Thursday, May 26, 2016

Dari Sambut Hari Jadi, Bertukar Ke Pesta Liar. Hasil Tarbiah K'jaan Sekular?


Empat gadis yang ditahan dalam serbuan di sebuah apartmen yang disewa khas di Jalan Hamzah di Kota Bharu semalam.

HALAMAN HIBURAN
KOTA BHARU – Niat asal menyambut hari jadi seorang rakan namun selepas selesai acara tersebut, sekumpulan 10 pemuda dan empat gadis mengambil kesempatan meneruskan keseronokan mereka dengan berpesta liar.
Kegiatan tidak bermoral melibatkan 14 orang yang kesemuanya berketurunan Melayu dan berusia 17 hingga 25 tahun itu berlangsung bermula dari lewat malam kelmarin sehingga mereka ditangkap pada pukul 10.30 pagi semalam.
Kesungguhan untuk berparti secara tidak senonoh itu boleh dilihat apabila kumpulan terbabit sanggup menyewa apartmen satu bilik di tingkat 17 di Jalan Hamzah di sini untuk dua hari berturut-turut dengan harga RM360.
Difahamkan, semasa serbuan pukul 10.30 pagi, lelaki yang diraikan sempena hari jadinya sudah pulang.
Bagaimanapun, baki 14 tetamu yang datang untuk sambut hari jadi terus berada di apartmen itu kerana dikatakan khayal teruk sehingga masing-masing tidak dapat pulang.
Pembantu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Mat Jusoh Seman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan liar lelaki dan perempuan bukan muhrim memasuki sebuah apartmen mewah itu daripada pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).
“Semasa pihak penguat kuasa pergi ke apartmen itu, kita terpaksa mengetuk pintu apartmen terbabit kira-kira 30 minit sebelum ia dibuka.
“Pemeriksaan di apartmen satu bilik itu menemui 10 lelaki dan empat wanita dengan kebanyakan mereka dalam keadaan khayal,” kata beliau semasa ditemui selepas serbuan di sini semalam. (Kosmo)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah kesan dan bukti hasil tarbiah kerajaan sekular pimpinan UMNO dari sejak merdeka sampai sekarang, warisan dari penjajahan fikiran kerajaan penjajah barat. 
Kerana tidak berlaku pembebasan hukuman dalam pemerntahan negara ke arah kesyumulan Islam termasuk perundangan hudud di peringkat nasional atau negeri dan individu. Tiada kelonggaran melaksanakan perundangan Islam pada individu Muslim..

2 comments:

Anonymous said...

berlaku kat negeri Kelantan.. asuhan sapa tu??

Anonymous said...

Negeri Kelantan kerajaan Islam atau sekular,bengang betul Ibnu Hasyim ni.Engko kencing merata2 dan salahkan orang lain pula.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails