▼
Tuesday, May 03, 2016
Pastikan K'tan Tak Jatuh Tangan BN, Amanah Sedia K'sama Dg PAS? -Datuk Wan Rahim.
SEMALAM, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah komited memastikan negeri ini tidak kembali jatuh ke tangan BN. Untuk itu, Amanah serius membentuk kerjasama dengan pemerintah semasa, Pas untuk memastikan ia menjadi kenyataan.
Namun, kesediaan parti itu mesti berlandaskan kompromi mengelak pertembungan tiga penjuru.
Amanah tidak rela melihat Pas tumpas, Umno bersorak meraikan kemenangan. Kepada wartawan MOHD ZAILANI ABD RAHMAN dan ROSMIZA KASIM, Wan Rahim memberitahu beliau positif potensi Amanah mencipta kejutan di Kelantan pada PRU14 nanti.
Anak Allahyarham Tok Guru, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar dilihat terbuka dengan kehadiran Amanah. Apa komen Datuk?
(Datuk) Husam pernah kata, dia suka kalau Ustaz Nik Omar menjadi Menteri Besar Kelantan. Kalau tanya saya, senang sahaja jawapannya...kalau Pas keberatan untuk calonkan Ustaz Nik Omar sebagai Adun di Panchor, bertanding PRU14 dan menjadi menteri besar, Amanah bersedia. Apa masalah, tidak ada masalah. (Kerusi Dun) Chempaka kita tidak usik, Ustaz Fathan bagus.
Kita mahu letak di Panchor bukan marah kepada Adunnya (kini disandang Datuk Mohd Amar Nik Abdullah). Jadi, kalau Pas setuju dengan saranan Husam untuk mengambil Ustaz Nik Omar bertanding, seterusnya dicalon sebagai Menteri Besar Kelantan, kita akan sokong. Di mana dia bertanding kita sokong. Tetapi, kalau Pas tidak bersedia. Maka, Amanah akan membuat tawaran kepada dia.
Begitu juga, kalau Profesor Wan Ahmad Kamil ( cicit Tok Kenali) ini bertanding di Dun Demit, walaupun tiga penjuru, beliau mempunyai kelebihan.
Ada dakwaan mengatakan Amanah menggunakan taktik serang peribadi pemimpin tertentu? Apa motif Amanah?
Penghormatan saya kepada Menteri Besar, (Datuk Ahmad Yakob) dan Timbalan Menteri Besar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) ini masih kukuh. Saya tidak akan membuat serangan peribadi kepada mereka. Saya tidak ada agenda peribadi, saya tidak ada serangan peribadi.
Nak jawatan pun tidak, nak bertanding pilihan raya pun tidak. Saya terpanggil untuk bersama dengan Amanah dengan pengalaman yang saya ada. Amanah memerlukan saya. Saya tidak berkecil hati dengan Pas, tetapi saya kasihan kepada Pas.
Sebab, di bawah kepimpinan Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) orang bawahan pening, termasuk di peringkat akar umbi. Orang pening dengan sikap dia, dengan ucapan dia dan dengan keputusan dia.
Datuk nampak lebih bersikap kompromi berbanding pemimpin Amanah yang lain.
Kita parti yang tidak marah-marah. Cuma apa yang saya nampak sekarang ini, apabila saya menyertai Amanah, semua kena kerat (persaudaraan). Tokleh (tidak boleh) berkawan. Kenduri pun tidak dijemput. Dulu masa pemimpin Umno buat kesyukuran, saya dan Tok Guru pun hadir bila dijemput.
Inilah politik. (Presiden Amanah) Mohamad Sabu kerap kali cakap, jika corak ini (putus persaudaraan) diteruskan, suatu hari akan jadi macam IS (Islamic State). Orang yang tidak setuju dengan dia kena kerat. Politik dengan pendekatan ini yang cukup bahaya.
Persoalan hari ini, sebab apa pemimpin yang ada hari ini tidak boleh ikut tunjuk ajar Tok Guru dalam berpolitik? Seorang yang lunak, budiman, hujah secara menerang jangan menyerang, terbuka, sederhana.
Tahun 1995 kita larang Tok guru ke tokong, masa itu dekat pilihan raya. Tetapi, Tok Guru kata beliau tetap akan ke tokong, sebab orang agama dalam Islam tidak akan berbalah dengan orang agama dalam Buddha. Itu kenyataan Tok Guru yang kita tidak boleh balas hujah beliau.
Lepas itu boleh berucap dah sampai sekarang ini. Maknanya Tok Guru telah meruntuhkan tembok pemisah di antara agama. Jadi, persoalannya sebab apa pemimpin Pas hari ini termasuk anak-anak tidak boleh mewarisi.
Bagaimana dengan sambutan bukan Islam negeri ini terhadap Amanah?
Oleh kerana Amanah merupakan parti politik Islam tetapi inklusif, jadi kita di peringkat nasional ada wakil yang mewakili masyarakat bukan Islam yang masuk sekali dalam mesyuarat Jawatankuasa Amanah Nasional.
Maknanya, apabila orang tengok bukan Melayu ada, bukan Islam pun ada ini satu, trend baharu. Parti Islam tetapi tidak menyembunyikan sampai ke peringkat paling tinggi yang diadakan terakhir baru-baru ini pun dua-dua itu ada.
Di Kelantan kita ada orang lama gerakan, ada Cina keturunan Siam. Naib Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu dan kita bagi galakan dan buat cawangan yang majoriti Cina iaitu Amanah Cawangan Pusat Bandar Kota Bharu.
Orang bukan Islam dan bukan Melayu dalam Amanah ini tidak ada masalah. Apabila dia jadi ahli, dia boleh ikuti semua program kita. Tidak ada pengasingan dalam semua program.
Contoh, ada dua pemimpin Amanah bukan Islam menyertai majlis solat hajat di Pasir Puteh, dia pun hadir dan diberi peluang berucap dan turut hadiri majlis usrah bincangkan bab agama.
Amanah tidak ada yang kita mahu rahsiakan daripada bukan Islam dan bukan Melayu, kita terbuka. Secara kasarnya sambutan bukan Islam sangat baik walaupun kita masih baharu adalah petanda amat baik.
Dalam isu bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimana tafsiran Amanah?
Saya tak mahu ulas panjang. Cuma...Muhyiddin ini, dia mahu (meneruskan survival politiknya) ke mana? Pas tidak minat, Umno pun tidak, Amanah lagilah parti baharu. Atau, adakah dia mahu menubuhkan parti baharu? Ataupun macam mana? Namun, kalaulah Amanah ini boleh berperanan, boleh menarik minat dia, anda bayangkanlah (kesannya pada politik negara). (SH)
Sebenarnya Amanah pecacai Dap mengharapkan Kelantan jatuh kepada bn. Ianya adalah utk membuktikan pan pecacai mempunyai peranan yg besar dlm mencorakkan politik malaysia. Namun, apabila pan dah sedar dari mengelamun dan tahu pan tiada apa2 kesan kpd pas, mula lah nak tunjuk sikap "professional" dan tak marah2 konon. Padahal, musuh utama pan adalah pas sebagaima mujahid yusuff rawa tegaskan. Pas tetap sama seperti dahulu, cuma sesetengah ahli pas saja yg berubah drpd dahulunya menyanjung tok guru, sekarang berubah angin dgn menyanjung Tokong Dap.
ReplyDeletePembetulan.. bukan sesetengah ahli PAS tapi tk sampai pun 1 per seratus shj ahli PAS (kini dah keluar parti) yg menyanjung DAP..
Deletedah klu x rela PAS tumbang yang korang kononnya profesional cerdik pandai kluar pas ramai ramai buat apa? bodo....klu pas terima, pas pon sama bodo dgn lembu
ReplyDeleteG18 keluar PAS kerana abg besar murka.. abg besar sangka kalau putuskan hubungan dgn TGHH akan menyebabkan G18 bertambah kuat dan TGHH bertambah lemah.. tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya.. jadi utk mengelakkan abg besar berterusan menanggung malu besar, diarahnya G18 buat parti baru utk menunjukkan kpd ahli2 PAS yg lainnya bhw G18 adalah berpengaruh dan berupaya membungkus PAS kununnya.. Sekian..
Deletehttps://aidcnews.wordpress.com/2016/03/02/penyokong-pan-mahu-husam-ganti-mat-sabu/
ReplyDeletePenyokong PAN Mahu Husam Ganti Mat Sabu
AIDCNews – 02/3/16 – Penyokong Parti Amanah Negara (PAN), Shafie Salleh mengharapkan agar Datuk Husam Musa agar dipecat daripada PAS bagi membolehkan beliau mengambil alih jawatan Presiden PAN yang disandang oleh Mohamad Sabu.
Menurutnya, trend kepimpinan Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu mutakhir ini diragui oleh ahli parti sendiri.
“Semoga Dato Husam Musa dipecat dari PAS, kerana kepada beliaulah kita bergantung harapan supaya beliau memimpin Parti Amanah Negara (AMANAH).
“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abang Mat Sabu sejak akhir-akhir ini menampakkan bahawa beliau bukanlah Presiden yang bagus untuk AMANAH,”katanya dalam Facebook.
Menurutnya, penglibatan Husam dalam program ‘Selamatkan Malaysia’ anjuran PAN Johor membuktikan bekas Naib Presiden PAS itu satu-satu calon yang layak memimpin PAN bakal bakal calon Perdana Menteri.
“Pada saya secara peribadi inilah pemimpin paling layak memimpin AMANAH, seterusnya membawa kita ke Putrajaya. Seterus memerintah Malaysia.
“Dalam keadaan usia DSAI yang semakin bertambah, Dato Husamlah yang paling layak ganti DSAI untuk jadi PM,”katanya lagi.
Menurut Mazlan Aliman yang merupakan penganjur program Selamatkan Malaysia, selain Husam, Abby Abadi dan suaminya juga turut hadir ke program tersebut.
“Kehadiran masyarakat berbagai kaum, ahli dan penyokong Pakatan Harapan, PAS, NGO dan juga penyokong UMNO; menggambarkan kebersamaan dengan tema ‘SELAMATKAN MALAYSIA.
“Program malam ini adalah muqaddimah kepada gelombang perubahan seluruh rakyat yang mahukan BN ditolak dalam PRU 14. Isyaratnya telah di tunjukkan pada malam ini.
“Terima kasih atas kehadiran Dato’ Husam, pimpinan parti politik dan NGO, juga pasangan suami isteri Faizal dan Abby Abadi, rakan2 media. Tahniah kepada Sdr Abrary Ramli selaku Pengarah Program dan AJK serta para petugas Arif,”kata Mazlan yang juga Naib Ketua PAN Johor dan Ahli Jawatankuasa PAN pusat.
Husam dalam ucapannya menyatakan beliau tidak teragak-agak untuk menyertai PAN jika pimpinan PAS tidak berubah dan tersesat haluan perjuangannya.
“Komitmen peribadi saya, kalau PAS bersama menongkat kemungkaran, komitmen peribadi saya adalah bersama tuan-tuan..”tegas Husam dalam program itu.
“Saya tidak minta dipecat. Saya tidak minta digantung. Saya minta parti saya berubah. Pemimpin saya berubah.
“Kalau pemimpin sudah rasa tersesat, dalam Islam, kita nak pemimpin itu dihenti. Kalau imam tu uzur, orang belakang imam itu mesti orang yang boleh ganti imam.
“Imam uzur, dia boleh ditegur..kita boleh tegur, tapi kalau dia berulang-ulang buat kesalahan sama, makmun boleh nasihat imam berundur, lantik imam yang lain.
“Saya masih berdoa pemimpin PAS berubah bersama dengan arus ini, tetapi kalau ditakdirkan PAS sudah tidak boleh lagi mengikut sunnah perubahan kerana keangkuhan pemimpin-pemimpin, kita rakyat Malaysia jalan terus. Saya bersama tuan-tuan. Nasib saya macam mana, rakyat yang tentukan. Kalau PAS tak benar saya bertanding, rakyat kata saya kena bertanding, bertanding di Johor (pun) tidak apa”kata Husam lagi
Sementara itu, Suhaizan Kayat yang juga Setiausaha Organisasi PAN memberitahu beliau bersama dengan Mazlan telah menghadiri acara menyambut kepulangan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
“Bersama Sdr Mazlan Aliman dan Gabungan Selamatkan Malaysia menyambut Tan Sri Muhyiddin Yassin di KLIA.
“Semoga Tan Sri dapat terus menegur PM,”katanya dalam Facebook.
Minta pak Hashim buat homework sikit, betulkah hussam musa ubah minit mesyuarat exco sehingga nah kor meng Dap dapat tanah di Kelantan? Saya ada dengar cerita mengatakan tgna cukup kecewa dgn hussam dan bekas mb perak nizar tipu kerajaan Kelantan sehingga Dap dapat tanah di Kelantan?
ReplyDeleteJika pencuri-pencuri berkata mereka sedia bekerjasama dengan anda untuk menjaga rumah dan harta benda tuan dari ancaman perompak, adakah anda akan menerima tawaran pencuri itu?
ReplyDeletePAN memang amat kasih dengan DAP walaupun DAP anti Islam. Itu sebab bila majer bersara blah dari PAN masuk DAP, Mujahid hanya boleh senyum kambing. Al Maklum PAN kan Khadam DAP
ReplyDeleteBetapa kasih PAN kepada DAP sehingga DAP mahu hak murtad pun PAN hanya boleh terenyum.
http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/
Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu
UALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.
“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.
Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.
“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.
“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.
Razali (BN-Muar), mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta mempolitikkan isu sebegini bagi memastikan keharmonian kaum kekal terjaga.
Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula berkata kenyataan itu sangat tidak wajar kerana mereka tidak faham hukum-hakam agama Islam.
“Para ulama, pemimpin, dan umat Islam sendiri yang menguruskan soal ini… Bagaimana hukum orang murtad, hukum orang yang melanggar undang-undang Islam. Itu orang yang mengetahui sahaja.
“Jadi kenapa dia nak masuk campur, kalau dia buat begitu, nanti timbulkan kemarahan umat Islam. Kita pun tak mahu masuk campur agama dia,” katanya.
Sementara itu, Ngeh, yang juga penasihat DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.
Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.
Dalam pada itu, Ngeh turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.
“Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini,” tambahnya. – BERNAMA
Berhati-hatilah apabila berurusan dengan musang berbulu ayam yang dibela oleh sifu parti roket !
ReplyDeleteSetuju tuan 5:03.. tapi yg ini lg bahaya.. musang berkulitkan sesumpah.. boleh tukar kaler anytime.. kejap backup roket kejap backup keris kejap backup kedua2nya..
Delete