Monday, April 25, 2016

Penerbangan Bogel Pertama Di Dunia. Apa Pandangan, MAS Yang Tak Mahu Cara Islam?

5 Layanan penerbangan paling nyeleneh yang pernah ada
PERKHIDMATAN penerbangan kontroversi ini seolah-olah sengaja dilancarkan untuk kaum nudist dan naturist. Lapor DailyMail, sebuah agensi pelancongan Jerman menawarkan penerbangan telanjang pertama di dunia. 

Perkhidmatan yang menghebohkan media antarabangsa pada tahun 2008 itu membenarkan penumpang untuk berkeliaran di atas pesawat tanpa sehelai benang pun di badan. 

Untuk mengabui undang-undang penerbangan yang berlaku, setiap penumpang wajib berpakaian lengkap semasa pesawat berlepas dan mendarat kembali. Peraturan bebas telanjang hanya berlaku di ketinggian 30,000 kaki.

Penerbangan  ini adalah sebahagian daripada pelancongan musim panas dengan laluan Erfurt-Laut Baltik yang ditawarkan secara eksklusif. Tak semua pelanggan boleh menikmatinya.


Let Us Study:

Bila anda terbang dengan Naked-Air, tali pinggang keledar bukan satu-satunya benda yang boleh anda lepas pada masa pilot menunjukkan tanda "off". Pernah penumpang pesawat yang terbang dari Miami (AS) ke Cancun (Mexico), bebas membuka seluruh pakaian mereka, luar dan dalam. 

Castaway Travel, sebuah agensi pelancongan di Houston (Texas), menawarkan "penerbangan bogel" pertama di dunia dengan tiket 499 dolar AS. 

"Bila pesawat mencapai ketinggian jelajah, anda bebas untuk berbogel ria," kata biro perjalanan itu, dalam web site-nya.

Tetapi, para penumpang diperingatkan tentang satu perkara: Tidak boleh berkelakuan kurang ajar semasa penerbangan bogel tersebut! Tempat duduk di pesawat yang disewa itu, jenis Boeing 727-200, disediakan untuk 170 penumpang pertama. 

Tujuan penerbangan adalah menghadiri "Pekan Bogell" di El Dorado Resort and Spa di Cancun. Castaway menyebut 'Pekan Bogel' sebagai peristiwa pertama di Mexico. Tetamu di resort pantai Caribbean itu hanya perlu berpakaian di restoran hotel dan tempat-tempat penerimaan tetamu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa pandangan anda mengenai MAS, syarikat penerbangan dari Malaysia negara umat Islam yang masih tidak mahu meng'islam' gaya layanannya? Hidangkan arak dan pakaian paramugarinya yang tidak Islamik? (IH)

2 comments:

Anonymous said...

I like pramugari mas. Cun n sexy. Hihi

Anonymous said...

ada sesuatu tentang pramugari MAS dan pakaian mereka

Mereka sangat menawan dan terlalu manis dengan pakaian begitu
Sangat mempersona

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails