Wales, 24 Mei - Sekawan lebah mencetus 'huru-hara' apabila mengejar sebuah kereta Mitsubishi Outlander selama dua hari disebabkan ratu mereka 'bersembunyi' di kereta tersebut.
Saksi yang melihat kejadian, Tom Moses, ternampak kawanan lebah tersebut menghurungi kereta yang diparkir itu ketika dia memandu melalui Haverfodwest, selatan Wales pada petang Ahad dan berhenti untuk memberi bantuan.
Difahamkan, seramai 5 penternak lebah, beberapa ranjer taman dan orang ramai turut membantu untuk 'menjinakkan' lebah itu masuk ke dalam sebuah kotak kadbod.
Mereka 'membantu' ratu lebah tersebut keluar dan memasukkannya ke dalam kota kadbod itu. Kemudian mereka menunggu kawanan lebah itu masuk ke dalam kotak yang diletakkan di atas atap kereta itu. Malangnya angin kuat menyebabkan kotak itu terjatuh dan ratu lebah itu kembali menyelinap ke bonet kereta.
Roger Burns, seorang penjinak lebah dari Pembrokeshire Beekepers berkata: "Kami fikir ratu itu tertarik dengan sesuatu di dalam kereta, mungkin sesuatu yang manis, dan masuk ke dalam ruang antara viper di bonet itu ataupun engselnya.
Menceritakan kejadian Burns berkata dia disengat 15-20 kali ketika cuba membantu.
"Kawanan lebah yang dianggarkan 20,000 ekor itu mengekori ratunya dan menghurungi bonet kereta tersebut. Saya bawa satu kotak kadbod besar dan berhati-hati menolak mereka masuk ke dalam kotak itu secepat mungkin kerana banyak lagi yang berlegar di udara.
"Saya disengat 15-20 kali kerana ini. Saya kemudian meninggalkan kotak itu di atas atap kereta sementara menunggu kesemua lebah meninggalkan bonet kereta (dan masuk ke dalam kotak) tapi malangnya tiupan angin menyebabkan kotak itu terjatuh dan ratu lebah itu kembali ke bonet kereta itu semula.
"Malangnya saya terpaksa pergi makan malam ketika itu dan penternak lebah yang lain pula mengambil alih. Kemudian pemilik kereta tersebut kembali dan memandu keretanya pergi tanpa menyedari ratu lebah itu masih lagi bersembunyi di bonet.
"Saya rasa pemilik kereta itu mesti takut kerana keretanya dihurungi lebah dan cuma mahu 'lari' tanpa menyedari lebah-lebah itu sebenarnya mengejar ratu mereka
"Kami ditinggalkan bersama lebah-lebah yang sudah berjaya ditangkap dan keesokan harinya, kami mendapat berita bahawa kereta yang sama masih lagi dihurungi dan dikejar oleh sekawan lebah.", kata Burns sebagaimana lapor Dailymail.
Sehingga kini, pemandu kereta itu masih belum dikenalpasti.
Sumber : Dailymail
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Sedikit Tentang Lebah.
Jangan terkejut dengan berita di atas. Kerana maklumat-maklumat yang dikutip kira-kira begini...
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Sedikit Tentang Lebah.
Jangan terkejut dengan berita di atas. Kerana maklumat-maklumat yang dikutip kira-kira begini...
- Dikatakan sifat lebah madu Afrika (killer bee) akan mengejar mangsa sejauh 1/4 batu atau lebih (kira-kira 400 meter).
- Lebah mempunyai 5 mata, dua mata besar (mata kompaun) di kedua-dua belah kepala dan tiga ocelli (mata primitif) di sebahagian atas kepala berfungsi untuk mengesan keamatan cahaya.
- Lebah menggunakan matahari sebagai kompas. Walaupun matahari dilitupi awan ia masih dapat mengesan kedudukannya daripada dalam kelompok yang lebih cerah di langit.
- Lebah dapat melihat cahaya ultraungu yang tidak dapat dilihat oleh manusia.
- Lebah dapat terbang dengan kelajuan purata 13-15 batu sejam (20.92-24.24 km/j)
- Lebah mengembara sebanyak 1,600 pusingan perjalanan untuk mendapatkan 1 aun madu dengan setiap perjalanan sejauh 6 batu. Untuk mendapatkan 2 pound madu lebah mengembara dengan jarak yang sama dengan 4 kali mengelilingi bumi.
- Lebah perlu pergi ke 2,000,000 kuntum bunga untuk menghasilkan 1 pound madu.
- Sepanjang tempoh pengeluaran madu jangka hayat lebah hanyalah lebih kurang 6 minggu sahaja.
- Satu sarang lebah mempunyai kira-kira 40,000 hingga 45,000 ekor lebah.
- Lebah madu adalah satu-satunya serangga yang menghasilkan makanan untuk manusia.
- Suhu sarang lebah adalah sekitar (32-35 Celcius) atau 90-95`F.
- Permaisuri lebah mengeluarkan 2,000 biji telur sehari dengan kadar 5 atau 6 biji seminit. Ini menghasilkan kira-kira 175,000-200,00 biji telur setahun.
- Setiap koloni lebah madu mempunyai bau masing-masing untuk tujuan pengenalan.
- Lebah daripada sarang yang sama akan melawat 225,000 kuntum bunga setiap hari. Seekor lebah biasanya melawat 50-100 kuntum bunga sehari kekadang boleh mencecah sehingga beberapa ribu sehari.
- Lebah mengepakkan sayapnya kira-kira 11,500 kali seminit.
- Lebah boleh berkomunikasi dengan lebah lain melalui tarian. Tarian mereka dapat memberitahu lebah lain tentang arah dan jarak dimananya letaknya nektar dan debunga.
- 12 ekor lebah diperlukan untuk menghasilkan 1 sudu teh madu sepanjang hayatnya (1/12 bagi setiap ekor).
- Lebah mempunyai 4 sayap.
- Otak lebah berbentuk bujur dan hanya bersaiz kira-kira seperti saiz sebiji bijan. Namun, ia mempunyai kekuatan luar biasa dalam belajar dan mengingat sesuatu. Ia juga mampu membuat perkiraan kompleks tentang jarak perjalanan untuk mengumpul madu lebah.
- Anggaran 1,100 sengatan lebah diperlukan untuk membawa maut seorang manusia.
- Drone (lebah jantan) lebih besar daripada lebah pekerja, ia tidak mempunyai sengat dan tidak bekerja. Satu-satu tugas drone adalah untuk mengawan dengan permaisuri lebah.
Disebut Dalam Al-Quran
Uniknya lebah sehingga hal ini menjadikan lebah disebutkan dalam surah An Nahl ayat 68-69.
- Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
- Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu".(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Dikatakan juga lebah daripada sarang yang sama akan melawat 225,000 kuntum bunga setiap hari. Seekor lebah biasanya melawat 50-100 kuntum bunga sehari kekadang boleh mencecah sehingga beberapa ribu sehari.
Wallahu 'aklam.
2 comments:
KESIAN ZIZAH KENA MAIN DENGAN KARTEL AZMIN!!!
Alahai!!! Apa la Tunggul Kayu ni. Mudah sangat dia kena main dengan orang lain. Sudah la dalam parti dia sendiri pun dia dipermain - mainkan oleh kartel Si Menteri Besar Selangor tu.
Acap kali sangat dah dia jadi 'Kambing Hitam' kepada Timbalan Presiden dia sendiri. Mula dia kena main dalam agenda Langkah Kajang bila dicantas dari merebut jawatan Menteri Besar Selangor.
Lepas tu kena jadi 'Kambing Hitam' pulak dalam isu calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak yang menyaksikan PKR GAGAL untuk menambah jumlah bilangan kerusi dalam DUN Negeri tersebut.
Sekarang dia kena main pulak dengan Si Timbalan Presiden PKR tu bila bercerita pasal isu calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar yang katanya sedang berunding dengan PAS.
Padahal, PAS awal - awal dah buat keputusan untuk kekal bertanding dikerusi Parlimen tersebut 18 Jun nanti dan menolak sebarang rundingan yang didakwa oleh Si Timbalan Presiden PKR tu.
Dek kerana malu dipermainkan oleh Si Timbalan Presiden partinya sendiri, mula la Si Wan Azizah ni menunding jari dan menyalahkan PAS kerana enggan memberi sebarang kerjasama.
PAS dalam satu kenyataan sebelum ini menolak dakwaan yang dibuat oleh Presiden PKR itu dan menyifatkan mereka tidak terlibat lansung dalam mesyuarat Presiden Pakatan Haprak tu.
Pas menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai kaitan terhadap penangguhan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, masalah yang berlaku di dalam Pakatan Harapan seharusnya tidak boleh dikaitkan dengan Pas.
Ini kerana menurut Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar itu, Pas tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi sebarang keputusan memandangkan parti Islam itu bukan dalam komponen Pakatan Harapan.
"Apa pasal ada kena mengena dengan kami pula? Masalah bergaduh isteri orang dengan suami orang tak kan jiran sebelah nak tentukan cerai atau tidak. Itu rumah orang. Kami tidak campur dengan rumah tangga orang," katanya di lobi Parlimen, hari ini. - Sinarharian.
Nah! Itu membuktikan bahawa Si Wan Azizah ni telah dipermainkan oleh Si Azmin yang sebelum ini dengan penuh yakin bahawa PAS akan datang berbincang isu berkaitan soal calon di Sungai Besar.
Dah tak pasal - pasal je Si Wan Azizah tu diperdaya dengan 'Wayang' Si Azmin yang KONONnya nak menunjukkan bahawa semuanya didalam kawalan dia pada ketika ini. Padahal, Si Azmin tu 'Gebang' je lebih. Dia sendiri pun tak mampu nak buat apa - apa!!!
Semut Hitam at Rabu, Mei 25, 2016
Ratu lebah ibarat Tun M..
Kawanan lebah ibarat PAN.
Penternak lebah ibarat DAP..
Pemilik kereta ibarat PAS..
Post a Comment