Monday, May 30, 2016

Kulit Hitan Jadi Cerah Lepas Dibasuh Guna Produk Ini.. Iklan Perkauman


Paparan iklan yang menunjukan seorang lelaki kulit hitam (kanan) bertukar menjadi cerah selepas ‘dibasuh’ menggunakan serbuk pencuci jenama Qiaobi.- AGENSI

BEIJING - Sebuah syarikat serbuk pencuci China memohon maaf kerana menyiarkan iklan memaparkan seorang lelaki kulit hitam bertukar menjadi lelaki Asia berkulit cerah selepas ‘dibasuh’ menggunakan produk itu.
Firma Shanghai Leishang Cosmetics Ltd. Co menyatakan, pihaknya mengecam diskriminasi perkauman tetapi menyalahkan media asing ke­rana menyebarkan iklan itu yang pertama kali muncul di laman sosial China, Mac lalu, namun ditarik balik susulan bantahan pada minggu lalu.
“Kami melahirkan rasa kesal kerana iklan ini mencetuskan kontroversi. Kami juga memohon maaf kerana iklan ini mengguris perasaan orang Afrika selepas isu ini diperbesarkan pihak media.
“Kami harap orang ramai dan pihak media tidak akan memberikan reaksi keterlaluan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan kelmarin.
Iklan detergen jenama Qiaobi itu memaparkan seorang lelaki kulit hitam masuk ke dalam sebuah bilik dan cuba memikat seorang wanita Asia. Dia membawa sebaldi cat, memakai pakaian kotor dengan wajah berminyak. Wanita itu memberinya serbuk pencuci Qiaobi dan memasukkan lelaki itu ke dalam mesin basuh.
Selepas proses basuhan selesai, wanita itu gembira apabila melihat lelaki comot tersebut bertukar menjadi orang Asia berkulit cerah dan memakai baju-T berwarna putih. – AGENSI

1 comment:

Anonymous said...

Adakah sabun itu digunakan oleh Ketua Namrud (KN) Penang dgn polisi menghalau kampung2 melayu di Penang?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails