Saturday, April 30, 2016

Presiden PAS Islamkan Wanita Kristian Sabah, Al-hamdulillah!



SEORANG wanita dari Kota Kinabalu, Sabah diIslamkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini. 

Menurut Facebook beliau, pengIslaman itu dibuat di rumah beliau di Marang, Terengganu pagi ini. Rakaman saat-saat indah wanita itu juga dimuat naik di laman sosial itu.


Catatan di Facebook itu menyebut:


“Pagi Jumaat yang penuh keberkatan, usai kuliah dhuha di kediamannya bersebelahan Masjid Rusila, satu lagi sejarah tercatat apabila tok guru telah memimpin seorang wanita dari Kota Kinabalu, Sabah untuk memeluk Islam kembali kepada agama fitrah.”

Video tersebut memaparkan Hadi memakai jubah dan serban berwarna putih. Manakala, wanita tersebut memakai jubah dan tudung hitam. Pengislaman itu disaksikan sekurang-kurangnya tiga orang individu. Hadi sebelum memulakan acara bertanya serba sedikit pengetahuannya mengenai Islam.

“Dah tahukan tentang Islam sebelum ini? Dah dengar sikit-sikitkan? Ikut (mengucap). Selepas itu beliau pun mengajar wanita itu mengucap dua kalimah syahadah.


“Cukuplah, dah jadi Islam,” ujar Hadi selepas itu.


Wanita yang asalnya menganuti agama Kristian itu kelihatan agak lancar mengucap kalimah Allah itu sambil bersila di lantai. Hadi juga sempat berpesan kepada beberapa saksi yang hadir agar memberi pertolongan kepada wanita tersebut.


“Kena tolong-tolong (ajar agama),” kata Hadi.


Tahniah warga maya


Sementara itu, Hasil perkongsian video itu, jutaan ucapan tahniah diterima Abdul Hadi dan wanita berkenaan. Pengguna maya juga turut mendoakan wanita terbabit terus istiqamah.


“Moga istiqamah hendaknya selepas ini.

“Selalunya saudara kita yang kembali pada fitrah jauh lebih istiqamah dan bersungguh pelajari dan beramal dengan agamanya, berbanding kita yang sedia ada lahir dalam Islam. Moga Allah rahmati kita semua,” tulis Nazrin Karim.

Begitu juga Zainol Abdidin Zainolabidinmdkhir yang mendoakan agar semakin ramai lain bukan Islam terbuka hati untuk memeluk Islam.


“Alhamdulillah, semoga saudara baru ini sentiasa dirahmati dan di bawah bimbingan Allah. Semoga segala masalah mendatang diselesaikan dengan sebaik-baiknya.
“Semoga makin bertambahlah saudara baru kita selepas ini,” katanya.

Ketika laporan ini ditulis, video satu minit 13 saat itu dikongsi hampir 2,000 pengguna Facebook. (IH/MK)

4 comments:

  1. Tiada maknanya hidup, sekaya mana, sehebat mana pun, tanpa Islam.
    Islam adalah segala galanya bg seorg mukmin.
    Tahniah utk semua umat Islam.
    Hargailah apa yg telah dikurniakan Allah swt pd kita sejak lahir tanpa sedikit usaha pun dr kita.
    Tahniah juga for all the converts, as you been choosen to be a muslim. As muslim you know what its mean. Muslim means we are qualified to be in Jannah, even for somes has to go through all the difficulties and Nar before be in Jannah at the end.

    ReplyDelete
  2. Semoga amoi yg langgar dada juga beroleh hidayah dan diislamkan oleh presiden PAN..

    ReplyDelete
  3. Baru berpeluk dgn Dr Zakir Naik, dah berjaya islamkan kristian. Bagus la.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah....dan tahniah kepada tghh kerana menjalankan tanggungjawab dengan baik.
    Rasa2 ini bukanlah pertama kali tghh mengIslamkan saudara baru. Mungkin sudah berpuluh malah mungkin sudah beribu orang yang diIslamkan oleh beliau. Cuma yang menjadi persoalan saya adalah kenapa baru sekarang dilihat pada umum? Video pun di post oleh tghh sendiri. Dah banyak kali Islamkan orang, tak pernah pula mahu dikongsi bersama umum. Tapi kali ni lain.
    Niat itu sesuatu yang penting. Jika sebelum ini dilakukan secara ikhlas, tetapi kali ini niat seperti mahu menunjuk2. Nak sama macam Dr Zakir Naik ke? "Ambo pun boleh buak"...
    Sifat menunjuk2 ini bukan ke antara sifat2 riak? Riak itu berdosa kan?
    Wallahulam

    ReplyDelete