SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (PAN) dijangka bertanding pada PRK Parlimen Kuala Kangsar berlandaskan persefahaman yang di meterai bersama PKR dan DAP di bawah payung Pakatan Harapan (PH), kata bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Timbalan Pengerusi PAN Perak itu menegaskan ketetapan bahawa parti itu akan bertanding kerusi-kerusi yang sebelum ini dipertandingkan oleh PAS dicapai menerusi mesyuarat presiden Pakatan Harapan, justeru harus di jadikan sandaran dalam pemilihan calon untuk PRK Kuala Kangsar di Perak.
"Kalau ikut prinsip asal semasa mesyuarat Presiden PH, mana-mana kerusi yang ditandingi PAS, oleh kerana PAN menggantikan PAS, maka mana-mana kerusi yang PAS bertanding, automatik PAN akan ambil tempat itu bertanding mewakili PH," katanya kepada Antarapos.
Kerusi parlimen Kuala Kangsar adalah kubu Umno dan secara lazimnya adalah saingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.
Namun dengan kemunculan PAN, PRK Kuala Kangsar di jangka menyaksikan saingan tiga penjuru atau lebih di samping meletakkan PKR di dalam keadaan politik yang agak tersepit.
Ini kerana PKR mempunyai kerjasama politik dengan PAN menerusi Pakatan Harapan (PH) dan pada masa sama masih menjalin permuafakatan dengan PAS.
Meskipun tewas di semua 13 kerusi yang ditandingi di Sarawak pada pilihan raya negeri itu baru-baru ini, PAN meletakkan harapan tinggi pada PRK Kuala Kangsar memandangkan parti itu mempunyai penyokong agak ramai berbanding negeri lain.
Namun parti itu memerlukan sokongan kuat PKR untuk memberi cabaran kepada Barisan Nasional.
"(Kami) memang kuat di Perak, dan keduanya, hampir 30 peratus pengundi Kuala Kangsar adalah bukan Melayu. Dan orang bukan Melayu akan tolak PAS, itu berdasarkan pengalaman saya di Changkat Jering dan Bukit Gantang," kata Nizar.
Bagaimanapun Nizar yang juga ADUN Changkat Jering itu berkata, keputusan muktamad akan diputuskan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan tidak lama lagi.
"Kena buat keputusan dulu sama ada yang mewakili PH itu siapa dia. Kalau PH setuju (kami) yang akan mewakili PH, maka (kami) akan masuk bertanding dan bekerja kuat," kata Nizar.
Nizar berkata isu-isu berkenaan PRK yang bakal berlangsung berkemungkinan akan dibangkitkan pada mesyuarat pimpinan parti itu di Selayang, Ahad ini.
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dari BN yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau Sarawak 5 Mei lepas.
Selain Wan Mohammad Khair-il, turut terkorban dalam insiden itu adalah Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon, bersama empat penumpang lain.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini bagi menetapkan tarikh PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, BN memenangi kerusi Kuala Kangsar dengan majoriti 1,082 dalam pertandingan tiga penjuru dengan PAS dan calon bebas.
Calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah memperoleh 13,136 undi manakala calon Bebas, Kamilia Ibrahim memperoleh 447 undi.
BN juga mengekalkan kerusi parlimen Sungei Besar dengan Noriah memperolehii majoriti 399 undi, menewaskan calon PAS Mohammed Salleh M Husin. (IH)
4 comments:
Ini la yg org kata retorik, bercakap tidak bersandarkan fakta dan realiti. Dalam keadaan pas lawan bn satu lawan satu dan pas mendapat sokongan pada selaku wakil PH pun kalah, apatah lagi pan nak lawan 3 penjuru dgn pas dan umno bn? Undi pembangkang pecah teruk kerana pengundi pas akan pilih pas, cina Dap dan sesetengah bn undi pan. Boleh menang ka pembangkang? Saya syorkan pas tidak bertanding dan berkecuali. Arahkan penyokong tidak keluar mengundi. Kita lihat sejauh mana kekuatan pan.
Kah kah kah.Wahai PANdusta, kao simpanlah duti deposit kao tu. Kah Kah Kah
SERONOK JUGAK TENGOK SI NIZAR LILIN KENA KENCING!!!
Hahaha!!! Kelakar pulak bila baca cerita ni. Ada juga orang kata Malaysia ni yang berani tipu Si Nizar Lilin tu hidup - hidup dan membuatkan puak - puak Pengkhianat tu dimalukan secara terbuka.
Itu membuktikan yang diorang ni betul - betul 'Bodoh Nak Mampus' sampai tahap begitu mudah untuk ditipu dan diperdaya oleh orang lain. Patut la mudah sangat diorang jadi Barua DAPigs.
Tapi yang kelakarnya, diorang masih ada hati lagi mendakwa kononnya diorang tersilap langkah kerana 'Terlalu Bersangka Baik' terhadap orang lain. Itu semua taktik nak cover malu la tu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru - baru ini, wakil dari puak - puak Pengkhianat tu tampil menyatakan rasa kecewa kerana telah menjadi 'Mangsa' penipuan oleh seorang ahli PAS.
Kata dia, pihak mereka telah dilemparkan dengan tuduhan yang dianggap tidak wajar apabila penafian seorang pemuda bernama Zack untuk menyertai parti itu menjadi viral di media sosial.
Menceritakan kejadian itu, wakil Pengkhianat tu menjelaskan, Zack datang ke Pejabat Kawasan Bukit Gantang dan pihaknya ‘bermanis mulut’ menawarkan dia untuk menyertai parti itu.
“Dia bersetuju untuk menyerahkan borang keahlian yang masih belum diisi kepada ADUN Changkat Jering, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai gimik penyertaannya
“Tidak lama kemudian, kami menerima satu “screenshort” tentang penafian dia menyertai Amanah. Dalam posting itu, dia menyangkal dengan nama Allah bahawa dia menyertai Amanah dan mengatakan ia hanyalah borang kosong.
“Kami tidak menafikan bahawa memang benar borang di dalam gambar itu masih kosong kerana ia hanyalah gimik penyerahan semata-mata kerana kami dengan penuh sangka baik percaya soal pengisian maklumat borang akan diselesaikan selepas selesai program.
“Dengan penuh berlapang dada, kami sangat menghormati jika dia ingin ‘u-turn’ kembali kepada Pas kerana menganggapnya perbuatan itu salah atau terburu-buru namun tindakan dia menafikan hingga pihak kami dituduh menipu, ia adalah satu tindakan yang tidak wajar,” jelasnya.
Heh! Kalau kita baca jalan cerita dari mula pun, kita boleh tau yang orang bernama 'Zack' tu hanya sekadar nak memalukan Si Nizar Lilin tu secara terbuka. Itu pun diorang nak nafikan jugak ke?
Itulah akibatnya bila terlalu 'Ghairah' sangat tak tentu arah nak cari ahli sampai tahap sanggup jadi 'Buta' dari melihat kebenaran. Mungkin itu juga "Khifarah Allah" nak tunjuk supaya jangan kuat sangat menipu orang lain. Bila orang tipu dia, tau pulak dia nak rasa malu!!! Hahaha!!!
Semut Hitam at Isnin, Disember 28, 2015
Nizar ni pernah kalah di k kangsar thn 2004 dgn majoriti lebih 5000.. tak payahlah bertanding... better bg husam wakil PAN.. kita tgk rakyat redha ke idak pd husam bila dipecat..
Post a Comment