Tuesday, May 17, 2016

Jangan Letak Calon, Biar PAS Lawan BN. -Tuan Ibrahim Tuan Man.

TIMBALAN Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan pertembungan antara blok pembangkang dalam kedua-dua PRK di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar hanya akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang.

Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sebuyau, Sarawak.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Wan Muhammad Khair-il, daripada Barisan Nasional, mengalahkan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas) dengan majoriti 1,082 undi, manakala Noriah mengekalkan kerusinya setelah mengalahkan calon Pas, Mohamed Saleh M Hussain dengan 399 undi. (IH)


2 comments:

Anonymous said...

Sorry... ini negara demokrasi. Kalau nak semua orang hanya dengar cakap kau bolehlah buka cawangan di korea utara... tengok sapa yang kena.

Pakcik ni sorang je macam nak lawan umno... pakcik2 yang lain tak kisah pun malah kalau boleh nak ukur baju bagi sedondon pink kaler dengan najib.

Kau yang jadi juak sana tak pening ke dengan kenyataan bercanggah antara pemimpin2 kamu?

Anonymous said...

tok lebai ni dah tukar uniform komando bangladesh ka..? pakaila sedondon barulah boleh baiah dgn unmoNajibi untuk buat hudud hudud hudud

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails