Saturday, May 28, 2016

'BN silap faham', Ini Alasan UMNO Tolak Hudud Kali Ini..

Mengulas pembentangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen semalam, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan rang undang-undang persendirian itu bukan pelaksanaan hudud. — Foto oleh Choo Choy May Mengulas pembentangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen semalam, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan rang undang-undang persendirian itu bukan pelaksanaan hudud.
SEPERTI diduga timbul keresahan dan bantahan dikalangan parti komponen Barisan Nasional sendiri ekoran usul persendirian Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang di Dewan Rakyat petang Khamis.
Antara yang serius ialah Exco Kerajaan Negeri kedah dari MCA ,Dr Leong Yong Kong telah bertindak keluar parti kerana membantah.
Ditanya hal berkenaan dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majis Tertinggi UMNO petang Jumaat,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata timbul salah faham besar mengenainya.
Katanya sebenarnya Usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibentang Ahli Parlimen Marang itu bukan Hudud yang yang disangka.
Perdana Menteri menjelaskan ia lebih kepada peningkatan kuasa Mahkamah Syariah antaranya berkaitan dengan hukuman-hukuman dan ia cuma tertakluk pada orang Islam sahaja. Hukuman itu pun misalnya rotan tidak sampai ke peringkat mencederakan.
Beliau akui masalahnya bila sebut nama Haji Hadi orang cepat nak mengaitkan beliau dengan Hudud.
Apapun Perdana Menteri menjelaskan perkara ini tidak begitu mudah hendak dilaksanakan kerana ia antara lain melibatkan perlu dapat kebenaran dari Majlis Agama Islam negeri-negeri,Majlis Raja-Raja dan pindaan undang-undang oleh Parlimen.
Katanya jika nak pinda undang-undang BN akan terikat kepada prinsip konsensus yakni persertjuan bersama. Kata Najib apapun nak dilakukan BN akan fikirkan kepentingan negara secara keseluruhan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini yang ramai sudah agak, memang UMNO sejak dari mula merdeka sampai sekarang akan tetap menolak perlaksanaan perundangan Islam sepenuhnya termasuk 'hudud'. Kerana memang UMNO tidak takut perintah Tuhan, yang dia takut hanya perintah AS atau kuasa-kuasa barat termasuk zionis Israel. 
Itu sebab berbagai helah dan dalih alasan seperti di atas diberi untuk menolak 'hudud'. Zaman pemerintahan PM Mahathir, UMNO tolak beralasan konon, Itu 'hudud PAS'. Lama dah, kita kenal taktik dan perangai huduh UMNO dalam hal ini!

10 comments:

Anonymous said...

Ujian iman ; antara Perintah Tuhan, dan kehendak diri yg diutamakan.
Namun begitu, jgn menghukum. Muhasabah diri sendiri.

Anonymous said...

Syari'at Islam ;

Menolaknya satu kekufuran,

Mengabaikannya satu kefasikan,

Tidak melaksanakannya, satu kezaliman terhadap diri dan umat (mengundang bala' dan azab).

Perundangan Islam ; wajib ke atas pemerintah Islam, kita pula sbg org awam yg mengaku Islam, tiada pilihan kecuali menyokongnya.

Anonymous said...

Alahai pak hashim, masih tak faham lagi ke permainan meno? Tuang presideng deme kt belah mana skrg deme tak kaji ke? Gelihati sangat teman lihat puak2 deme terkinja2 terlompat2 apabila usul 'hudud itu' dibuat tuang presideng..tapi sebenarnya bukan hudud rupanya cuma penambahbaikan hukum jenayah ciptaan manusia jugak ye..kesian kena kencing lagi la tu..

Unknown said...

9:39.. cuba faham betul2 dulu kes RUU.. buat malu PAN je nanti.. actually dah malu pun PAN dgn hujah kamu atas tuh..

Anonymous said...

Salam semua Encik-Encik Anonymous di atas,

Sorry lama tak join comment, busy gila, nak apply open ap untuk kereta dan motor import.

Kalau tajuk BN silap faham ini alasan UMNO tolak Hudud berpandukan kepada usul Tuan Guru Haji Hadi berkenaan pindaan RUU 355, Pak Ibnu Hasyim dah salah besar!!!

Pertama, Haji Hadi bentang usul kemudian speaker suruh hurai terkial-kial cari teks last-last tergagap-gagap minta tangguh, kalau tak hurai macam mana nak tahu hudud ke tak???

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Oleh itu, apa kaitan RUU Haji Hadi tu dengan syariat Islam???

Kita sebagai orang awam yang mengaku Islam tiada pilihan selain tidak menyokongnya!!!

Nak sokong apa, speaker suruh hurai lari minta tangguh macam pondan!!!

Adakah Islam suruh menyokong membabi-buta tanpa usul periksa???

Bodohlah macam tu!!!

Adakah Islam menggalakkan kebodohan???

Yang masih jahil,

Nobody

Unknown said...

Syukurlah.. usul RUU dah masuk parlimen.. itu adalah satu permulaan yg baik.. lebih baik daripada kita sibuk cari alasan agar hudud tak dpt dilaksanakan..

Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

Kena tipu Haji Pondan tu nak buat apa??? Surat hurai tergagap-gagap minta tangguh!!!


Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Jeles ke?? Hnya hati org kafir dan munafik je dengki dgn perundangan islam.. buat2 bertaubat la..
bukan aku kata, renung2kan..

Everybody

Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

Daripada pukul 11.30 saya tunggu, Encik jawab pukul 8.00, jeles je yang Encik boleh kata???

Hanya orang jahil muraqab dan bangang je yang tak tahu perundangan Islam ke buat-buat macam perundangan Islam.... buat-buatlah belajar bagi pandai sikit la...

Yang ini saya kata, renung-renungkanlah....

Yang bukan Everybody,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails