Tuesday, May 17, 2016

Kisah Gadis Dirogol 14 Lelaki Lepas Minum Arak. Jokowi Marah, Baru Arak Diharamkan?

yuyun rogol
KISAH Yuyun gadis berusia 14 tahun dirogol dan dibunuh oleh 14 lelaki ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya telah mencetuskan pedebatan dan kemarahan di kalangan masyarakat negara itu.

Kes ini pada mulanya tidak mendapat liputan meluas media tempatan sehinggalah seorang aktivis lantang bersuara dan mula mendapat perhatian di media sosial. Malah semalam, satu protes turut diadakan di luar istana presiden di Jakarta.

Yuyun hilang pada 2 April ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Kasiah Kasubun di wilayah Bengkulu, barat Indonesia. Mayatnya ditemui dua hari kemudian oleh penduduk kampung dalam keadaan lebam dipukul dan tanggannya terikat. 


Susulan kejadian 12 dari 14 suspek ditahan dan tujuh daripadanya masih dibawah umur 18 tahun. Menurut polis, Yuyun diseret oleh pelaku yang dikenalinya secara peribadi ke dalam hutan sebelum dirogol dan kemudiannya dibunuh.


Kronologi Dan Gambar 14 Pelaku Rogol


Perkataan yang semakin popular dilaman media sosial ini kini sudah menjadi trend sebagai rasa simpati sekaligus tanda ramai mahukan kes yang sebelumnya gelap yang tidak di publikasikan biar terang dan mendapat hukuman sewajarnya kepada pelaku yang hanya dihukum 15 tahun penjara atas tewasnya


Tidak hanya masyarakat biasa beberapa artis dan penyanyi papan atas negeri itu juga turut memuat naik video singkat dengan memegangan sebuah lilin hidup dan mengatakan “saya bersamayuyun”.


Akibat dari perkara itu kepolisian curup bengkulu bergegas mengungkap tabir disebalik penemuan jenazah yuyun gadis 14 tahun yang dirogol sampai mati yang masih misteri sebelumnya.


Menurut laporan JPN.COM mangsa hanya tinggal dengan kembar lelakinya di kampung itu,manakala orang tuanya tinggal di kebun mereka. 


Orang tua mangsa tahu kejadian tersebut setelah menerima aduan dari kembar mangsa yang mengatakan mangsa tidak balik kerumah sejak sabtu siang pada jam 14.00.


Sebelumnya mayat mangsa yang hampir membusuk ditemukan oleh warga.bapa mangsa 36 tahun juga sempat melakukan pencarian hingga pada jam 17.00 pada hari kejadian.


Pencarian itu di lakukan oleh beberapa ahli keluarga dan juga dibantu warga setempat termasuk pelaku,akan tetapi karena tidak mendatangkan hasil apa apa,bapa mangsa melaporkan kehilangan anak gadisnya itu kepada pihak polis rejang bengkulu.


Pada hari keesokannya “ahad” orang tua mangsa masih juga melakukan pencarian sampai kemalam,hingga mereka memutuskan untuk menyambung pencarian keesokan paginya, ungkap Darwan 40 warga pertama yang menemukan mayat yuyun.


Di tengah pencarian tersebut darwan mencium bau busuk yang tidak sedap yang datang dari arah semak belukar berjarak 15 meter dari jalan setapak menuju perkebunan warga.akibat rasa tak sedap hati beliau kemudian memeriksa dan menemukan sosok mayat dengan keadaan bogel hampir membusuk di tepi curam satu kilometer dari pemukiman warga.


Menurut hasil daripada bedah siasat doktor mendapati bagian dubur dan kemaluan korban menyatu, kesan cekikan pada leher dan luka dibagian belakang kepala mangsa.


Niat Jahat Muncul Selepas Minum Arak
Sesuai pengakuan 12 dari 14 pelaku, niat jahat itu muncul selepas mereka meminum arak jenis tuak.

Mereka yang menarik korban masuk kedalam semak kemudian tangannya di ikat dan dirogol secara bergilir gilir.ada juga yang mengaku merogol korban sampai tiga kali karena masih tak berpuas hati. Setelah mereka melampiaskan nafsu mereka menjatuhkan jasad korban ke kebun getah yang posisi tanahnya tebingan curam.


Dari keterangan pelaku lain “De” Adalah otak pelaku pembunuhan dan juga orang yang menarik mangsa serta orang yang pertama merogol gadis malang itu.  Menurut keterangan pelaku lain De juga merogol mangsa sebanyak 3 kali, tetapi De menafikan bahawa dia merogol mangsa sebanyak tiga kali, tapi tidak menafikan bahawa dialah dalang punca pembunuhan itu.
Sebahagian di antaranya merogol sebanyak dua kali dari pengakuan pelaku lain.korban yang sudah tidak bergerak juga masih dirogol,namun tidak ada yang berani memastikannya sama ada mangsa sudah mati ataupun pengsan.
Kerana tidak berpuas hati De kemudian mencekik leher mangsa dan pelaku lainnya memukul bahagian belakang leher mangsa dengan kayu sebelum mayatnya di buang dari ketinggian 15 meter sebelum di temukan warga dua hari selepas kejadian.
rogol yuyun jokowi
Menurut Polis Rejang Lebong Bengkulu pelaku yang ditangkap yang dijatuhi hukuman 15 tahun penjara tersebut tidak ada yang menunjukkan rasa penyesalan, malah mereka turut tertawa di dalam tahanan ketika menjalankan pemeriksaan.

Permintaan Ayah Gadis 14 Tahun maut dirogol.
Seperti halnya orang tua lain pasti akan merasa susah dan sedih dengan musibah yang menimpa anak anaknya.

Perkara itulah yang dihadapi oleh ayah Yuyun yang tidak berpuas hati atas kematian anaknya., apatah lagi hukuman yang diberi oleh negara itu kepala pelaku yang merogol anak tidak setimpal dengan apa yang meraka buat.


“Kalau tidak dihukum mati,penjara seumur hidup” cuma itu permintaanku,cuma itu” kata sosok tubuh lelaki 36 tahun yang nampak penat di hadapan pemberita ketika mengadakan pebincangan dengan JPN.com Bengkulu.


Beliau juga juga berdoa agar pelaku yang masih menjadi buronan agar cepat di tangkap.”Mereka itu sangat biadap”, katanya.


“Kami tidak mempunyai ramai anak dan mereka adalah harta yang paling berharga,” kata Yana, ibu Yuyun memberitahu BBC Indonesia.


Menurut Yana, Yuyun merupakan pelajar terbaik dan bercita-cita untuk menjadi seorang guru dan dia merupakan harapan keluarga.


Jokowi Marah Dan Sedih



Presiden Indonesia Joko Widodo hari ini menggesa polis menahan dan mendakwa sekumpulan remaja yang dikatakan membunuh dan merogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun itu.

Presiden yang lebih dikenali sebagai Jokowi membuat desakan itu menerusi akaun twitternya dengan menulis “Tangkap and hukum pelaku seberat2nya”.
Kesimpulan: 

Hasil siasatan mendapati kumpulan remaja terbabit dikatakan menganjurkan pesta arak pada waktu tengah hari di rumah seorang rakan mereka dan Yuyun yang baru pulang dari sekolah dikatakan melalui kawasan rumah berkenaan untuk pulang ke rumahnya.

Kumpulan lelaki terbabit dipercayai telah menculik Yuyun dan mengheretnya ke kawasan semak berhampiran sebelum merogolnya secara beramai-ramai dan kemudian membunuhnya.

Jokowi yang melahirkan rasa dukacitanya dengan kejadian itu turut memuat naik dalam twitternya dengan menulis “Kita semua berduka atas kepergian YY yang tragis,”

Presiden Indonesia itu juga meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap pesalah agar kes seumpama itu tidak berulang malah menggesa masyarakat agar tidak menganiayai wanita dan kanak-kanak. (IH) 

Lihat seterusnya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails