Thursday, April 07, 2016

Undang-undang Hak Asasi Pelacur Diluluskan... Apa Dia?

PARIS – Parlimen Perancis akhirnya meluluskan satu undang-undang kontroversi yang akan menghukum salah laku pelanggan pelacur dengan denda sebanyak 3,750 euro (RM16,717) sekali gus mengiktiraf kerjaya pelacuran.


Menerusi undang-undang baharu itu, seseorang yang terbukti menggunakan layanan pelacur perlu mematuhi peraturan mengenai pelbagai keadaan dihadapi pekerja seks tersebut demi mencari nafkah untuk diri mereka.
“Aspek paling penting dalam undang-undang ini ialah perlindungan terhadap kebajikan dengan memberi mereka kad pengenalan rasmi kerana kami tahu 85 peratus adalah mangsa pemerdagangan manusia,” ujar Maud Olivier.
Anggota parlimen dari Parti Sosialis itu memberitahu agensi berita Associated Press, undang-undang terkini itu diluluskan dewan rendah dengan 64 suara bersetuju berbanding hanya 12 suara bantahan dan 11 suara berkecuali.
Dalam pada itu, akhbar terkenal Perancis, Le Monde berkata, undang-undang ini secara praktis melengkapkan undang-undang pada 2003 yang dikritik hanya mengenakan hukuman terhadap pelacur dan bukan pelanggan.
Menurut laporan media tempatan, undang-undang tersebut memerlukan waktu dua tahun agar dipersetujui parlimen kerana menjadi ‘mangsa tarik tali’ antara pelbagai penggubal perlembagaan yang ada kepentingan.
Dewan tinggi perundangan iaitu Senat Parlimen, yang didominasi majoriti anggota parti sayap kanan, sering menolak draf undang-undang hak asasi pelacur tersebut sehingga sesi perdebatan kerap menemui jalan buntu.
pelacur1
Namun, undang-undang tersebut yang bakal menghukum pelanggan pelacur bukannya mudah diluluskan tanpa diselubungi siri protes daripada golongan petugas seks itu sendiri yang bimbang ia menjejaskan rezeki mereka.
Dianggarkan 60 pelacur mengadakan tunjuk perasaan menentang undang-undang itu di luar bangunan parlimen Perancis di sini dengan mengusung sepanduk antaranya ‘Jangan bebaskan saya, biar saya urus diri sendiri’.
Kumpulan anggota kesatuan sekerja pelacuran tempatan mendakwa, undang-undang itu akan memberi kesan besar kepada pendapatan pekerja seks profesional yang diperkirakan berjumlah 30,000 sehingga 40,000 orang.
Sebaliknya, kumpulan penyokong undang-undang yang menghukum pelanggan pelacur, menilai undang-undang itu sebagai langkah yang membantu memerangi hamba seks hasil jaringan penyeludupan manusia antarabangsa.
Undang-undang itu juga dinilai akan mempermudahkan pelacur dari luar negeri untuk mendapat izin tinggal sementara di Perancis jika mereka kemudan sepakat mencari pekerjaan lain di luar daripada bidang pelacuran.
Melalui undang-undang ini, Perancis mengikuti jejak Sweden. Negara rantau Skandinavia itu merupakan yang pertama yang menjatuhkan hukuman terhadap pelanggan dan bukan menghukum pelacur sebagai mangsa seks.
Pihak polis Sweden mendakwa, susulan pelaksanaan undang-undang itu menyaksikan jumlah pelacur di kawasan seks di ibu kota Stockholm menurun drastik apabila ramai wanita tersebut mulai ‘taubat’ balik ke pangkal jalan. (IH)

5 comments:

Anonymous said...

Itulah bila progressive inclusive dan faham jadi ikutan

Anonymous said...

Mujahid pun dah cakap pasal menyantuni LBGT. Sanggup jadi liberal kerana DAP tercinta


http://www.ismaweb.net/2014/07/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/

Dr Mujahid: Penghalang atau pembela LGBT?


Draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT, sebaliknya, rang undang-undang itu melindungi hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender untuk tidak didiskriminasikan dalam aspek seperti bidang pekerjaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Datuk Dr Mujahid Yusof, sebagaimana dilaporkan oleh portal media liberal Malaysiakini.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dan tahniah kepada Datuk Dr Mujahid kerana draf rang undang-undang ini tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT.

Datuk Dr Mujahid,

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?

Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?

Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.

Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?

Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.

“Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina. Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya,” kata Dr Mujahid lagi.

Anonymous said...

http://www.malaysiadateline.com/index.php/berita-list/15-berita/532-saya-tidak-iktiraf-gaya-hidup-lgbt-tetapi-mereka-perlu-didekati-kata-dr-dzul

Saya tidak iktiraf gaya hidup LGBT, tetapi mereka perlu didekati, kata Dr Dzul

“Hanya dengan mendekati mereka kita dapat terangkan apa yang salah dan apa yang dibenarkan.

“Pendirian inklusif Amanah menuntut kita bertemu dengan golongan itu. Kita tidak mengiktiraf (gaya hidup) mereka, tetapi menerima keberadaan mereka dalam masyarakat kita,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Pada 5 Disember lalu, sebuah portal berita telah salah memetik dan salah melapor kenyataan Dr Dzulkefly.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/10/khalid-samad-pesta-arak-oktoberfest-tidak-boleh-dihalang/

Khalid Samad: Pesta arak ‘Oktoberfest’ tidak boleh dihalang


BANGI, 2 Okt – Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam

Anonymous said...

ANTI islam ibarat DAP

Talibarut pula adalah PAN.


http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral


APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails