Thursday, May 19, 2016

Pengacara Berpakaian Seksi Begini Pun Ditolak,

Punca Pengacara Cuaca TV Terpaksa Seksi Didedah

LIBERTE Chan merupakan pengacara bagi stesen KTLA diarah mengenakan kardigan baju luar berwarna kelabu sewaktu ke udara semasa meyampaikan laporan kaji cuaca pada Sabtu lalu mencetuskan banyak persoalan menarik.
Apabila Chan bertanya kenapa dia disuruh untuk memakai kardigan tersebut, salah seorang kakitangan yang berada di belakang tabir iaitu Chris Burrous memberi alasan: 
“Kita sedang menerima banyak e-mel kritikan.”
Menurut Burrous, segelintir penontonnya menyatakan bahawa mereka tidak berkenan dengan penampilan Chan yang tampil mendedahkan bahagian lengannya sewaktu siaran langsung tersebut.
Pengacara Disuruh Pakai Kardigan Ketika Siaran Langsung
Pengacara Disuruh Pakai Kardigan Ketika Siaran Langsung
Penyampai laporan cuaca tersebut yang agak seksi itu kemudian memakai kardigan diberikan sebelum menghabiskan laporan cuacanya dalam keadaan terpinga-pinga.
Menerusi laman Twitternya, Chan berkata dia pada mulanya memakai pakaian yang lain. Namun dia terpaksa menukar kerana gaun bercorak itu kebetulan tidak sesuai pula untuk latar belakang studio mereka.
Ekoran daripada insiden itu, klip video itu menjadi viral dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen berkenaan situasi sexism di tempat kerja.
Rata-rata netizen mengkritik stesen TV itu atas tindakan yang dilakukan terhadap Chan sebagai memalukannya. Malah netizen turut menggesa KTLA untuk memohon maaf secara terbuka kepada Chan.
Namun Chan melalui blognya tampil mempertahankan stesen TV itu, bahawa dia tidak dipaksa untuk memakai kardigan itu malah sempat berjenaka apabila disuruh mengenakan baju itu.
Dengan jujur Chan malah menyatakan bahawa dia sangat sukakan pekerjaannya itu.
Image result for drama di tv malaysia
Image result for drama di tv malaysia
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini membuktikan berpakaian seksi menjolok mata itu memang tidak sesuai dengan naluri kemanusiaan sejati, apa lagi dalam mendidik manusia ke arah berperadaban tinggi, mulia dan terhormat.
Dalam kontek negara umat umat Islam Malaysia, yang meletakkan Islam sebagai agama negara lebih-lebih lagi perlu diperhatikan, bukan setakat pembaca berita, kajicuaca, sukan sahaja bahkan dalam drama, filem-filem, konsert hiburan pun perlu diambil  berat. Islam mengawal aurat wanita.

2 comments:

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2016/04/03/aktivis-pan-kecewa-pkr-sabotaj-ucapan-tun-mahathir/

Aktivis PAN Kecewa PKR Sabotaj Ucapan Tun Mahathir

AIDCNews – 03/4/16 – Aktivis Parti Amanah Negara (PAN), Ustaz Ahmad Awang Supporters melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir PKR yang mensabotaj ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa perhimpunan anti GST & Najib semalam.

Berikut kenyataan lengkap Ustaz Ahmad Awang Supporters berkaitan insiden tersebut :

CATATAN INSIDEN MEMALUKAN:

Kebetulan saya berada di belakang pentas (lori) tempat penceramah menyampaikan ucapan. Memang tidak dinafikan sikap beberapa pemimpin PKR seperti Zuraida Kamaruddin, Haniza Talha, Aishah Srikandi dan beberapa perempuan yang lain amat memualkan dan memalukan.

Mereka mengambil sikap terlompat-lompat sambil terjerit-jerit mengganggu ucapan Tun adalah sesuatu yang tidak terduga malah memperlihatkan sikap yang tidak beradab dan tidak profesional.

Patutkah menjemput Tun untuk hadir ke program seperti itu untuk di jadikan bahan ejekan.? Di mana letaknya adab dan tatasusila pemimpin PKR ?

Peristiwa doa yang dibacakan oleh Badrul Amin pula mengingatkan kita pada doa laknat ketika Muktamar ke-60 di Batu Pahat. Patutkah seorang agamawan menjadikan pentas ceramah seperti itu untuk melaknat seseorang sambil memperlihatkan kebencian yang amat sangat ?

Kepada Presiden PKR sila tegur kelakuan anak buah anda yang beretika seperti keanak-anakan. Cuba kenang kembali semasa Anwar Ibrahim di pecat dahulu 1998.

Kami para kumpulan reformasi pada ketika itu tidak pernah menuntut Anwar memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia di atas dosa yang beliau pernah lakukan kepada pembangkang. Apatah lagi amat jauh sekali berlaku kurang sopan dengan Anwar.

Kenapa Anwar diterima oleh parti pembangkang pada ketika itu ? Jawapannya ialah jiwa besar Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah menyimpan dendam terhadap Anwar Ibrahim.

Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang sentiasa bersikap terbuka terhadap mereka yang dikhianati dan dizalimi. Kini Malaysia kembali di pimpin oleh pemimpin zalim Najib yang begitu rakus menyebabkan pelbagai ketirisan dan korupsi.

Inilah Malaysia tanah air tercinta yang kita semua rakyat Malaysia bangun secara bersama untuk menentang sebarang korupsi kepimpinan Najib. Kita bersama di atas suatu perkara, menjadikan Malaysia ke arah yang lebih baik.

Admin
‪#‎UAA_SUPPORTERS‬

Nota:
[Admin]: Saya memohon maaf kepada YB Fuziah Salleh. Bukan beliau yang saya maksudkan tetapi merujuk kepada YB Haniza Talha. Sebarang kesilapan amat-amatlah dikesali.

Anonymous said...

SAHRIZAT DAN AZALINA KAU TAK NAK HEMTAM...TV 3 SUKU....JUGA....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails