KUCHING: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat seorang wanita berhampiran lokasi penemuan serpihan helikopter di Sungai Batang Lupar kira-kira pukul 12 tengah hari, Jumaat.
Penemuan itu disahkan Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan ketika dihubungi mStar Online di sini.
Serpihan yang didakwa milik helikopter jenis AS350 yang ditemui pagi ini. |
Sebelum itu, asukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui serpihan helikopter yang dipercayai dinaiki Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan lima yang lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pasukan SAR menemui serpihan-serpihan berkenaan kira-kira pukul 9.50 pagi Jumaat.
"Maklumat yang telah diterima pada 9.50 pagi ini, pasukan SAR menjumpai serpihan-serpihan helikopter yang dipercayai dari pesawat AS350 berkenaan (gambar).
Ucapan takziah kepada keluarga si mati. Harap bersabar dengan ketentuan ilaihi dan terima dgn redha. Sabda nabi Muhammad saw maksudnya ;"aku heran dan kaum dgn sikap org beriman, apabila dapat nikmat mereka memuji Allah, sebaliknya apabila ditimpa musibah mereka bersabar"
ReplyDelete