KL: DAP hari ini menyatakan ketegasan untuk tetap bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekaligus menyokong Deklarasi Rakyat meskipun selepas diberi peringatan oleh bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Publisiti Kebangsaannya, Tony Pua berkata, kebimbangan Anwar itu perkara biasa.
"Itu reaksi biasa. DAP akan tetap sokong Deklarasi Rakyat tapi kita akan buat perubahan sedikit sesuai dengan perjuangan DAP.
"(Tapi) kami juga takut dipergunakan Tun Mahathir," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat, hari ini.
Anwar melalui surat lapan muka surat bertulis tangan itu memberi peringatan terhadap penglibatan pemimpin PKR dan Pakatan Harapan dengan Tun Mahathir dalam gerakan selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat.
Tony turut menganggap kerjasama dengan Tun Mahathir itu memberi peluang orang ramai lebih mengenali Pakatan Harapan.
"Apa yang penting Tun Mahathir ada bersama pembangkang sebab pengaruh Tun Mahathir itu lebih besar.Tapi Tun Mahathir pun percaya dapat sokongan daripada Pakatan Harapan," katanya.
Semalam, surat tersebut disifatkan palsu oleh seorang pemimpin PKR namun Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin hari ini seolah-olah mengesahkan kesahihan surat tersebut apabila memberitahu surat itu sebagai teguran Anwar kepada semua pemimpin PKR untuk kembali ke pangkal perjuangan.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Apa kisah surat daripada Anwar...']
Manakala isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah yang juga Presiden parti dan anaknya, Nurul Izzah mengambil sikap enggan mengulas lanjut dengan hanya menyifatkan ia sebagai masalah dalaman parti. (SH)
Begitulah politik dan DAP pasang perangkap. PKR terpaksa melutut?
5 comments:
Sebenarnya masing2 ada cara masing2 nak tarik undi Melayu parti UMNO..
PAS dgn cara perjuangan nak ganti UMNO..
PH pula dgn cara perjuangan utk Deklarasi Rakyat..
Kita tgk siapa yg lebih bijak..
Sebenarnya apa yg dibuat oleh DAP amat suci di mata PAN. Tunggulah. sikit masa lagi kita akan tengok Mike Selfie maki Bro Anwar.
Kesian Anwar kena tikam dgn gang2 PAN
Mahathir kata najib perlu dijatuhkan demi menyelamatkan Umno.Skrg siapa yg sbnrnya tolong Umno
Parti Angkut Najis la apa lagi..
Tun mahathir pun bnyk buat salah. Tak payah kita nak ungkit lagi la, semua kita pun tahu. Jika tun betul2 ikhlas nak tegur dan perbetulkan kesalahan pm Najib, bukan dgn cara desak letak jwtn. Manusia mana pun atas muka bumi ni tak suka perkara demikian, org pas yg kononnya ikut islam pun bawa lari kerusi bila lompat parti. Pertama sekali, tun kena mohon maaf diatas kesalahan beliau terhadap skandal perwaja, pkfz, bank Bumiputera, fitnah terhadap anwar dll lagi. Ada ka dia berbuat demikian? Tiada. Habis, kenapa desak pm Najib letak jwtn? At last, tun pun terbodoh dgn dap.
Post a Comment