Monday, May 30, 2016

1/2 Bogel, Minum Arak, Tak Senonoh, Hina Awam, Dihukum Sebat..

sebat

TEHRAN - IRAN. Lebih 30 pelajar dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 99 kalis elepas didapati terlibat dalam parti bebas di Qazvin kelmarin. 

Menurut laporan AFP, kesemua pelajar yang terlibat telah ditahan. 

"Penahanan jumlah pelajar perempuan dan lelaki yang banyak, berkeadaan separuh bogel, minum arak dan berkelakuan tidak senonoh, telah menghina orang awam," kata kenyataan dari media tempatan, Mizanonline, Khamis lepas. 

Menurut kenyataan tersebut lagi, siasatan dan perbicaraan kes tersebut berjaya diselesaikan kurang dari 24 jam pelajar-pelajar tersebut ditahan. 

Amaran juga dikeluarkan iaitu restoran dan dewan-dewan yang membenarkan aktiviti-aktiviti tidak senonoh dan menghidang arak akan ditutup. (IH)


6 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/11/adakah-pan-mangsa-dap-seterusnya/


Adakah PAN mangsa DAP seterusnya?



SEJARAH menunjukkan DAP tidak pernah kekal lama bergabung dengan parti-parti Melayu. Apatah lagi jika parti Melayu yang membawa aspirasi Islam. DAP pernah bersama dengan parti-parti Melayu Islam dalam Barisan Alternatif tetapi eddahnya tak panjang.

Bersama dengan PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Itupun pendek juga eddahnya. Sekarang bersama PAN. Nampak macam selesa lagi berbulan madu. Entah berapa lama. Masa yang menentukan.

Secara mudah, mana-mana parti Melayu yang membawa risalah Islam tidak akan dapat bertahan lama dengan DAP kerana DAP sekali kali tidak akan menyokong Islam dan Melayu. Mereka boleh menyokong mana-mana parti Melayu Islam jika identiti Melayu dan Islam parti tersebut hampir luput atau berlaku kesamaran identiti.

Berlaku kesamaran antara keadilan dalam Islam dengan keadilan ciptaan Barat. Bagi mereka kesamaran ini sudah cukup menguntungkan perjuangan mereka. Apa tidaknya. Ada Melayu Islam yang mendoakan agar tokoh DAP kafir yang telah meninggal dunia agar dimasukkan syurga Allah bahkan layak tokoh tersebut masuk syurga. Ada pula yang menyamakan salah seorang tokoh DAP dengan Umar Ab. Aziz.

Mungkin kelompok ini boleh mengambil masa lebih sikit bersama DAP. Tetapi tidak dijanjikan juga. Desas desus dalaman dalam Pakatan Harapan agak sengit juga kerana mereka yang dibawah mahukan Islam sebagai asas perjuangan mereka.

Dalam kemelut terkini marilah kita tashihkan fikrah kita. Jadikan syarak rujukan utama. Kalau PAS telah dapat mengesani kebatilan bersama DAP walaupun pernah satu ketika dulu memarahi sesiapa yang mengkritik DAP bahkan pernah mendakwa kemenangan Islam makin hampir hasil kerjasama dengan DAP telah memutuskan kerjasama tersebut.

Adakah perlu berijtihad lagi untuk bersama dengan DAP. Apa yang dibimbangi episod lama akan berulang dan terus berulang. Akhirnya umat dan negara yang tergadai. Tidak harus orang Islam jatuh lubang yang sama dua kali.

Ustaz PudinUstaz Sharipuddin Ab Kadir
Yang Dipertua ISMA Pasir Puteh merangkap Yang Dipertua Majlis Syura ISMA

Anonymous said...

Biarkan juak2 PAN dicampak macam mat sabu mencampak mikrofon beliau

Anonymous said...

PAN Adalah Khadam DAP dan DAP pula anti Islam

http://www.ismaweb.net/2016/05/kata-pedang-satu-undi-kepada-pan-bermakna-satu-undi-untuk-dap/

KATA PEDANG: Satu undi kepada PAN, bermakna satu undi untuk DAP

SECARA demokrasi, sesiapa yang berkelayakan dan memenuhi syarat dibenarkan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, termasuk calon bebas.

Namun, ada juga yang berpandangan adalah lebih baik bagi PAN meletakkan calon mereka di dua kerusi berkenaan, untuk menguji sejauh mana sambutan rakyat terhadap parti serpihan PAS itu.

Bagi mereka, pertembungan tiga penjuru yang mungkin bakal berlaku itu, akan menjadi contoh penilaian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Dengan itu, perkiraan boleh dibuat secara lebih mendalam bagi menghadapi situasi demikian.

Bagi Pedang pula, biarlah kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini ditandingi mengikut tradisinya iaitu pertembungan satu lawan satu antara PAS dan Barisan Nasional (BN).

Hal ini kerana, walau siapa pun yang menang, kerusi itu akan terus kekal di tangan orang Melayu Islam bersesuaian dengan majoriti pengundinya adalah bangsa Melayu.

Mengikut rekod, Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi dengan pecahan kaum Melayu 28,776 (67.18 peratus), Cina 13,142 (30.68 peratus), India 820 (1.91 peratus) dan kaum lain 98 (0.23 peratus).

Kuala Kangsar pula mempunyai lebih 31,871 pengundi dengan pecahan Melayu mewakili 69.18 peratus, Cina 23.62 peratus, India 7.12 peratus dan kaum lain 0.09 peratus.

Meskipun bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang kini Timbalan Pengerusi PAN Perak amat yakin partinya mempunyai peluang sehingga 51 peratus untuk mengalahkan calon BN, Pedang tetap tidak bersetuju dengan pencalonan PAN.

Agenda Melayu dan Islam bukan agenda utama PAN dan pakatan itu.

Jikapun PAN mahu memperjuangkan Islam menerusi politik, PAN mesti akan akur dan tunduk jika DAP menentang tindakan Islamisasi oleh PAN.

Ini sudah jelas, tak perlu dibuktikan lagi.

Tambahan pula, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad telah menegaskan bahawa DAP adalah parti dominan dalam pakatan (tiada) harapan, bukannya PAN atau PKR.

Oleh itu, pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jangan beri ruang langsung kepada PAN jika mereka bertanding pada hari pengundian 18 Jun nanti.

Kata Pedang: Semua sudah maklum, PAN hanyalah ‘hamba’ kepada parti rasis dan cauvinis DAP dalam pakatan (tiada) harapa

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/02/kata-pedang-salah-sendiri-mikrofon-jadi-mangsa-luah-perasaan/

KATA PEDANG: Salah sendiri, mikrofon jadi ‘mangsa’ luah perasaan

SEBAGAI pemimpin nombor satu dalam parti serpihan PAS, iaitu PAN yang dianggotai bekas pemimpin-pemimpin PAS yang kalah teruk dalam pemilihan parti, Pedang memahami apa yang dirasai oleh Mat Sabu.

Parti rasis dan cauvinis DAP yang menjadi rakan tidur sebantal PAN tidak mempercayai PAN untuk bertanding di kerusi yang diwakilinya. Akhirnya PAN terpaksa mengumumkan akan melawan PAS.

PKR pula secara tak langsung memperlekehkan kemampuan PAN menggantikan tempat PAS dalam pakatan (tiada) harapan bagi mencuri undi Melayu. Natijahnya, Rafizi mengumumkan akan memberi fokus kepada agenda Melayu yang tak pernah dilakukan pada pilihan raya sebelum ini kerana tahu, tanpa PAS mungkin kapal pembangkang tak mampu berlayar ke mana-mana. Bahkan mungkin ‘terlepas’ negeri Selangor.

Itulah masalah yang dihadapi oleh Mat Sabu yang dipendam sekian lama. Tambahan pula, kawan baiknya Anwar Ibrahim sudah tiada harapan untuk bebas sama-sama berjuang menentang UMNO.

Kalau begitu keadaannya, bagaimana Mat Sabu tak geram sehingga sanggup membaling mikrofon? Mujur tak terkena penonton. Sabar Bang Mat, sabar. Jalan ini masih jauh. PRU14 pun belum ada tarikh lagi.

Tengok, betapa teruknya imej dan persepsi yang melekat pada badan PAN menyebabkan rakan sendiri tidak menaruh kepercayaan. Apatah lagi rakyat.

Apa yang Mat Sabu perlu lakukan ketika ini ialah memastikan PAN betul-betul berperanan dalam pakatan sehingga dirasai oleh DAP dan PKR.

Tetapi untuk itu, kikislah imej buruk yang sedia terpalit pada PAN terlebih dahulu.

Pedang bermurah hati menyenaraikan imej dan persepsi buruk PAN sebagai rujukan Mat Sabu dan konco-konconya:

1. Macai DAP
2. Pejuang Syiah
3. Pejuang Islam liberal
4. Tiada agenda Islam dan Melayu
5. Antihudud
6. Tak mampu lawan PAS
7. Tak mampu lawan suara anti-Melayu dan anti-Islam
8. Dapat dana DAP
9. Tiada peranan dalam pakatan (tiada) harapan
10. Memusuhi ulama

Dan ada banyak lagi kalau nak disenaraikan satu persatu. Kalau Mat Sabu berjaya kikis masalah yang ada pada PAN terlebih dahulu, barulah Mat Sabu akan diberi ruang seluas-luasnya dalam pakatan. Jika tidak, mungkin lebih banyak mikrofon jadi ‘mangsa’ luahan perasaan akan datang.

KATA PEDANG: Mat Sabu memang suka kontroversi, taktiknya membaling mikrofon nampaknya berjaya mencuri perhatian umum termasuk Pedang.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-sokong-ketegasan-mufti-amaran-untuk-puak-dap/

KATA PEDANG: Sokong ketegasan mufti, amaran untuk puak DAP

NSTITUSI agama Islam sekali lagi diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kali ini khutbah Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Pahang menjadi sasaran berikutan isi kandungannya yang menjelaskan kebenaran sebagai panduan umat Islam.

Malangnya, ada orang Melayu Islam sendiri yang membuat kenyataan mewakili puak kuffar dalam parti rasis dan cauvinis DAP.

Lihat, beginilah cara orang Melayu dipergunakan oleh parti anti-Islam itu.

Ketegasan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang tidak mahu memohon maaf apatah lagi menarik balik khutbah itu amatlah dihormati.

Pendirian itu disambut pula oleh mufti di negeri lain dan juga Isma sendiri.

Inilah satu sikap yang kita mahu, saling menyokong antara satu sama lain apabila terdapat usaha yang mahu menjejaskan kedudukan Islam dan institusinya di negara ini.

Kepada puak DAP sama ada Melayu atau tidak, berhenti daripada masuk campur urusan agama Islam jika tidak memahaminya dengan jelas.

KATA PEDANG: Kalau berani, ambillah tindakan undang-undang! Saman jangan tak saman!

Hadi Al-Tahi said...

Yang cadang Azlina.
Yang sokong Rosnah.
Yang bentang Hj Hadi.
Yang tangguh Hj Hadi.
Yang benarkan pembentangan Speaker.
Yang tukar ke RUU EKJS Najib.

Yang salah Khalid Samad.
Yang kena tuduh Lim Kit Siang.

Yang letak jawatan kabinet MCA MIC. (Tapi pasal 1MDB senyap tak buat apa-apa)

Yang salah Khalid Samad jugak.
Yang kena tuduh Lim Kit Siang jugak.

Yang tak salah perompak kayu balak. Yang kebas duit rakyat tapi kata duit derma.


Kesian pencacai2 pas pencium tegar kentut hadi ulamak kepala taik sedunia. Semakin hari semakin terserlah keBODOHan tahap gaban diorang. kikikikikiiiiii

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails