KL, M'sia: Kira-kira 50 orang pekerja Malaysia yang ingin berkerja di Australia dikatakan tersadai, tiada kerja kosong atau sudah habis kontrak kerja di negara tersebut, dalam bulan Mac dan April ini.
Demikian dinyatakan oleh Editor Weblog Ibnu Hasyim, Hj Mohd Hasyim (gambar), yang juga sebagai Perunding bagi pekerja-pekerja Malaysia yang ingin berkerja di sana.
"Saya menerima kira-kira 50 panggilan lebih dari Melbourne, Perth, Sydney dan beberapa tempat lagi di Austrlia mengatakan mereka tiada kerja dan meminta bantuan untuk dapatkan kerja melalui rangkaian yang saya ada..
"Pihak kami telah mengambil inisiatif berunding dengan pihak kontrakter dan tuan punya ladang yang terlibat di sana, serta bersetuju menyelesaikan masalah ini dengan baik. Jika masih ada sesiapa yang perlukan khidmat runding dengan pihak-pihak berkenaan, sila hubungi pihak kami.. Kita bantu untuk dapatkan kerja di sana." Jelas Hj Mohd.
Ditanya, bagaimana boleh jadi tiada kerja kosong lagi di sana sekarang, Hj Mohd barkata,
"Sebenarnya bukan tiada kerja kosong, kerja seperti biasa ada, cuma orang yang pergi ke sana untuk kerja itu tiada berperancangan.
"Hanya kenal kawan-kawan melalui wasap atau facebook, terus berpakat ramai-ramai mendadak pergi. Sampai di sana tiada orang jemput, wang cukup-cukup saja, ramai pula mengaku jadi ejen yang bukan ajen sebenar, kadang-kadang tersangkut pula di imigresyen. Maka ramailah yang tertipu.
"Ramai pula yang minta tolong kita. Ada yang kita bantu dapatkan kerja dari jauh. Kena biasa atau kenal betul-betul dengan kontrakter di sana. Jangan cuma dapat alamat, terus ke sana. Inilah jadinya!"
Ditanya apa nasihat untuk anak-anak muda yang nak ke sana?
"Jangan matikan semangat anak-anak muda yang nak berhijrah bekerja di sana. Di mana-mana saja bumi Allah, asalkan disemaikan kekuatan Iman dan Islam di jiwa mereka sebagai bekalan. Apa lagi di dunia yang dikatakan tanpa sempadan ini.. Kerjalah, belajarlah! Berusahalah, Allah Yang Maha Penolong ada di mana-mana.. Di Malaysia, Australia atau mana-mana saja. " Jelas editor Weblog Ibnu Hasyim lagi.
Selamat berkerja mencari rezeki halal dan mulia. (Muaz Jabal)
Lihat sebelum ini..
1 comment:
Tahniah dan terimakasih kpd Mr Ibn Hasyim kerana berusaha untuk menolong mereka2 ini.
Bukan macam puak2 PAN yg 24 jam hanya retorik saja. Sila baca artikel semut hitam pasal Khalid Samad. Khalid Ibn Walid adalah contoh manusia Istiqamah. Khalid Samad pula contoh retorik 24 jam tanpa batas.
KHALID SAMAD BERANGAN JADI "SUPERHERO" TEKSI!!!
Lama jugak la kita tak mendengar atau membaca cerita pasal Si Khalid Samad ni sejak dia melompat macam Katak masuk parti Kuali yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu kebelakangan ini.
Tapi sesekali sekala bila dia muncul dalam media, nampak gayanya perangai haramjadah Si Khalid Samad tu masih lagi tak berubah. Patut la perwakilan PAS tolak dia masa pemilihan hari tu.
Tinggal lagi, usah kita rasa heran sangat la melihat telatah Si Khalid Samad ni yang memang dari dulu cukup suka mencari Publisiti Murahan untuk meraih sokongan dari kalangan rakyat.
Kali ini, Si Khalid Samad tu tampil menabur janji murahan kepada pemandu - pemandu Teksi dengan menyatakan bahawa nasib mereka hanya akan berubah jika mereka menukar Kerajaan.
“Jalan terbaik yang boleh diambil pemandu teksi adalah membantu rakyat menyedari perlunya menukar kerajaan, kerana mereka, sebagai pemandu teksi, sangat mempengaruhi penumpang mereka," katanya.
Dalam erti kata lainnya, Si Khalid Samad tu nak semua pemandu teksi tu menjadi agen penyebar dakyah Politik Songsang Pakatan Haprak tu dan menabur fitnah kepada pengguna.
Yang menjadi persoalan utamanya, apa langkah yang boleh diambil oleh puak Pakatan Haprak tu sekarang bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh pemandu Teksi ni?
Adakah dengan hanya menabur janji kosong itu akan membuatkan masalah yang dihadapi oleh pemandu Teksi tu hari ini akan selesai sedangkan mereka memerlukan penyelesaian segera.
Kalau setakat berjanji kosong begitu, tukar Kerajaan baru dapat selesaikan masalah, belum tentu lagi puak Pakatan Haprak tu akan melaksanakannya. Tengok apa yang jadi di Selangor tu pun cukup la.
Dulu masa diorang nak jatuhkan Khalid Ibrahim, diorang berjanji nak selesaikan masalah rakyat, nak hapuskan pembinaan Lebuhraya bertol, dan menyelesaikan isu bekalan air di Selangor.
Tapi bila dah ditukar, masalah yang sama tetap juga berlarutan. Malah ianya bertambah parah apabila Rejim Pakatan Haprak tu lansung tidak mengendahkan keluhan dari kalangan rakyat.
Itu membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak ni hanya sekadar pandai menjanjikan 'Angan - Angan' je kepada rakyat sedangkan bila tiba bab perlaksanaan, diorang satu Hapah pun tak tau apa nak buat. Masing - masing pakat menabur janji je la kerjanya!!!
Semut Hitam at Sabtu, April 23, 2016
Post a Comment