PEKAN – Ketika negara sedang dilanda cuaca panas terik akibat fenomena El Nino, ribuan penduduk di sekitar Chini kini tertekan memandangkan bekalan air bersih ke kediaman mereka terjejas sejak 11 hari lalu.
Situasi tersebut berlaku akibat paras air Sungai Mentiga yang menjadi punca bekalan air utama kepada lebih daripada 1,500 akaun kediaman di Felda Chini, Felda Chini Timur, Kampung Gumum dan Kampung Mambang semakin surut dan berada pada paras kritikal.
Seorang penduduk Felda Chini Timur 3, Nayan Baharom, 60 berkata, rumahnya putus bekalan air sejak 11 hari lalu sehingga memaksanya menagih simpati jiran-jiran yang mempunyai tekanan air lebih tinggi untuk mendapatkan bekalan air untuk bersolat, memasak dan mandi.
“Sejak seminggu lalu, Pengurusan Air Pahang Bhd. (Paip) mula menghantar bekalan air menggunakan lori tangki untuk kegunaan kami. Ramai penduduk mula membeli tong air bagi memudahkan lori tangki mengagihkan air, saya sendiri baru membeli berharga RM290,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Dalam Islam ada ibadat dan doa meminta turunnya hujan atau dapatkan air. Di saat kita perlukan air pun ada ibadat solat yang disebut solat Istidqa'. Sudahkah kita cuba?
1 comment:
Cuba memandu dari KL ke Terenganu melalui Lebuhraya.sepanjang perjalanan cuba lihat apa yang terjadi pada bukit2 di senpanajng lebuhraya tersebut.Gondol semua .hutan ditebang sesuka hati untuk di tanam kelapa sawit.berpa tahun untuk menjadi hutan sawit? Jadi bila cuaca panas begini mana perginya kesejukan dan penyerapan sejuk oleh daun2 dalam hutan tersebut.jangan mengeluh bila panas begini .terimalah padahnya kerana dirosak oleh tangan2 manusia keraan tamak.Negara kapir pun tahu cara untuk menjaga bukit bukau ,kita yang dikatankan negara islam merosaklan alam yang allah jadikan .salah siapa? Padan muka kita.
Post a Comment