai tapi disebabkan saya ingin memohon lesen perniagaan kedai tersebut tidak mahu memberi kerjasama.
"Kedai itu memberi notis tiga hari kepada saya supaya mencari lokasi lain untuk berniaga, saya akui kawasan tersebut agak strategik dan ramai pelanggan tapi nak buat macam mana sudah tiada rezeki lama di situ," ujarnya.
Gerai terbaharu Roslan di Medan Selera Kelemak, Melaka.
Dia kini berniaga di Medan Selera Kelemak, Alor Gajah, Melaka. Tambah Roslan, selain menjual pisang goreng dia juga mengambil upah bertukang secara kecil-kecilan di kawasan kampung berkenaan.
Sementara itu, ditanya tentang gambarnya yang menjadi viral, Roslan berkata, dia tidak sedikit pun berasa malu malah menerima kritikan atau pandangan negatif netizen dengan perasaan terbuka.
"Saya tahu gambar saya tersebar di internet, saya ada baca ramai yang bagi sokongan untuk saya terus kuat.
"Namun ada juga yang komen negatif dan perli-perli mengaitkan dengan kehidupan artis, tapi saya senyum sahaja dan tidak terasa hati," ujarnya.
Mari kita sama-sama doakan kejayaan dalam hidupnya dan hidup kita, semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya dalam kehidupan dunia dan akhirat! (IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tabarakallah hu laka. biagpun cikit yg penting barakah
Setuju..
Kasian bang roslan. Patut kjaan bn bantu. Ada tiga jenis sakit tu. Aku rasa dah tk larat nak kerja berat. Umur dekat 60 dah. Mana ku nan celop? Mana km melaka idris? Tak mau tolong ker?
Post a Comment