Thursday, May 12, 2016

Hukuman Mati Ke Atas Amir Jamaat-E-Islami Bangladesh. -PAS Kecam





PARTI Islam Semalaysia (PAS) mengecam sekeras-kerasnya hukuman mati yang telah dijatuhkan ke atas Amir Jamaat-E-Islami Bangladesh, Maulana Motiur Rahman Nizami (GAMBAR) awal pagi tadi di Penjara Pusat Dhaka.
Maulana Motiur Rahman Nizami adalah antara pimpinan utama Jamaat-E-Islami Bangladesh yang dijatuhlkan hukuman mati atas tuduhan melakukan jenayah perang pada tahun 1971 ketika berlangsung perang menuntut kemerdekaan daripada Pakistan. PAS melihat tindakan ini sebagai tindakan politik permusuhan dan balas dendam terhadap Jamaat-E-Islami Bangladesh dan pimpinannya.
PAS mendoakan Jamaat-E-Islami Bangladesh serta seluruh kepimpinan dan ahlinya untuk terus tabah memperjuangkan Islam melalui saluran damai demokrasi demi untuk kesejahteraan Bangladesh dan seluruh rakyatnya. PAS juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Maulana Motiur Rahman Nizami atas hukuman yang telah dijatuhkan dan PAS juga mendoakan semoga Maulana Motiur Rahman Nizami dikurniakan syahid atas hukuman mati yang telah dikenakan ke atas beliau.
PAS juga mendesak supaya Perdana Menteri Bangladesh Syeikh Hasena Wazed dari Liga Awami Bangladesh untuk menghentikan tindakan kejam dan tidak bertamadun yang dikenakan ke atas Jamaat-E-Islami Bangladesh dan pimpinannya dalam usaha untuk mengekalkan kuasa.
“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”
ABDUL HADI AWANGPRESIDEN PAS
04 Syaaban 1437H / 11 Mei 2016M

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails