Saturday, April 23, 2016

Restoran Bogel Pertama Di London. Berita Gembira Bagi Mereka Yang...

Gambar hiasan
LONDON – Sebuah restoran yang membolehkan semua pelanggannya menjamu hidangan dalam keadaan tanpa pakaian, bakal dibuka kepada awam menjelang musim panas pada Jun akan datang di ibu kota England, Britain.

Restoran The Bunyadi ini ditujukan untuk mewujudkan pengalaman bersantap yang mesra semula jadi bagi setiap pelanggannya. Makanan yang dihidangkan malah segar dan pengunjung bebas daripada kehidupan moden kini.

Ini termasuk penggunaan telefon pintar, lampu elektrik dan pakaian, menurut lamanMirror.co.uk. Bahkan makanan dimasak bukan menggunakan dapur moden dan dihidangkan atas pinggan tanah liat buatan tangan.

Walaupun demikian, pengunjung yang belum pernah tampil bogel tidak perlu bimbang jika enggan melucutkan pakaian di “naked diners” ini kerana ada juga tempat menyediakan lokasi bagi pelanggan yang masih berpakaian.


Konsep restoran ini diilhamkan oleh arkitek sensasi Seb Lyall di lokasi yang belum didedahkan namun terletak di tengah kota London. Beliau pernah mencetuskan kontroversi tahun lalu dengan projek bar bertema burung hantu.
Setakat ini, sudah ada hampir 10,000 individu yang menyatakan diri mereka tertarik dan meminta informasi lebih lanjut mengenai pembukaan restoran telanjang bulat itu selain berjaya menerima lebih 3,000 tempahan awal.
“Kami yakin pengunjung wajar mendapat kesempatan untuk menikmati pengalaman tanpa kotoran, tanpa bahan kimia, tanpa warna-warna tiruan, tanpa elektrik, tanpa gas, tanpa telefon, dan juga tanpa busana,” kata Lollipop.
Pemilik restoran berkenaan mendakwa konsep unik yang dibawakan oleh Lyall itu bakal membawa pelanggan untuk menghargai zaman gua apabila manusia purba mampu hidup bebas gembira. – Agensi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ianya adalah suatu berita gembira, bagi mereka yang otaknya dijajah oleh gayahidup barat, yang melihat semuanya dari barat adalah baik, tiada cacat celanya.
Kita orang Islam ada cara dan gaya hidup sendiri yang lebih mulia dan bertamaddun, way of life yang diredhai Allah SWT.

1 comment:

Anonymous said...

Bro. Bila nk buka di kl or putrajjaya? Mesti najib kunan fraud mad maslan nazri keruak suka. Hahahs

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails