Tuesday, April 26, 2016

Polis Lakukan Lucah Melampau Ke Atas 3 Pelajar Di Lokap..















 Mohd. Khairul dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap tiga remaja yang ditahan dilokap.

KUALA LUMPUR – Seorang lans koperal polis yang pernah menerima Anuge­rah Perkhidmatan Cemerlang Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2011 didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tiga pertuduhan melakukan kelucahan melampau ke atas tiga pelajar lelaki yang ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang di sini dua minggu lalu.
Tertuduh, Lans Koperal Mohd. Khairul Hisam Azis, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.
Isteri tertuduh hadir di mahkamah dan setia mendengar pertuduhan yang dikenakan ke atas Mohd. Khairul. Sepanjang prosi­ding Mohd. Khairul kelihatan tenang de­ngan sekali-sekala dia dilihat menoleh ke belakang melihat galeri awam dari kandang tertuduh.
Mengikut pertuduhan, Mohd. Khairul­ yang mempunyai dua anak didakwa me­lakukan kelucahan melampau ke atas ketiga-tiga remaja yang masing-masing berusia 14, 15, dan 16 tahun ketika mereka ditahan reman.
Mohd. Khairul didakwa melakukan perbuatan keji itu di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang sebanyak tiga kali iaitu pada pukul 1 pagi, 5 pagi dan 5.30 pagi pada 10 April.
Difahamkan, tertuduh didakwa melakukan onani ke atas seorang remaja berusia 15 tahun manakala bagi remaja berusia 14 dan 16 tahun, masing-masing didakwa dipaksa melakukan onani di depan tertuduh.  (IH/Kosmo!)

1 comment:

  1. PAN JADI "LIDAH" DAPigs, "MENYONDOL" PKR MAIN BELAKANG!!!

    Hahaha!!! Makin hari makin bertambah lawak tengok kemelut Politik Retorik dikalangan puak Pakatan Haprak ni. Belum dapat memerintah, macam - macam masalah yang dah timbul.

    Nampak sangat dakwaan kononnya puak Pakatan Haprak ni semakin bertambah kuat dan sehaluan selepas berjaya menyingkirkan PAS hanya sekadar satu omongan kosong mereka belaka.

    Apa yang jelas, diantara mereka sendiri pun tidak wujud kesepakatan yang jelas bagi menentukan hala tuju mereka. Masing - masing sibuk nak menjaga kepentingan Politik Peribadi sendiri je.

    Tak cukup dengan tindakan cuba nak menyembunyikan perebutan kerusi diantara DAPigs dan PKR, kini lembaran baru dalam perbalahan dikalangan Pakatan Haprak tu semakin sengit.

    Ianya berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil parti 'KUALI' pimpinan Si Mat Sabu tu yang jelas menyindir kelayakan calon dari PKR yang ditolak borang pencalonannya semalam.

    Katanya, wakil calon yang diketengahkan oleh mereka semuanya layak bertanding, diisytiharkan sebagai tidak bankrap dan tidak mempunyai sebarang masalah serta rekod jenayah.
    “Biro Undang-Undang PAN berpuas hati dengan perjalanan PRN Sarawak setakat proses penamaan calon yang dijalankan pagi tadi. Bagi kesemua calon PAN yang bertanding di 13 kerusi DUN, mereka tidak mempunyai sebarang masalah daripada segi kelayakan untuk dicalonkan bertanding di kerusi DUN masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
    Bagi sesetengah pihak, kenyataan itu merujuk kepada calon mewakili PKR yang dilaporkan tidak layak untuk bertanding di kerusi N82 Bukit Sari dan menyaksikan Barisan Nasional menang percuma.

    Turut dilaporkan, calon yang mewakili PKR itu lansung tidak hadir pada sesi penamaan calon yang telah diadakan semalam dan sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi dikalangan rakyat.
    “Calon (PKR) N82 Bukit Sari tidak hadir ke pusat penamaan pagi ini tanpa sebarang alasan. Kami amat kecewa dengan perubahan keputusan pada saat-saat terakhir ini dan kes ini akan dirujuk kepada jawatankuasa displin (PKR),” jelas wakil dari PKR Sarawak.
    Diantara dakwaan yang dilemparkan, calon PKR tu dah kena 'Beli'. Itu alasan yang cukup 'Basi' diguna-pakai oleh puak Pakatan Haprak tu. Siapa yang beli, tak berani pulak diorang nyatakan.

    Apa yang pasti, tindakan calon tersebut membuktikan bahawa Tidak Wujud kesetiaan dikalangan ahli parti itu sendiri. Pusing kot celah mana sekali pun, kalau dah namanya ahli Parti Kencing Rakyat, 'Main Belakang' tu jugak la yang menjadi amalan diorang!!!

    Semut Hitam at Selasa, April 26, 2016

    ReplyDelete