Thursday, May 12, 2016

Ini Video Dagang Seks M'sia-Indo.. Saya Bukan Dagang Manusia! -Ibnu Hasyim.


CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 

RAMAI yang menelefon saya, meminta khidmat nasihat untuk pergi kerja di Australia. Memang setiap bulan ada yang pergi kerja di sana, melalui khidmat runding saya. Saya terus berurusan dengan pihak di Australia, bila ada kerja kosong yang sesuai, baru saya benarkan mereka berangkat ke sana.

Tetapi, antara yang menelefon itu ada seseorang mengherdik saya, "You memperdagangkan manusia, you tahu tak ini kerja salah, terkutuk!"

"Kerja saya ialah memberi nasihat, khidmat runding supaya mereka yang ikhlas ingin mencari rezeki halal di negara orang... Supaya tidak dijual, tidak ditipu atau diperah keringatnya!" Jawab saya.

Hal ini bukan perkara baru diperkatakan. Lihat video-video ini buktinya. 





Pada tahun 2014, Amerika Syarikat (AS) telah menurunkan kedudukan Malaysia dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2014 Jabatan Negara AS ke kategori paling bawah Tahap 3 (Tier 3). Kategori ini untuk “negara di mana kerajaannya tidak memenuhi piawaian minima Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan 2000 (AS), dan tidak mengambil usaha serius untuk memenuhi piawaan tersebut.”

Laporan itu menyatakan kewujudan buruh paksa dan perdagangan seks di Malaysia dan ia juga menyatakan bahawa mangsa pemerdagangan orang merupakan sebahagian besar daripada 2 juta buruh migran tanpa permit di negara ini. Pada awal tahun 2014, satu laporan khas Reuters mendedahkan betapa seriusnya aktiviti pemerdagangan orang, terutamanya di negeri-negeri seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. 

Berlaku pindaan kepada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. Pada tahun itu, Malaysia mencapai kedudukan Tier 3, maka kerajaan telah menggubal Akta Antipemerdagangan Orang 2007. Kedudukan negara kita kemudiannya meningkat ke Tier 2.

Tidak sampai 2 tahun, pada 2009, Malaysia sekali lagi jatuh ke kedudukan Tier 3, maka kerajaan ketika itu meminda Akta Antipemerdagangan Orang 2007 pada tahun 2010 untuk menjadi akta masa kini iaitu, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran. 

Pada masa yang sama, kerajaan juga telah melancarkan Pelan Antipemerdagangan Orang Kebangsaan 2010-2015. Kedudukan Malaysia meningkat ke Tier 2 pada tahun 2010. Belum sempat sampai 2015, dalam empat tahun sahaja, Malaysia merosot sekali lagi ke Tier 3 pada tahun 2014. 

Begitu sedikit maklumat mengenai dagang manusia. Jadi, saya bukan dagang manusia. Kerja saya ialah kerja menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran di ruang mana yang ada. Kerana Nabi SAW berpesan sampaikan darinya walaupun satu ayat, yang dijadikan motto blog ini.

Wallahu 'aklam.

Lihat sebelum ini..
Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Tel 014 222 5865 (KL)       
11 Mei 2016 KL 

5 comments:

Anonymous said...

Hukum Allah ada pengubat penyakit2 moral manusia.

TETAPI

Hukum ini ditentang oleh DAP. Malah Khadam mereka pun terpaksa meminta restu DAP dalam apa jua mengenai Shariah. Itu sebab banyak kali aku kata, di mata PAN, DAP lebih afdhal dari Imam Muslim, Imam Bukhari dan Imam Ghazali.

SIla baca COPY PASTE dari Malaysia Gazette seperti dibawah

http://malaysiagazette.com/ms/nasional/mana-pergi-pendirian-hudud-mat-sabu

Mana pergi pendirian hudud Mat Sabu?

Sebelum wujudnya Parti Amanah Negara (Pan), Mohamad Sabu adalah antara pemimpin Pas yang lantang mempertahankan hukum hudud.

Tidak perlulah dinamakan pemimpin lain yang kini telah pun bertukar bendera untuk bersama DAP yang sangat-sangat membenci Pas. Bersama Pakatan Harapan yang dianggotai oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN kini tiada lagi isu hudud kerana dipegang secara ‘agree to disagree’ (setuju untuk tidak bersetuju) dalam dalam perjanjian yang telah dimeterai.

Konsep ‘agree to disagree’ merujuk kepada satu keadaan di mana pihak bertelagah bersetuju untuk menghormati perbezaan pendirian masing-masing dalam sesuatu prinsip, demi untuk bergabung atas sesuatu matlamat, sekalipun ia tidak akan menyelesaikan pertikaian yang berpunca daripada perbezaan tersebut.

Keputusan secara konsensus itu telah mengikat PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam Pakatan Harapan. Konsep itu diperkenalkan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Februari 2015 berkaitan dengan isu hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan.

Ia sebagai rentetan daripada Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan PR pada 28 September 2011 pada satu mesyuarat yang diadakan. Mesyuarat tersebut juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.

Namun pendirian DAP dalam isu hudud amat konsisten iaitu DAP tidak akan menyokong pelaksanaan hukum hudud di mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia. Ketika itu, Mohamad Sabu dan rakan-rakan Pas yang kini berada di dalam Pas cukup kukuh di belakang parti mempertahankan hudud demi agama.

Banyak hujah dan nas yang dikeluarkan mengenai hudud dalam setiap ceramah yang dibawa supaya menolak sesiapa sahaja yang cuba menentang hukum hudud termasuklah UMNO. Bukan semua orang boleh bercakap seperti Mohamad Sabu dan rakan-rakannya tentang isu hudud.

Hari ini, semuanya dah berubah seratus peratus. Cerita hudud sudah tidak ada lagi malah DAP yang dibantah sebelum ini kerana hudud turut menjsadi teman sebantal Mohamad Sabu dan rakan-rakannya.

Mohamad Sabu dan rakan-rakan pasti tahu apa jawapan sesuai jika ditanya rakyat ke mana perginya pendirian tentang hudud yang selama ini dipertahankan. Dulu bersama Pas lenggoknya lain, sekarang dengan DAP pastilah lebih cantik lenggoknya. Ramai juga yang nak bertanya bagaimana hudud yang dipertahankan selama ini boleh dilenyapkan sekelip mata?--MalaysiaGazette

Anonymous said...

Nah kao. Copy Paste ke dua

Malulah PAN. Hiduk ditarik oleh DAP macam red indian tarik bison zaman cowboy dulu. Elehhhh setakat Mat Sabu, Khalid Samad, Mujahid dll.............. Teressa Kok sound mesti dah menggelupur. Itu belum lagi kena sound dgn LGE. Apa nak buat buat PAN ibn Khadam al DAP

Tengok ISMA, macho...... Orang kata apa, peduli apa,
Sila baca copy psate dibawah

http://www.ismaweb.net/2011/09/hudud-isma-kutuk-kenyataan-pemimpin-dap-mca-gerakan/

Hudud: ISMA kutuk kenyataan pemimpin DAP, MCA & GERAKAN

ISMA mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP, MCA dan GERAKAN berhubung isu pelaksanaan hukum hudud di negara ini serta menganggapnya kenyataan yang menentang agama Islam dan menghina umat Islam. Kenyataan-kenyataan tersebut telah meletakkan kemuliaan agama Islam dan maruah umat di tahap paling bawah sekali.

Justeru itu, ISMA menuntut agar pihak berkuasa, pertubuhan-pertubuhan dan parti-parti politik Islam bersatu mempertahankan kedaulatan Islam. Umat Islam di negara ini juga diseru untuk bangkit menebus maruah dan kemuliaan mereka demi memastikan pihak-pihak bukan Islam tidak melampaui batas-batas yang telah digariskan.

Sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan umat Islam sebagai kelompok majoriti dan penduduk asal negara ini serta hakikat sejarah yang tidak boleh dipadam, ISMA menuntut agar ditubuhkan satu jawatankuasa penggubal undang-undang untuk mengkaji kaedah-kaedah bagi menjadikan undang-undang awam negara ini termasuk undang-undang jenayah berteraskan syariat, manakala undang-undang sivil sebagai undang-undang pilihan bagi kegunaan penduduk minoriti yang tidak beragama Islam.

ISMA juga menyeru para pemimpin Islam di negara ini untuk segera mencari titik perpaduan dan berhenti menjadikan Islam sebagai isu politik. Sudah tiba masanya untuk seluruh umat Islam bersatu bagi memastikan kedudukan dan kedaulatan agama Islam terus terpelihara.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/03/kata-pedang-dap-tetap-anti-islam-walau-berkawan-dengan-tun-m/

KATA PEDANG: DAP tetap anti-Islam walau berkawan dengan Tun M

PUAK ultra kiasu anti-Islam tetap anti-Islam biarpun dengan siapa mereka berkawan hatta negarawan.

Pemimpin rasis dan cauvinis Lim Kit Siang sanggup membuat kenyataan tidak pernah membenci Tun Dr Mahathir semata-mata ingin duduk sepentas dengan bekas perdana menteri itu.

Umum mengetahui Tun Dr Mahathir menolak kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak atas alasan skandal kewangan berbilion ringgit menerusi syarikat pelaburan 1MDB tapi ia masih belum berjaya dibuktikan dan didakwa di mahkamah.

Keadaan berbeza bagi parti tak tahu malu DAP yang menolak Najib bukan hanya kerana berada di posisi pembangkang, bahkan mereka juga entiti anti-Islam yang membenci setiap usaha Islamisasi oleh pihak kerajaan yang diketuai Najib.

Mereka mahu Najib jatuh, pemimpin Melayu berpecah belah, dan akan lahir keadaan yang akan memberi kelebihan kepada DAP menguasai tampuk kepimpinan negara.

Keadaan ini adalah lebih bahaya dan mudarat kepada negara berbanding keadaan hari ini.

Meminjam kata-kata Prof Dr Ridhuan Tee dalam tulisannya hari ini, apa jaminan yang ada jika Najib berundur? Siapakah yang akan menggantikan? Adakah DAP hanya duduk diam tanpa merancang sesuatu yang jahat untuk Islam dan orang Melayu?

Berdasarkan rekod lampau sedia ada, orang Melayu tidak harus bekerjasama langsung dengan DAP dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini kerana matlamat tidak menghalalkan cara.

Anonymous said...

HAJI HADI DAN HARON DIN WAJAR DI CALONKAN MENJADI PRESIDEN OPEC,ATAU PRESIDEN NEGARA2 ARAB YANG SENTIASA BERPERANG,ATAUPUN SETIAUSAHA PERTUBUHAN BANGSA2 BERSATU YANG DAPAT MENDAMAIKAN SEMUA ANAK BANGSA YANG ADA DI SELURUH DUNIA......WALAKKKKKK....

Anonymous said...

HANG TUAH DAN HANG JEBAT AKAN BANGKIT DARI KUBUR LALU MENGUNDI UNTUK PARTI PAS,IK DAN PARTI BN KERANA MERASAI DENYUT NADI RAKYAT YANG SEDANG SUSAH SEKARANG........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails