Sunday, May 08, 2016

Pengundi Cina Beralih, DAP Perlu Fikir Kembali. PRU 14 DAP Terancam?


SELEPAS mengalami kekalahan teruk dengan kehilangan lima kerusinya pada pilihan raya Sarawak Ke-11, DAP hari ini mengakui bahawa sokongan masyarakat Cina kembali beralih kepada BN.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata kira-kira 10 peratus pengundi Cina beralih menyokong BN menyebabkan parti itu gagal mempertahankan semua 12 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya negeri yang lalu.
“Satu sebab lagi ialah peratusan turun mengundi yang rendah menyebabkan kita gagal mendapat undi yang diharapkan untuk memenangi kerusi yang ditandingi.
“Tumpuan DAP kali ini yang lebih luas hingga ke kawasan luar bandar juga menyebabkan tumpuan di kerusi tradisi bandar terjejas dan kita kalah di banyak kerusi,” katanya kepada pemberita di Kuching, hari ini.
Pada pilihan raya hari ini DAP hanya mengekalkan tujuh kerusinya iaitu Pelawan, Pujut, Bukit Assek, Padungan, Kota Sentosa, Pending dan Tanjong Batu.
Selain itu, DAP juga kecundang di semua enam kerusi yang menjadi rebutannya dengan sekutunya, PKR.
Kerusi berkenaan adalah Batu Kitang, Ngemah, Mambong, Simanggang, Murum dan Mulu.
Meskipun Chong berjaya mengekalkan kemenangan di Kota Sentosa dengan 10,047 undi, namun majoritinya merosot hampir separuh.
Pada pilihan raya negeri lalu, ketua pembangkang Sarawak itu memperolehi 12,594 undi dengan majoriti 4,824.
Parti Cina di Sarawak – SUPP – pula mendapat nafas baru apabila presidennya, Senator Dr Sim Kui Hian berjaya merampas kerusi DUN Batu Kawah daripada DAP selepas menewaskan penyandangnya Christina Chiew Wang See dengan majoriti undi 2,085.
Malah, SUPP menang tujuh daripada 13 kerusi yang ditandinginya.
Di Bawang Assan, calon langsung BN, Datuk Seri Wong Soon Koh meraih 9,015 undi untuk melakarkan majoriti 4,131 undi ke atas pencabar Chiew Sung Ngie (DAP) 4,884, Wong Sing Wei (Star) 100 and dua calon Bebas, Watson Bangau 569 dan Yeu Bang Keng dengan 63 undi.
BN juga merampas kerusi Meradong dengan Ding Kuong Hiing melakukan kejutan terhadap penyandang dua penggal dari DAP, Ting Tze Fui dengan majoriti 1,516 undi.
Dalam pertandingan lima penjuru di Batu Kitang, muka baharu BN, Lo Khere Chiang mengalahkan pencabar terdekat Abdul Aziz Isa Marindo (DAP) dengan majoriti 1,840 undi.
DAP bertanding di 31 kerusi pada pilihan raya kali ini berbanding hanya 15 kerusi pada pilihan raya lalu- Malaysiakini.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Dasar pecah-pecah perintah' DAP terhadap sama-sama kumpulan pembangkang, seperti mencipta PAN (Parti Amanah) melawan PAS, dan mempromosi kumpulan melawan pentadbiran Azmin Ali dalam PKR perlu difikir kembali oleh DAP.
Pilihan raya Sarawak ini menunjukkan kemerosotan pengaruhnya, apakah ia akan mengancam DAP dalam PRU 14 akan datang? Dasar pecah-pecah perintah di kalangan pembangkang perlu difikir kembali oleh DAP, jangan terlalu gopoh nak jadi hero di kalangan pembangkang setelah Anuar Ibrahim dipenjara.
Cubaan memperkecilkan dan menyingkir Presiden PAS dari arena pembangkang oleh DAP semakin jelas membuktikan kegagalan pengaruhnya. DAP perlu sedar.
Selagi PAS memperjuangkan negara dan cara hidup Islam, Allah SWT tetap akan menolongnya. Perjuangan Islam tidak akan mati, walaupun pemimpin-pemimpinnya boleh datang dan pergi. PAN setakat ini masih belum menampakkan ciri-ciri Islamnya. Allahu akbar!

68 comments:

Anonymous said...

DAP yg mencipta Amanah atau tindakan bangang Mr presideng bersama geng ostad kolot berpolitik yg telah melahirkan parti baru itu?

tulangkering said...

K

tulangkering said...

Saya dah selalu cakap...amanah x akn pergi kemana...mereka marah malah mengatakan PAS akan jadi parti sejarah...

Anonymous said...

Daripada berita sebelum ni, saya takut komen saya orang tak dapat baca. Terima kasih.

Salam semua,

Sorry, semalam ke staddium tengok bola. Lupa, ada komen berkenaan Dr. Ramasamy dan PAN (orang PAS memang macam tu, takut dengan perkataan Amanah kot, balak pun 20,000 ekar hilang, habis Sungai Golok jadi cetek, nasib la rakyat. Zaman Almarhum Tuan Guru Nik Aziz tak pernah jadi macam ni).

Dalam Islam kita kena berlaku adil.

Kes pertama:

Dr Ramasamy atas kapasitinya sebagai seorang Hindu rasa terancam dengan Dr. Zakir Naik. Lalu keluarlah perkataan "syaitan". Beliau pun telah ditegur secara baik termasuk daripada Amanah dan telah meminta maaf.

Kes kedua :

Seorang ustaz, (berbangsa Melayu, sengaja saya tidak memberi nama beliau atas sebab-sebab tertentu tetapi boleh check di banyak sumber) menyatakan Dr. Zakir Naik "mengkafirkan orang Islam". Beliau sudah dijelaskan oleh Nina Grace, salah seorang yang masuk Islam di depan Dr. Zakir. Ustaz tu setakat yang saya tahu tak pernah minta maaf pun!!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Sambungan daripada komen tadi. Terima kasih.

Salam semua,

Mana orang-orang PAS???

geng ustaz, geng ulama kalau tuduh-tuduh, fitnah sana-sini kenapa orang-orang PAS diam???

Islam tu agama kebenaran. Cakap perjuangkan Islam!!!

Jawablah, kenapa diam???

Yang masih jahil,

Nobody

May 8, 2016 at 10:38 AM

Anonymous said...

Apa saja yg dirancang oleh pengundi cina serba menjadi. Pada pru 13,, cina swing undi kepada pr sekadar beri tekanan kpd bn. Mereka tak bagi pr menang kerana dlm pr ada pas, maka susah nak merasuah menteri pas. Menteri pkr dan Dap yg makan rasuah pun segan2 la jugak nak berbuat demikian malu dgn menteri pas. Jadi org cina bagi bn yg tulang belakang dia adalah umno yg senang dipujuk rayu dan senang di sogok dgn rasuah. Umno terdesak untuk jaga kuasa. Ajak pas untuk bekerjasama dan sama2 memerintah negara. Pas yg ego terutamanya Timbalan Presiden dan Naib2 presiden menolak pelawaan umno. Nak kata masih sayang pada pr,dah putuskan hubungan dgn dap. Maka umno terpaksa pujuk cina jugak utk mengekalkan kuasa, nak harapkan pas, pas pun sukar difahami perjuangan mereka. Maka Prn serawak, bn menghamburkan pelbagai projek antaranya lebuhraya pan borneo, free tol lagi. Lps ni, cina ramai2 akan berhijrah p serawak kerana umno sudah sediakan tilam empuk di bumi serawak. Prn serawak, cina beri undi pada bn. Itulah politik org cina. Kita di trengganu,, bila pas perintah umno sekat royalti, cina tepuk tangan, Kelantan dinafikan royalti minyak dgn pelbagai alasan teknikal, lagi sekali cina tepuk tangan. Org melayu bertepuk tangan juga tiap kali umno menang pilihanraya, tapi kampung Laman tergadai.

Anonymous said...

Salam En. Anonymous di atas,

Siapa yang marah??? Parti yang baru tujuh bulan mestilah nak dapat publisiti dan political mileage.

Parti yang bertanding sejak sebelum Malaysia sampai sekarang 1 kerusi pun tak dapat apa cerita???

Pada pendapat saya orang yang marah adalah orang yang memaki hamun, jebon, barua, DAPigs, PANdir, khadam DAP, gelar-menggelar munafik haraki, tak percaya kepada ketentuan tuhan dan macam-macam lagi.

Kalau macam tu Encik kata tak marah mesti orang yang cakap macam tu bodoh. Tak ada hujah yang nak diberikan kecuali gelar-menggelar dan maki hamun.

Encik, Islam tu agama kebenaran. Kalau parti je nama Islam, kebenaran, sahsiah dan akhlak baginda Rasulullah pun tak ikut, Islam apa. Baik Encik keluarlah dari parti tu.

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Cawangan parti sejarah aku, tinggal hanya yg bersekolah tahap SPM je. Yg ngaji tinggi hgga yg berkelulusan PHD, kluo, krn pimpinan Mr President skrg ni tahap longkang!

Anonymous said...

Salam En. Anonymous di atas,

Sudahlah!!! Analisis tu buat kat mana??? Dalam jamban ke???

Saya minta maaf la kerana berkata kasar tetapi saya nak bagi point. Sebagai conto Almarhum Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Naik kalau berhujah ada sumbernya. Sumber Encik daripada mana???

Kalau nak berhujah jangan ambil sampah sarap la!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam En. Anonymous di atas,

Sekarang berdasarkan fakta.

Encik boleh check daripada banyak sumber. Kalau nak soft copy bagi saya alamat email. Saya boleh emailkan.

Negeri yang paling teruk pengurusan hutan di Malaysia adalah Kelantan. Bukan Sabah atau Sarawak tau.

Negeri yang paling sikit hutang dengan kerajaan pusat adalah Pulau Pinang. Negeri Kelantan banyak hutang macamlah negeri tu Selangor atau Johor!!!

Banyak fakta lain. Saya harap Encik boleh betulkan saya. Cuma negeri yang teruk biasanya banyak kes-kes salahguna kuasa dan rasuah. Sebab tu di bawah Najib Razak Felda melingkup, Petronas melingkup, 1MDB melingkup, Tabung Haji pun goyang!!!

Yang ni gosip ya. Salah seorang yang tengok porno di Jerman orang PAS. Yang ni gurau ya. Jangan marah.

Yang masih jahil tetapi kritis,

Nobody

Poor Indon said...

DAPigs hilang 5 kerusi...PAN Imayam (cawangan Melayu Sekular DAPigs) hilang semua wang taruhan!

PKR patut keluar Pakatan Hopeless selepas dipatuk oleh Ular DAPigs. Bersama PAS, PKR boleh menang lebih selamat kerana pengundi Cina tak akan bagi undi bagi parti yg diketuai oleh orang Islam.

Anonymous said...

Salam En. Anonymous di atas,

Kenapa timbalan dan naib presiden PAS ego menolak pelawaan UMNO???

Kalau saya cakap kasar sikit Encik jangan ambil hati ya. Saya cuma nak bagi point saya.

Encik ni bodohlah. Mereka tu ego ke ikut Islam??? Siapa contoh sebenar umat Islam???

Rasulullah S.A.W.

Rasulullah ditawarkan oleh Musyrikin Mekah jadi raja baginda ambil ke tawaran tu???

Dalam al-Quran surah Hud ayat 113, Janganlah kamu cenderung kepada orang zalim kelak api neraka akan membakarmu.

Najib Razak zalim ke tak??? Dah tu kenapa nak cenderung kepada orang yang zalim???

Rasulullah tolak tawaran Musyrikin Mekah, yang encik macam nak suruh PAS bergabung dengan UMNO sama-sama memerintah, Encik ni keldai ke sampai tak boleh fikir???

Minta maaf saya berkasar, tapi saya memang tak tahan dengan orang-orang PAS, keluarlah, join orang-orang yang cerdik sikit.

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Pru14 nanti kita humban DAP ke selat melaka.dulu bukan main berlagak. Tak sabar nk membelasah Pas. Akhirnya Dap sarawak terima lah akibatnya.

Anonymous said...

Salam En. Saiful Azmi Husin,

Islam agama fitrah la. Kenapa ratusan ribu orang berjaya diIslamkan oleh Almarhum Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Naik tak kira Mat Salleh, Hindu, Cina Negro dan sebagainya??? Fitrah.

Yang tak fitrah ialah perangai Encik. Rasulullah ajar ke panggil orang babi???

Hadis riwayat al-Hakim menyebut Rasulullah bersabda Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Yang jahil tetapi nak ikut Rasulullah bukan Haji Hadi,

Nobody

Anonymous said...

Salam En. Saiful Azmi Husin,

Semasa PRU sebelum-sebelum ni, Cina-Cina di pejabat saya yang bertungkus-lumur menangkan wakil-wakil PAS bukan orang Melayu tau. Siap pujuk saya undi PAS. Saya kata du pupu saya wakil PAS!!! Siapa kata orang bukan Islam tak akan memberi undi kepada parti diketuai oleh Orang Islam??? Analisis tu jangan buat dalam jamban tahap najis!!!

Saya minta maaf cakap kasar. Tetapi macam mana nak sedarkan orang PAS diorang ni kebanyakannya tinggal yang bingai-bingai je.

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam En. Anonymous di atas,

Katalah kita ni neutral, PAS tak, DAP pun tak. Macam mana nak humban DAP dalam selat Melaka pada PRU 14???

DAP kalah pun masih ada 7 kerusi. Yang PAS dulu kini selamanya telur ayam berlagak nak humban DAP???

Munasabahlah sikit!!!

Yang jahil tetapi munasabah,

Nobody

Unknown said...

Maaf tak berminat nak tahu kes kedua.. dlm kes yg pertama kalau dah mintak maaf pd DZN bila? Kalau sebelum ni menSATANkan DZN dlm media sosial, ada tak dia mintak maaf dlm media sosial juga?..

Unknown said...

Kalau keluar dari parti islam sediada, ke parti manakah yg harus dituju? Sila sebutkan parti yg bakal dicadangkan itu samada parti islam atau sebaliknya? Kalau ianya juga parti islam, sila nyatakan di manakah boleh dirujuk perlembagaannya..

Unknown said...

Wow.. pasti presiden yg ada sekarang ada degree la bagai.. susah juga husam nak amik alih ni..

Unknown said...

So boleh tuan nobody cadangkan parti mana yg sesuai yg takde bingai2 punya org?

Unknown said...

Boleh cadangkan tak parti mana yg perlu kitaorg join yg ada org2 yg cerdik sikit?

Unknown said...

Boleh cadangkan tak parti mana berakhlak yg mulia?

Anonymous said...

Salam En. Anonymous di atas,

Terima kasih bagi respons kepada komen-komen saya. Kadang-kadang saya sengaja guna perkataan bodoh, bingai dan sebagainya supaya orang jawab balik. Tapi tak ada siapa yang reply. Saya bukan jenis yang maki hamun orang.

Saya akan jawab satu persatu. Sebelum tu kita ni orang Islam. Rujukan kita adalah Al-Quran dan Sunnah. PAS, Amanah, DAP, PKR, UMNO dan sebagainya hanyalah satu vehicle untuk mencapai cita-cita berteraskan Islam.

Islam adalah agama kebenaran. Salah satu cara mencari kebenaran adalah berhujah, Rasulullah berhujah, Dr. Zakir Naik berhujah, Almarhum Nik Aziz dan Fadzil Noor berhujah, kita pun sekarang berhujah mencari kebenaran.

Saya akan jawab ya.

Yang jahil,

Nobody

Unknown said...

Nampak macam tuan nobody ni hebat sgt sehingga boleh nampak yg PAS akan selamanya telur ayam.. Agak 'munasabah' tuan nobody ni..

Unknown said...

Bijak tuan nobody ni.. sebab dia tak akan sesekali terlibat dgn fitnah.. sebabnya apa yg belum sahih yg disebarkan olehnya akan dinamakan 'gosip'.. bijak2..

Unknown said...

Mereka bukan fitnah, mereka cuma 'gosip' jer macam tuan nobody jugak..

Anonymous said...

Pertama En. Anonymous,

Betulkan saya kalau saya salah. Islam tu kena ambil secara keseluruhan. Macam mana kita ambil perkara berkaitan sembahyang tetapi kita tinggalkan perkara berkaitan puasa???

Saya cuba mengambil logiknya di sini. Kenapa Encik berminat kes pertama kes yang kedua Encik tak berminat??? Kenapa tak kebenaran diambil secara menyeluruh??? Menyalahi amanat HAdi Awang ni, Islam suku sekular suku hahaha!!! Saya bergurau.

Kes yang pertama, sila rujuk sendiri dalam facebook Dr. Ramasamy sendiri. Tuduhan Syaitan tu kalau tak silap saya pada 10 April 2016. Maaf tu pada 13 April 2016 kalau saya tak silap.

Kes yang kedua, ada soalan??

Yang jahil,

Nobody

Unknown said...

Saya berterus terang sy tak pandai berhujah.. apa yg saya mahu hanya bukti.. kalau sesuatu parti tu ada perlembagaan, tunjukkan..

Saya tak mahu terjebak dalam fitnah.. gosip ok lah kut.. barulah selamat.. tak gitu tuan nobody?

Unknown said...

Soalan saya senang je tuan nobody.. ada ke beliau mintak maaf pada DZN? Sebab yg dipanggilnya SATAN tu ialah DZN..
Sekali lagi maaf.. sy tak minat kes kedua sbb saya tak tahu..

Anonymous said...

Bangsa cina ni, tamaddun dia lebih awal drpd kita org melayu. Jadi, teknik meneruskan kelangsungan hidup pun sudah tentu lebih maju drpd org melayu. Sebelum sampai ke tanah melayu, cerdik pandai org cina dah berpesan kpd pekerja lombong yg imigran ni cara terbaik utk terus kekal hidup senang di tanah melayu. Diantara Caranya ialah memperlagakan org melayu sehingga masing-masing mengharapkan bantuan cina utk berkuasa. Inilah yg mereka lakukan. Jika benar ada org cina sokong pas, itu hanyalah lakonan agar pas yakin dgn bantuan cina dan tolak utk bersatu dgn umno.

Anonymous said...

Terima kasih En. Anonymous.

Sebenarnya saya gembira dapat komen daripada Encik. Ada gurauan, ada sindiran. Terima kasih banyak.

Soalan yang kedua.

Soalan ni jawapannya panjang. Boleh tak saya jawab dalam beberapa komen.

Saya pecahkan soalan tersebut kepada beberapa bahagian.

Kalau kita keluar daripada Parti Islam sedia ada, ke parti manakah yang harus dituju???

Pertama, tiada parti Islam sama seperti tiada negara Islam. Yang ada parti umat Islam atau parti mengguna/memperguna nama Islam atau negara umat Islam.

Macammana nak keluar daripada parti yang tak wujud???

Saya rasa soalan yang sesuai adalah kalau kita keluar daripada parti umat Islam / parti guna/memperguna nama Islam sedia ada???

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Iblis hitam ahli pengganas LTTE yang menjadi barua roket tidak pernah minta maaf kerana memberikan gelaran 'satan' kepada pendakwah Islam yang terkenal dan menhina program dakwah Islam untuk umat Islam! Ini jelas menunjukkan 'Nobody' pemakan dedak roket menghina otaknya sendiri kerana cuba menipu orang ramai!

Anonymous said...

En. Anonymous,

Terima kasih berterus terang. Saya pun tak pandai berhujah juga. Sebab tu kita berkongsi mencari kebenaran. Islam kan agama kebenaran!!!

Soalan pertama dulu. Jawapannya saya dah bagi tadi. Rujuk Facebook Dr. Ramasamy sendiri. Tarikh pun saya dah bagi. Sila semak ya. Banyak soalan saya nak jawab ni. Saya bukan jenis cut and paste. Ataupun bagi email nanti saya emailkan.Lambat sikit la.

Lagi satu, kita umat Islam. Kalau kita tak ambil tahu macam mana kita nak maju??? Asyik ditipu je la baik oleh pemimpin, Ulama Su' dan sebagainya.

Ulaama-ulama Islam (bukan Su') bila mengeluarkan hukum sedaya upaya mencari semua fakta, bukti dan dalil. Sama juga kepada saya dan Encik, kes pertama kita tahu kes kedua kita kena ambil berat juga.

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

'Nobody' masih cuba menegakkan benag basah lagi ! Inilah akibat 'Nobody' terlebih makan dedak cap roket. Kesian!

Unknown said...

Tuan nobody bagi je jawapan, saya akan percaya.. adakah dia mintak maaf pada DZN?

Anonymous said...

Selepas membaca komen 'Nobody', kita tahu 'Nobody'lah yang telah ditipu oleh sifu-sifu roket yang sesat lagi menyesatkan! Asyik ditipu je la baik oleh pemimpin roket banglo terlajak murah, sifu-sifu Su' dan sebagainya. Nasib baik orang Srwk telah tahu roket suka menipu maka roket hilang manyak kerusi ma! Ini hali sifu loket manyak nangis manyak takut hilang PP ! Haiya lompat apek lompat...haiyaaa!

Anonymous said...

Kita masih menunggu bukti 'Nobody' bahawa Ramasami telah mita maaf pada Dr Zakir. Haiyaaaa....'Nobody' mau tipu kita tetapi kita sudah tahu pemakan dedak roket seperti 'Nobody' suka tipu orang ramai! Orang Srwk pun tahu !

Anonymous said...

Salam En. Anonymous yang lain,

Nak tuduh saya makan dedak roket pun cari bukti dulu. Saya dah bagi dah rujukan saya facebook Dr. Ramasamy dengan tarikh lagi.

Lagi satu, dalam Islam ataupun dalam undang-undang konvensional (kecuali dalam beberapa mahkamah seperti yang ditadbir oleh Akta Perhubungan Industri 1967 dan Akta Pekerjaan 1955) beban pembuktian adalah kepada penuduh (Encik) dan bukan yang dituduh (saya).

Saya tanya betul-betul, sila jawab.

1. Apa bukti saya makan dedak roket???
2. Siapa iblis hitam pengganas LTTE yang menjadi barua roket???
3. Kenapa Encik tidak menggelar Ustaz yang menuduh Dr. Zakir Naik mengkafirkan orang Islam sebagai pengganas beserban ISIS yang menjadi barua bulan???

Boleh tak saya cadangkan, di dalam logik Encik sendiri, kalau Encik tak boleh jawab soalan saya dengan betul, ini jelas menunjukkan 'Encik' pemakan dedak Hadi dan Zuhdi menghina otaknya sendiri kerana cuba menipu orang ramai???

Entah-entah Encik ni yang dulu kata saya tak bagi bukti tak??? Saya nak email taknak terima pula!!!

Sorrylah selama ni saya busy sikit, tapi janganlah pondan kepada kebenaran!!! Tuduh macam-macam tadi mana bukti???

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Wow sekarang 'Nobody' cakap berbelit-belit mahu lepaskan diri. Mengapa 'Nobody' cuba menfitnah ulama-ulama Islam dan orang lain yang tidak berkaitan dengan dakwaan 'Nobody' iaitu si Ramasami telah mohon maaf untuk mengalih perhatian kita ? Lebih banyak 'Nobody' menulis, lebih banyak pula bohongnya!

Kita masih menunggu bukti-bukti dari 'Nobody' untuk membuktikan dakwaan 'Nobody' bahawa Ramasami sudah minta maaf dari DZN dan umat Islam kerana menghina DZN dan program dakwah Islam.



Anonymous said...

Mana bukti kamu 'Nobody? Jangan tulis berbelit-belit untuk melepaskan diri kamu !

Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

Dia dah minta maaf dan tarik balik perkataan syaitan. Rujuk kepada facebook beliau. Itu bukti saya.

Janganlah jadi macam kawan kita tu, rujuk bukti pun taknak lepas tu kata saya tak bagi bukti. Saya minta email nak email scan copy pun taknak. Janganlah bodoh sangat tara tu!!!

Sorry bukan saya taknak bagi link dan sebagainya tapi lewat sikitlah. Kalau Encik anonymous nak saya emailkan pun saya okay tapi lambat sikit.

Huraian kepada soalan yang kedua tadi (lepas ni lah saya layan haters saya yang lain), kenapa saya kata tiada parti Islam atau negara Islam???

Sebagai analogi, kita kata Malaysia negara Islam, adakah Malaysia sebagai negara Islam masuk syurga Thailand sebagai negara kafir masuk neraka??? Tak. Yang dipertanggungjawabkan dan masuk syurga neraka adalah kita manusia bukan parti bukan negara.

Yang jahil,

Nobody




Anonymous said...

Kamu 'Nobody' yang buat dakwaan si Ramasami telah mohon maaf dari DZN dan umat Islam maka sekarang tugas kamu ialah menunjukkan bukti kamu bukan menulis berbelit-belit untuk melepaskan diri. Sekarang mana bukti? Kita sedang menunggu bukit kamu!

Anonymous said...

Salam En. Anonymous yang lain,

Saya dah kata bukti saya facebook tu. Kalau nak sangat bagi saya alamat email saya bagi scanned copy!!!

JANGAN JADI PONDAN!!!

Sekarang mana bukti saya makan dedak roket???

SAYA CABAR SEKARANG NAK BUKTI SAYA EMAIL LEPAS TU REPLY BAGI SAYA BUKTI SAYA MAKAN DEDAK ROKET!!!

Saya menunggu email Encik!!! JANGAN BERDOLAK-DALIK LAGI!!!

Encik bukan khunsa kan!!!!

Yang jahil,

Nobody




Anonymous said...

'Nobody'.... mana bukti kamu? Kalau kamu gagal menunjunkkan bukti, kamu adalah pembohong! Sebenarnay kamu 'Nobody' adalah pembohong yang teruk sebab selama ini kamu telah gagal menunjukkan sebarang bukti yang menyokong semua dakwaan kamu dalam pelbagai komen kamu yang mengandungi fitnah !

'Nobody'...mana bukti?

Anonymous said...

Adakah kamu 'Nobody' fikir kamu telah membuktikan dakwaan kamu dengan menfitnah dan menghina kita? Jangan tulis berbelit-belit untuk melepaskan diri kamu 'Nobody'! Kita bukan bodoh! Kita masih menunggu bukti kamu 'Nobody' ! Mana bukti kamu 'Nobody?

Anonymous said...

Salam Encik Anoynymous tadi,

Ulama-ulama (terutama politik) telah menyempitkan tafsiran mengenai keluar jamaah Islam.

Saya bagi anologi kedua, mazhab yang pertama adalah Abu Hanifah. Adakah kerana Maliki dan Syafie buat mazhab baru dia keluar daripada jamaah Islam??? Jamaah Islam sebenarnya bermaksud Islam tu sendiri!!!

Sama seperti PAS, kalau Mat Sabu dan geng rasa tidak sesuai misalnya buat parti baru!!! Imam Malik dan Imam Syafie boleh, orang PAS kata tak boleh???

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam En. Anonymous Pondan,

Bagi email. jangan berbelit-belit. Nak bukti sangat kan!!!

Kenapa orang nak bagi taknak terima???

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Yang sangat jelas ialah kamu 'Nobody' tidak mempunyai sebarang bukti untuk menyokong semua dakwaan dan komen kamu yang mengandungi pelbagai fitnah terhadap ulama Islam dan umat Islam ! Jawapan kamu yang berbelit-belit untuk melepaskan diri membuktikan kamu 'Nobody' adalah pembohong!

I REST MY CASE !

Unknown said...

Saya tak mintak pun tuan nobody perbetulkan soalan saya.. saya cuma mintak jawab soalan saya parti islam manakah yg perlu dituju jika keluar dari parti islam sediada..

Maaf tuan nobody, bab2 politik ni saya tak mahu memisahkan dgn islam.. jadi bila saya memilih parti, pasti parti yg saya pilih ialah yg terbukti berpandukan islam.. jadi kalau ada mana2 parti yg berstatus sedemikian spt yg termaktub dalam perlembagaannya al Quran dan as Sunnah misalnya, pasti itulah parti pilihan saya.. tapi kalau tuan nobody tak setuju dgn pendapat saya, tak perlulah pedulikan pendapat saya itu .. yg saya mintak ialah jawab soalan saya shj..

Anonymous said...

Salam En. Anonymous tadi,

Berkenaan dengan perlembagaan, dulu orang PAS di sini mempertikaikan AMANAH sebagai parti tiada berpelembagaan.

Sebab tu saya cakap orang PAS ni bodoh (bukan semua). Kalau tak ada perlembagaan mana boleh tubuh parti???

Berkaitan isu perlembagaan parti Islamik ke tak, Allah bukan tanya kita pasal perlembagaan. Kalau perlembagaan al-Quran dan Sunnah, tafsirannya menyeleweng nak buat apa???

Kalau minta cadangan pilih Parti mana, Encik pun tahu kecenderungan saya. Tapi saya mengaku rapat dengan kerajaan kerana saya dapat beberapa geran untuk projek-projek tertentu.

Pilihlah parti yang paling hampir dengan Islam. Contohnya berhujah cara baik, tidak menggelar pengkhianat, menghalau orang, memaki orang munafik haraki dan sebagainya.

Nanti saya tengok soalan-soalan Encik yang lain.Pergi makan sekejap.

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...


Salam En. Anonymous Pondan,

Bagi email. jangan berbelit-belit. Nak bukti sangat kan!!!

"I REST MY CASE" kenapa??? PONDAN ke???

Susah bercakap dengan spesis sotong ni.

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam En. Anonymous tadi,

Hahaha. Sorry, sebenarnya berkenaan betulkan soalan tadi saya bergurau!!! Saya fikir Encik dapat tangkap saya bergurau!!! Hahaha sorry banyak-banyak.

Tapi saya dah bagi hujah saya. Saya fikir Encik pun tahu kecenderungan politik saya. Kita sama-sama setuju bahawa Islam ni satu agama yang syumul. Termasuk dalam bidang politik.

Macam mana Encik dan saya nak tafsirkan politik Islam??? Berkongsi pendapat sahaja, saya bukan pandai sangat.

Satu fakta di dalam al-Quran, tak ada satu perkataan pun berkaitan politik ataupun sahsiah dalam al-Quran. Apa maksudnya??? Rasulullah pun berpolitik. Saya berpegang kepada pendapat Rasheed Ganauchi yang membawa maksud politik adalah 100% ijtihad. Kalau Encik perlu saya boleh huraikan panjang lebar.

Saya rasa Encik nakkan parti politik yang berpelembagaan al-Quran dan Sunnah. Saya cabar Encik secara baik, pernahkah Encik membaca perlembagaan PAS yang dikatakan al-Quran dan Sunnah tu atau mana-mana perlembagaan parti-parti lain???

Macam mana nak tahu perlembagaan yang mana al-Quran dan Sunnah!!!

Ketika Encik memikirkan berkenaan perlembagaan, saya risaukan penyelewengan penafsiran al-Quran dan Hadis atas faktor politik. Sebagai contoh, oleh pakar strategi PAS sendiri Dr Zuhdi Marzuki di Muktamar Yadim bulan Februari 2016 yang lepas di depan mata kepala saya sendiri. Saya boleh beri perinciannya jika Encik nak.

Islam apa kalau menyelewengkan hadis???

Sebab tu saya cakap dengan Encik tadi, Allah tak tanya pasal perlembagaan, Allah pertanggungjawabkan kita apa yang kita laksanakan (atau seleweng hadiskan)!!!

Terima kasih Encik. Saya nak pergi makan dulu dan ada kerja sikit.

Yang jahil,

Nobody



Unknown said...

Daripada analogi tuan nobody, saya setuju jika kita keluar PAS tak bermakna kita keluar dari jamaah islam. Sbbnya di singapore atau brunei atau acheh pun mmg tak da parti PAS..

Cumanya yg dibincangkan di sini ialah konteks di dlm negara kita.. jadi sy ulangi soalan saya; jika ada pilihan terbaik jamaah islam atau parti siyasah islam selain PAS di negara ini, apakah namanya jamaah itu? Dan bukti apakah yg boleh kita lihat bhw ianya benar2 berpandukan alQuran dan asSunnah?

Anonymous said...

Salam En.Anonymous,

Sorry, saya busy sikit ni. Ada satu pertandingan di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang saya dan team nak sertai. Hadiahnya geran bernilai RM 350,000.00. Panjang cerita. Dateline June 2016. Ada beberapa fokus yang saya nak beri, dalam keadaan milestone, timeline, sustainability issue etc tak siap lagi. Approval daripada pihak berwajib belum semuanya dapat. Impact study lagi. Sedih gila. Apa nak buat, saya pengarah projek dah tentu cita-cita nak menang.

Sama seperti Islam kenapa Rasulullah memilih Khalid al-Walid jadi panglima perang??? Sebab nak menang!!! Walaupun Khalid bukan alim sangat, Rasulullah dah pesan contohnya jangan bunuh tawanan kadang-kadang selamat, hadis yang diriwayatkan pun tak banyak, tapi dia yang paling kuat dan skilful!!! Rasulullah nak menang, ada parti bernama Islam taknak menang nak jadi penasihat je!!!

Yang jahil,

Nobody






Anonymous said...

Salam En. Anonymous tadi,

Sebelum saya jawab soalan parti tu, saya tertarik kepada sindiran Encik pasal gosip. Hahaha, saya mengusik je.

Pasal menonton porno di Jerman tu, sepatutnya kita sebagai umat Islam menyembunyikan aib saudara kita. Tapi nak buat macam mana, cerita ni dah tersebar luas. Anggaplah perkara tu tak pernah terjadi.

Kenapa saya highlightkan bersama perkataan gosip dengan harapan agar ada orang PAS menegur. Saya nak cakap terima kasih kerana tegur saya dalam keadaan tegurlah sekali Tuan Presiden, lancang sangat!!!

Fitnah orang pasal pil kuda, kata calon PKR di Kota Damansara bertuhankan Karl Marx dan sebagainya.

Kepada Encik Anonymous, terima kasih kerana tegur. Bukanlah tujuan saya untuk bergosip tetapi lebih kepada sindiran politik, biar kita ni bertarung tu kerana fakta dan rasional. Kalau betul jual pil kuda, report polis. Bukan jaja cerita sana sini sabotaj geng sendiri.

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam En. Anonymous di atas,

Rasulullah pernah ditanya, siapa orang yang paling baik, Rasulullah tak cakap Abu Bakar atau Umar dan sebagainya, Rasulullah berkata siapa yang paling bertaqwa!!!

Saya nak beri jawapan sebegitu boleh???

Kalau beberapa tahun lepas saya pastinya akan cakap PAS di bawah pimpinan Al-Marhum Dato Fadzil Noor, Almarhum Dato Nik Aziz dibantu pula antara lain Dato Husam Musa (saya pernah jumpa beliau, memang dia ni betul-betul pandai), Dr. Zulkifli (sama juga). Islam tu kelihatan sangat indah. Harapan saya hancur bersama pemergian Nik Aziz.

Kalau saya boleh cadangkan, masuklah DAP. Ramaikan orang Islam. Tunjukkan pekerti Islam sebenarnya. Di bawah pemerintahan DAP, ramai Cina masuk Islam di Pulau Pinang sampai khatib sembahyang Jumaat doakan Lim Guan Eng masuk Islam!!! Ambil kesempatan berdakwah. Dr. Zakir Naik pun boleh!!!

Ataupun masuk Amanah. Parti yang di dalamnya masih ada DNA PAS yang asal, yang masih berpegang dengan panduan Nik Aziz, Fadzil Noor dan sebagainya. Tapi parti ni baru, tak kuat lagi, kena kerja keras sikit.

Kalau boleh jangan dengan UMNO, saya hidup dengan mereka. Habis tergadai negara karang.

Pendapat ni akan berubah mengikut peredaran masa. Mungkin satu hari nanti UMNO tukar jadi bagus PKR pula jadi tak tentu arah dan sebagainya.

Yang jahil,

Nobody

Unknown said...

Saya masih tak berapa jelas, parti manakah yg tuan nobody maksudkan yg paling hampir dgn islam.. boleh tak namakan parti apakah ia sebenarnya?

Unknown said...

Sedari awal soalan saya ialah parti manakah yg harus dituju jika keluar dari parti islam sediada? Saya tidak berminat utk berbincang ttg parti lain selain parti pilihan tuan nobody.. tuan nobody sendiri yg menyarankan org agar tinggalkan parti yg namanya islam dan masuk parti lain pilihan nobody yg adanya bijak pandai dll..

Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

Bolehkah kita anggap komen ni yang terakhir. Minggu depan sambung balik??? Busy sikit.

Dalam al-Quran surah Saba' ada menyebut (ejaan rumi) bardatun tayibatun wa rabbul-ghafur. Negara yang baik dan mendapat keredhaan Tuhan.

Apakah ciri-ciri negara yang baik dan mendapat keredhaan Tuhan??? Adakah kerana melaksanakan hudud semata-mata???

Islam menekankan kepada urus tadbir negara yang baik (good governance). Setakat ni, negeri yang mempunyai urus tadbir yang paling baik ialah Pulau Pinang, sehingga dipuji oleh Ketua Audit Negara saban tahun. Bolehkah saya cadangkan DAP???

Islam menekankan keadilah sosial dan ekonomi. Islam melarang sebagai contoh harta negara beredar di kalangan segelintir sahaja tetapi sepatutnya kepada seluruh rakyat.

Islam juga menekankan keadilan.Kalau mengikut Islam (dan undang-undang konvensional bermazhab Westminster Abbey di England), kes Anwar adalah kes yang sepatutnya ditolak sebagai contoh.

Encik Anonymous bertanya parti sahsiah, bukan jamaah da'wah. Ceritanya tidak akan lari daripada isu keadilan, sosial dan ekonomi serta good governance di samping yang lain-lain.

Kalau tanya saya hari ni, Parti Amanah. Jawapan saya mungkin bertukar mengikut peredaran masa.

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Tak perlu tunjuk alim le nobody.. banyak ilmu pun tapi bangang.. hati ko ada masalah tu..

Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

Dahsyat. Macam mana Encik tahu hati saya ada masalah??? Adakah Encik tahu perkara ghaib???

Rasulullah pun tak tahu perkara ghaib kecuali yang diberitahu oleh Jibril. Kalau tak baginda pun tak tahu hati Abdullah bin Ubay.

Adakah Encik lebih hebat daripasda Rasulullah??? Adakah Jibril datang kepada Encik???

Ataupun entah-entah Encik pembawakan Jin kot, hahahaa!!!

Encik, saya tak cakap saya banyak ilmu. Saya kata saya jahil.

Tapi dari segi logik Imam Syafie banyak ilmu adakah dia bangang???

Yang bangang orang yang tak ada ilmu!!!

Encik ni waras ke tak waras???

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Tak payah berlakon la.. ada ilmu tapi tak boleh menilai baik dan buruk.. statement ko tu bnyk yg menunjukkan hati ko bermasalah.. tak perlu ilmu ghaib bagai.. ko sorg je yg perasan bagus.. org lain baca nk muntah

Anonymous said...

Ulama2 su dlm Pas spt Hadi Awang dan sewaktu dgnnya kaki pembohong, pemfitnah pun walaun tk boleh nak nilai. Lebih byk keburukan yg dicemari oleh parti penjual agama ni dari kebaikan yg mrk nak bawa.

Ulama2 su Pas dan walaun2 mrk bersubahat nenipu Allah dan ahli2 parti yg tolol utk habuan dunia.

Unknown said...

Tuan nobody.. seolah2 tak pernah memahami isu jadi penasihat.. hanya spin yg suka diulang2 bg memburukkan imej TGHH.. tapi sy kira ianya gagal mencapai matlamat..

Unknown said...

Seperti juga di atas, spin yg tidak menjadi atau gagal.. saya kira spin sebegini bukan level tuan nobody sepatutnya..

Unknown said...

Terima kasih kerana mengiktiraf PAS walaupun ia hanya merujuk kpd kepimpinan lama..

Maaf tuan nobody ini pertama kali sy dgr ramai org cina masuk islam di bawah pemerintahan DAP.. mungkin tuan boleh kemukakan data2 berkaitan kemudian..

Mengenai masuk PAN kerana ada DNA PAS yg asal, ianya agak melucukan.. tapi ini terpulanglah kepada perspektif masing2.. Org yg tuan kagumi iaitu husam musa 'yg memang pandai orgnya' pun kini sudah berada di luar PAS.. saya amat berharap agar beliau ada mendengar nasihat tuan kpd org lain sebelum ini agar keluar dari parti nama islam dan masuk parti yg ada bijak pandai dsbnya.. Adalah sesuatu yg malang jika beliau membuat rayuan ke atas keputusan memecat beliau.. kerana jika berlaku demikian, ini akan menunjukkan beliau tidaklah sebijak mana (spt yg tuan nobody nyatakan) dan tidak sehebat tuan nobody yg boleh mengetahui masa depan PAS di sarawak iaitu telor ayam!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Kalau ulama kaki pembohong dan kaki pemfitnah dah lama org buang.. mcm najib, pan dan sekutunya.. org boleh menilai baik dan buruk.. bukan mcm ko

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails