SINDIKET Love Scam yang didalangi warga Afrika berjaya memperdayakan ramai wanita Malaysia yang mudah jatuh cinta. – Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Sikap wanita di negara ini yang terlalu mudah mempercayai kata-kata indah menyebabkan mereka menjadi mangsa penipuan Love Scam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 4,673 kes Love Scam telah direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan kerugian RM182.3 juta dengan penangkapan 1,773 suspek bagi tempoh 2013 hingga Mei tahun ini.
Menurutnya, angka itu melebihi negara-negara lain yang turut mempunyai masalah sama dalam penipuan cinta menerusi online di internet.
“Modus operandi mendapati suspek meletakkan profil (di laman sosial) dengan seorang lelaki berkulit putih, kacak, mempunyai pekerjaan hebat atau kaya untuk menipu mangsa yang dipilih secara rawak.
“Justeru, jangan terlalu mudah jatuh cinta dengan cinta palsu terutama wanita di Malaysia ini sekalipun kita memerlukan cinta,” katanya di Dewan Rakyat di sini semalam.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: ‘Love Scams’ bukanlah satu fenomena baru. Walaupun internet merupakan antara medium untuk menambah kenalan –sebagai sahabat ataupun kekasih- namun pengguna internet harus bijak dan berjaga-jaga.
Sebagai contoh, laman mencari cinta, atau dating websites, mungkin memudahkan proses mencari pasangan hidup, namun adakah orang kita kenali menggunakan identiti yang sebenar? Atau terdapat identiti yang berbeza di sebalik gambar kacak atau cantik yang digunakan?
Walaupun pelbagai amaran dan kesedaran tentang penipuan dalam talian telah dikeluarkan, mengapa masih ada yang menjadi mangsa? Benarkah wanita Malaysia mudah ditipu? Namun tidak dapat dinafikan, sepatutnya kerajaan juga bertanggung jawab dalam hal ini, dan patut bertindak lebih awal lagi.
Bukan hanya melapor kes-kes penipuan dan menyalahkan orang lain. Sehingga sekarang apa perancangan yang kerajaan buat dalam menangani masalah ini?

1 comment:
Aku ni kasanova,mungkin salah kerajaan juga agaknya atau salah konek aku.kah..kah...kah.....
Post a Comment