SUATU contoh propaganda perang lawan ISIS .. Seorang wartawan Perancis dilaporkan menyusup ke sel jaringan teroris di Perancis untuk membuat filem dokumenter..
Wartawan dengan nama samaran Said Ramzi itu mencatat dan merekam semua aktivitas anggota ISIS, untuk memahami proses berfikir para pemuda yang menurutnya 'ditipu' melakukan aksi kekerasan. Ramzi merakam filem dokumenter itu selama enam bulan menggunakan kamera tersembunyi.
Untuk masuk ke sel jaringan teroris, Ramzi pertama-tama menjalin komunikasi dengan seorang pengkhotbah di Facebook. Setelah itu dia diperkenalkan kepada 'Emir' yang meminpin lebih dari 10 lelaki muda di kota Chateauroux, Perancis.
"Tujuan saya adalah untuk memahami apa yang terjadi di dalam fikiran mereka," katanya kepada AFP dikutip ibtimes.co.in.
Apa Dia Dapat?
Ramzi mengatakan, salah satu hal utama yang dia tahu selama bergaul di dalam jaringan tersebut adalah, dia tidak pernah melihat hal-hal yang berkaitan dengan Islam. Di dalam 'jihad' mereka tidak ada keinginan untuk memperbaiki dunia.

"Hanya ada kebingungan, frustrasi, bunuh diri, dengan pikiran yang mudah dimanipulasi. Nasib mereka sungguh malang kerana lahir di era ISIS. Hal ini sangat menyedihkan. Mereka adalah anak-anak yang mencari sesuatu dan itulah apa yang mereka temukan," katanya.
"Sementara itu bagi Emir, Oussama, meyakinkan para pemuda bahawa malaikat menunggu mereka di syurga setelah melakukan serangan bunuh diri," kata Ramzi.
Dia menambahkan Oussama kemudian mengadakan pertemuan dan berbicara tentang target pangkalan militer Perancis dan wartawan, seperti serangan terhadap pejabat majalah satir Perancis, Charlie Hebdo, Januari 2015.
Ramzi ketahuan ketika anggota ISIS memintanya untuk melakukan serangan di sebuah kelab di Perancis. Salah satu dari mereka, Abu Suleiman dari Raqqa, meminta Ramzi untuk menemuinya di sebuah stasiun kereta api. Tetapi Ramzi bertemu dengan seorang wanita berpakaian burqa sebagai gantinya. Wanita itu memberi surat yang berisi rencana serangan teror yang perlu Ramzi jalankan.
Dia diminta untuk mensasarkan kelab malam, menembak 'sampai mati' dan meledakkan rompi sarat bahan peledak ketika pasukan keamanan tiba di tempat kejadian. Namun, pasukan keamanan merusakkan rencana mereka, dan menangkap semua pelaku, kecuali satu yang lolos dan kemudian mengancam Ramzi.
"Itu adalah akhir penyamaran dan penyusupan saya," kata Ramzi. Filem dokumenter itu renacananya akan ditampilkan di Perancis.
Begitu ceritanya.
Komen weblog Ibnu Hasyin: Menurut penyamar Ramzi, 'selama bergaul di dalam jaringan tersebut adalah, dia tidak pernah melihat hal-hal yang berkaitan dengan Islam.'
Nak jumpa Islam bagaimana, makna 'jihad' difahami secara salah. Mujahidin Islam melihat jihad suatu yang dirindui, kerja buat yang baik dan dituntut oleh agama. Sedang musuh-musuh Islam termasuk Ramzi melihat 'jihad dan syahid' sebagai suatu yang salah merosakkan matlamat hidup manusia, yang disebut 'bom bunuh diri'.
Contohnya, kalau di Malaysia, dalam perjuangan Islam PAS, ada 'jihad', ada 'syahid', 'masuk syurga, 'pahala di akhirat' dan lain-lain. Dalam DAP, di mana nak jumpa 'jihad, syahid, masuk syurga'.. Apa lagi bagi mereka yang bukan Islam, jauh panggang dari api. Nak kerja kerana Allah melalui DAP?(IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

No comments:
Post a Comment