WASHINGTON – Donald Trump mengeluarkan iklan yang memaparkan Bill Clinton sebagai seorang perogol, sebahagian daripada serangan terbaharu ke atas isterinya, Hillary, pesaing utama hartawan itu dalam kempen pilihan raya presiden 2016.
Trump yang dikenali bermulut celupar dilihat cuba menggunakan pendekatan psikologi dengan menyalahkan Clinton yang masih dibayangi skandal seksual terbesar dalam sejarah AS.
Trump, antara bakal calon berpotensi merebut jawatan presiden daripada parti Republikan, mengeluarkan klip video ngeri 15 saat yang menunjukkan bekas presiden dengan cerut besar di mulut.
Dalam klip berkenaan kedengaran suara wanita menangis sambil menuduh Clinton melakukan gangguan seksual sementara Hillary kedengaran sedang ketawa.
Iklan berjudul “Is Hillary really protecting women?”, menyasarkan pendekatannya terhadap wanita dan wanita muda dengan menunjukkan bahawa Hillary tidak begitu menyokong hak wanita seperti yang didakwa.
Antara wanita yang kedengaran dalam klip berkenaan adalah Juanita Broaddrick, yang baru-baru ini mengesahkan beliau dirogol oleh Clinton ketika berusia 35 tahun.
Trump juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran perang psikologi pesaingnya apabila parti Demokratik mengeluarkan video iklan berjudul Speak. Selain tidak popular dalam kalangan wanita, Trump juga tidak disenangi warga Muslim, Afrika Amerika dan Amerika Latin. –Agensi/IH.
No comments:
Post a Comment