Wednesday, May 04, 2016

Gim Untuk Muslimah Dan Wanita Sahaja Dibuka Di UK. Perlukah di M'sia?


MEMAHAMI keperluan wanita beragama Islam untuk kelihatan lebih sihat dan cergas, sebuah pusat kecergasan gim hanya untuk golongan wanita tersebut telah dibuka di United Kingdom.


Haya Fitness yang dikhaskan untuk golongan wanita itu juga terbuka kepada wanita bukan beragama Islam tetapi sama sekali melarang kaum lelaki memasuki premis mereka.
Gim tersebut dilengkapi dengan pelbagai peralatan senaman seperti treadmills, basikal senam dan alat pengangkat berat selain menyediakan kemudahan surau.
Menurut pengusahanya, idea untuk menubuhkan gim yang terletak di Cardiff itu adalah untuk memenuhi permintaan wanita Muslim yang sebelum ini berasa kurang selesa melakukan aktiviti kecergasan di gim yang lain.
Dengan tertubuhnya Haya Fitness, wanita-wanita terbabit tidak perlu bimbang lagi untuk membuka hijab mereka selain bebas untuk memakai seluar pendek dan t-shirt lengan pendek ketika melakukan aktiviti sihat tersebut.

Di Malaysia dah ada ke belum, perlukah dibuka? (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Mana bolehhh !!!!! Nanti apa kata DAP. Kita kena tanya DAP dulu. Jgn memandai2

BOY AMANAH
Amanah Gua Niah

Anonymous said...

Ahli Parlimen Parti Amanah Sedia Undi Tolak Hudud - Mat Sabu
OLEH DESMOND DAVIDSON Published: 6 September 2015 5:34 PM

Pengerusi Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata, ia akan bergantung kepada konsensus yang dicapai antara Amanah dan rakan lain dalam gabungan parti pembangkang yang akan ditubuhkan kelak.

Bekas ahli Parlimen PAS, yang kini menyertai parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah), sedia mengundi menolak rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat, sekiranya ia sampai ke peringkat itu, kata pengerusinya Mohamad Sabu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails