Friday, May 06, 2016
Drama Gencatan Senjata Syria Dilanjutkan 2 Hari
ALEPPO - SYRIA. Tentera Syria bersetuju untuk menghormati gencatan senjata selama dua hari di bandar Aleppo, selepas menghadapi tekanan berterusan dari Rusia dan Amerika Syarikat (AS).
"Gencatan senjata akan berlangsung 48 jam bermula dari pukul 1 pagi (waktu tempatan) hari ini (semalam)," menurut ketua tentera Syria.
Menteri Pertahanan Rusia memberitahu, pemantau Moscow dan wakil AS bersetuju untuk mengawasi gencatan yang dijangka berakhir tengah malam ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Bashar al-Assad berkata negaranya tidak akan menerima kurang daripada satu kemenangan dalam menentang kumpulan pemberontak di Aleppo mahupun di seluruh negara.
Dalam satu telegram dihantar kepada Presiden Rusia Vladimir Putin, Bashar mengucapkan terima kasih atas sokongan ketenteraan Moscow dan menegaskan tenteranya akan terus berjuang bagi mencapai kemenangan akhir. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gencatan senjata ini hanya drama dalam menghapuskan penentangan rakyatnya sendiri demi mengekalkan kezaliman yang berterusan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Peringatan kepada kita semua,,,barat yg mereka dan mencipta syiah dan wahabi,,mereka juga yg mencetuskan permusuhan di kalangan umat islam hasil perpecahan dan perbezaan pendapat mazhab. Tiada tolak ansur, terlalu fanatik dan mengenepikan ajaran aqidah yg sebenar menyebabkan umat islam bermusuhan. Kesederhanaan diabaikan. Peluang ini dieksploit barat utk pelbagai tujuan. Menjual dan menguji senjata, merompak kekayaan negara islam dan yg penting membunuh umat islam ahlussunnah dgn alasan yg mereka cipta. Alhamdulillah,, mesir dipelihara oleh Allah swt,, mereka yg merancang utk memenangkan ikhwan muslimin, mereka juga merampas kerajaan melalui tentera dgn harapan rakyat bangun menentang. Senang lah mereka menjahanamkan mesir. Allah pelihara mesir dgn ulamak al azhar memihak kpd kerajaan, maka selamat lah bumi mesir. Apabila gagal di mesir, mereka beralih utk memusnahkan turki pula.
Post a Comment