Sunday, May 01, 2016

Jom, Berpesta Air Di Sungai Golok.

 LEBIH 1,000 orang mengunjungi Sungai Golok untuk mandi-manda dan beriadah sejak sebulan lalu.
RANTAU PANJANG – Hampir 1,000 penduduk dari Malaysia dan Thailand ‘berpesta’ air setiap hari di Sungai Golok di sini selepas paras air sungai itu surut sejak sebulan lalu akibat fenomena El Nino.
Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati, kawasan di belakang Klinik Kesihatan Rantau Panjang di sini menjadi lokasi tumpuan penduduk dari kedua-dua negara ‘berpesta’ untuk bermandi-manda.
Malah peniaga turut menggunakan kesempatan itu untuk menjual pelbagai juadah makanan seperti sate ikan, mi goreng, keropok, buah-buahan dan air minuman.
Menurut seorang peniaga kain, Numi Che Ghani, 40, dia menggunakan masa terluangnya pada waktu petang untuk menjual makanan dan minuman di beting pasir Sungai Golok yang timbul selepas paras air sungai surut.
“Pada sebelah pagi saya berniaga kain, masa terluang petang hari saya ke sini menjual makanan sejak seminggu lalu.
Jangan lupa juga, solat minta hujan kerana El Nino?

No comments:

Post a Comment