Friday, May 20, 2016

DAP/PKR Enggan Mengalah, PAS Perlu Beri Laluan? - Tuan Ibrahim

Post Pic
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan mengapa parti itu perlu berkompromi dengan menyerahkan kerusi Parlimen Sungai Besar kepada Pakatan Harapan (PH) sedangkan DAP sendiri enggan beralah dengan PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11.

Tuan Ibrahim juga berkata PH boleh berputus asa jika mahu memujuk PAS memberi laluan kepada parti serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

“PAS setuju satu lawan satu. PH (pakatan pembangkang) tidak perlu masuk bertanding. Hendak serah kerusi PAS kepada PAN tidak mungkin. 
"Kalau DAP Sarawak pun tidak boleh kompromi dengan PKR semasa PRN lalu, tidak mungkin PAS hendak bagi kerusi Pas,” katanya dalam catatan di laman Facebook miliknya, malam tadi.

Tuan Ibrahim menegaskan, pakatan pembangkang perlu sedar bahawa kedua-dua kerusi Parlimen itu merupakan kawasan PAS.

“Saya harap blok pembangkang sedar kerusi yang dipunyai oleh Pas mereka tidak perlu ganggu,” katanya.

Pendirian Tuan Ibrahim itu senada dengan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS tetap akan bertanding di dua kerusi tradisinya, Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun depan.

Portal mStar Online hari ini melaporkan sumbernya sebagai berkata, exco PAS di Selangor diberi kata dua untuk meletakkan jawatannya jika parti itu masih mahu bertanding di kerusi Sungai Besar.

Kata dua itu diberikan Menteri Besarnya, yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali,

Antarapos kemudiannya menghubungi seorang daripada exco PAS, Zaidy Abdul Talib. Beliau nyata terkejut dan menafikan laporan sumber itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Antarapos juga menghubungi Exco PKR, Dr Daroyah Alwi untuk mendapatkan pengesahan berkenaan laporan sumber itu.

Beliau turut menafikan laporan portal itu dan enggan mengulas lanjut.  
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) PAS kalah majoriti tipis kepada calon Umno Barisan Nasional (BN) di kerusi Sungai Besar.

PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar terpaksa diadakan selepas penyandangnya 

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar (P067) dan Sungai Besar (P093) kosong selepas penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon terlibat dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sebuyau, Sarawak.

Kedua-dua mereka sedang dalam perjalanan dari Betong ke Kuching bagi membantu kempen PRN Sarawak, 7 Mei lalu. (Antarapos)

4 comments:

Anonymous said...

POSTED BY SEMUT HITAM ON JUMAAT, MEI 20, 2016 WITH NO COMMENTS SO FAR

AZMIN TERSEPIT, NAFI BERI KATA DUA KEPADA PAS!!!

Heh! Inilah akibatnya bila suka sangat cakap berbelit - belit sehingga mudah orang buat spekulasi yang bukan - bukan terhadap dirinya. Bila keadaan tu berlaku, mula la dia meroyan.

Persoalannya, apa yang susah sangat Si Azmin ni nak berterus terang dengan rakyat mengenai pilihan hati dia untuk menjadi calon bagi mewakili Pakatan Haprak tu di Sungai Besar?

Susah sangat ke bagi Si Menteri Besar Selangor tu nak luahkan isi hati dia dengan menamakan siapa yang dia mahu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen itu kelak?

Spekulasi mengenai kata dua yang berbaur ugutan terhadap PAS itu timbul pun bukan salah orang lain. Sebaliknya kerana Si Menteri Besar Selangor tu sendiri suka bermain teka teki dengan rakyat.

Rata - rata orang ramai berpendapat, Si Menteri Besar Selangor ni lebih cenderung untuk memberi laluan kepada PAS sebagai calon tunggal bagi menentang Barisan Nasional di Sungai Besar kelak.

Ianya dapat dilihat apabila Si Menteri Besar Selangor tu didakwa ada terhutang budi dengan PAS kerana memberi sokongan untuk dia menjawat jawatan yang disandangnya pada ketika ini.

Tambahan pulak, Si Menteri Besar Selangor tu dilihat masih lagi bertegas untuk mengekalkan PAS dalam pentadbiran Rejim Pakatan yang dipimpinnya pada ketika ini walaupun dibantah oleh DAPigs.

Jadi, sudah pasti ada orang yang akan buat cerita yang bukan - bukan dan menganggap Si Menteri Besar Selangor tu lebih cenderung untuk memilih PAS berbanding parti lain dikalangan Pakatan Haprak tu.

Dalam erti kata lainnya, Si Menteri Besar Selangor ni tak wajar nak salahkan orang lain sekiranya ada yang membuat spekulasi buruk terhadap dirinya pada ketika ini. Yang dia susah sangat nak berterus terang dengan rakyat, siapa suruh!!! Sekarang, rasa la ke bapaknya!!!

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/05/kata-pedang-ingat-dap-parti-dominan-jika-pakatan-harapan-tadbir-negara/

KATA PEDANG: Ingat! DAP parti dominan jika pakatan harapan tadbir negara

GELARAN cauvinis sangat sesuai untuk DAP yang kini dilihat semakin galak mengejar kuasa politik tanah air apabila mereka makin menunjukkan taring.

Jika dulu PAS, kini PKR mahupun PAN pasti tidak berupaya menahan kehendak dan nafsu serakah DAP yang sudah tentu mahu meneruskan agenda menghapuskan hak dan keistimewaan Melayu dan Islam sedikit demi sedikit.

Sebab itu Pedang sangat bersetuju dengan kenyataan bantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad baru-baru ini bahawa sekiranya pakatan harapan diberi peluang mentadbir negara ini, maka kedudukan Melayu Islam akan terhakis.

Jika pakatan harapan menang maka sudah pasti, parti yang akan menjadi dominan adalah DAP, bukannya PKR atau PAN.

Tidak ada salahnya apa yang diutarakan Tun Abdul Hamid. Memang itulah hakikatnya. Selama ini pun, DAP terus memainkan propaganda anti-Melayu dan mempergunakan isu agama untuk meraih simpati.

Pedang bukan mahu memainkan sentimen politik, jauh sekali menghasut. Pedang hanya sekadar mahu mengingatkan bangsa Melayu mengenai kezaliman dan agenda DAP yang tak akan pernah berhenti.

Agenda mereka ialah menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Kalau boleh, mereka mahu menukar status agama bagi Persekutuan.

Apa akan jadi jika parti rasis ini berkuasa? Sudah tentu bangsa Melayu akan dilenyapkan dari muka bumi Malaysia ini, bahkan agama Islam mungkin akan dipesong-pesongkan untuk tujuan penghapusan secara halus. Bangsa lain umpama balaci mereka sahaja.

Apa yang Pedang boleh katakan, DAP mahu menguasai Malaysia dengan cara yang paling jijik dan kotor. Sikap anti-Islam DAP bakal mengundang padah kepada negara dan kita umat Islam keseluruhannya. Lebih-lebih lagi apabila anti-Islam di luar sana pula sedang melihat dari jauh sasaran mereka.

DAP sepatutnya diharamkan di negara ini, ideologinya sangat berbahaya untuk rakyat Malaysia, khususnya generasi umat Islam masa depan.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/07/dap-takut-imej-islam-mekar-di-malaysia/

DAP takut imej Islam mekar di Malaysia

BANGI, Rabu – Sikap parti cauvinis DAP yang sering mempamerkan sifat anti-Islam dan menentang banyak perkara berkaitan agama Persekutuan memperlihatkan yang mereka sebenarnya takut imej Islam akan terus mekar di Malaysia.

Menceritakan sikap DAP yang dipercayai mesra Evangelis ini, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Abd Rahman Mat Dali, berkata DAP sesekali tidak akan berdiam diri demi memburukkan imej Islam.

“Mereka akan sentiasa mencabar apa sahaja usaha yang dapat meningkatkan imej Islam di Malaysia.

“Mereka akan cuba merungkai dan meruntuhkan semua imej dan peraturan yang melibatkan Islam. Hakikatnya, kerana mereka tidak mahu Islam terus bertapak luas di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas sikap cauvinis DAP yang masih tidak berpuas hati dengan kod etika berpakaian yang dikenakan terhadap kakitangan atau orang ramai yang berurusan di semua pejabat kerajaan.

Lebih-lebih semalam, ADUN DAP Kinrara, Ng Sze Han sengaja menyindir kod etika pakaian di pejabat kerajaan apabila memuat naik gambar di Facebook yang memaparkan notis cara berpakaian untuk berurusan di pejabatnya yang membenarkan sebarang bentuk pemakaian selagi tidak berbogel.

Tegas Abd Rahman, itu tindakan biadab DAP dan kaum Cina serta kuncu-kuncunya mahu mengancam perpaduan dan keharmonian yang ada.

“Hakikatnya DAP memang tidak suka Islam, mereka tidak suka Islam ini maju, jadi mereka cuba mencetuskan kontroversi dengan isu pakaian,” katanya kepada Ismaweb.

Anonymous said...

Hakim tu salah seorang hakim yang masuk neraka, hakim yg berat sebelah, hakim dizaman Mahatir yg ikut kehendak pemimpin,
Kau orang nak dengar cakap ahli neraka tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails