Tuesday, May 03, 2016

Perangkap Feminis,Wanita Duduk Rumah? Presiden Isma Jawab DAP.

Ustaz Suhail
MEMBACA tulisan disiarkan di portal milik parti rasis dan cauvinis DAP Roketkini berkaitan peranan wanita di dalam Islam, saya berpandangan ia adalah sebuah penulisan yang cukup terabur daripada sudut konteks dan maksud sebenar yang dibawa oleh Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman. Apatah lagi dengan hujah-hujah yang jauh daripada isu asal.

Isu asal yang ingin dibawa bukanlah mengenai wanita boleh ditolak jauh dan bekerjaya atau tidak, tetapi konteks ideologi jahiliyah yang menghilangkan peranan wanita sebagai Ibu yang mendidik anak-anak dan sebagai isteri yang menjadi permaisuri di rumah.
Dengan jelas disebut konteks ini dikembangkan di dalam peperangan fikrah Islam melawan ideologi feminisme yang merosakkan pemikiran kaum wanita.
Saya kira penulis tidak sedar bahawa feminis juga menuntut sehingga ke harta pusaka dibahagikan sama rata tanpa mengikut landasan syariat apabila penulis membawa contoh membahagikan harta pusaka sebagai bukti Islam menaikkan martabat kaum wanita.
Jika dilihat perbincangan yang dibawa Imam Ibnu Qayyim dalam kitab Zad al-Ma’ad (Juz ke-4, ms 83, Ghadd Al-Jadid) beliau menekankan betapa pentingnya peranan wanita di rumah dengan membawa perbahasan ulama’ mengenai beberapa hadis berkaitan aduan Saidatina Fatimah mengenai Ali ra yang kurang membantu beliau di rumah. Akhirnya Rasulullah meminta beliau (Fatimah) terus mengurus perihal rumah.
Khilaf Ulama’ yang berlaku dalam memahami hadis ini adalah sama ada antara hukum Wajib ataupun ia sebagai sebuah Akhlak Mulia yang sangat dituntut ke atas isteri.
Kedua-dua pandangan masih menunjukkan bahawa tona dan argumen yang dibawa oleh Ustaz Abdullah Zaik dalam perihal ini adalah tepat, dan gerakan feminis yang memperjuangkan kesamarataan gender sudah lari daripada tatasusila kebaikan agama dan adat.
Malah Imam Ibnu Qayyim juga menekankan bahawa budaya dan hukum ini merupakan suatu ‘urf yang jelas. Jelas ini bukanlah suatu yang patut dilihat seolah konservatif yang jelek, sedangkan hakikat ‘conservatism‘ itu sendiri hanya dilihat jelek dalam budaya Barat liberal yang merungkai elemen pegangan agama dan tatasusila adat.
Walau apapun argumen yang ingin dilontarkan oleh artikel, hal ini hakikatnya tidak akan timbul kepada pasangan yang saling bekerja untuk mencukupkan nafkah, dan saling membantu di dalam perihal rumah tangga dalam keadaan sedar peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan hikmah seperti yang dicadangkan oleh Ustaz Abdullah ketika menyampaikan ucaptama (mengikut konteks sebenar).
Kesimpulannya, apa yang dibawa feminisme bukanlah suatu yang indah di sisi Islam, sedangkan ramai di Barat juga menolaknya, sayang apabila kita tidak melihat dan mengkaji sedalamnya apakah yang diwarisi oleh khazanah pembudayaan Islam di dalam tulisan-tulisan turath dan ulama’ besar berasaskan permata-permata daripada Al-Quran dan hadis.

Ustaz Suhail Sufian
Ahli Majlis Ulama Isma (MUIS)
Artikel ini dipetik daripada Facebook Ustaz Suhail.

8 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/


KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral


KHUTBAH AIDILADHA PAHANG 2015
APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

PAN sebagai khadam menggelupur bila kejahatan DAP dibongkar

Anonymous said...

kapir memang tolak ajaran islam
ada jugak puak islam tapi tolak hukum hukum dari Allah
kapir jelas munapik kelam kelam

Anonymous said...

Demi Tuan Besar Penang King Khadam dari PAN sanggup tolak hudud


Ahli Parlimen Parti Amanah Sedia Undi Tolak Hudud - Mat Sabu
OLEH DESMOND DAVIDSON Published: 6 September 2015 5:34 PM

Pengerusi Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata, ia akan bergantung kepada konsensus yang dicapai antara Amanah dan rakan lain dalam gabungan parti pembangkang yang akan ditubuhkan kelak.

Anonymous said...

Hanya Husam boleh memulihkan PAN daripada menjadi Khadam DAP. Presiden PAN sepatutnya adalah pemimpin PAN dan bukan hanya menjadi KING KHADAM.

Mat Sabu, Mujahid, Din Pudu, Khalid Samad wajar pencen sahaja. Serahkan jawatan anda kepada Bro Husem

Penyokong PAN Mahu Husam Ganti Mat Sabu
MARCH 2, 2016
AIDCNEWS

AIDCNews – 02/3/16 – Penyokong Parti Amanah Negara (PAN), Shafie Salleh mengharapkan agar Datuk Husam Musa agar dipecat daripada PAS bagi membolehkan beliau mengambil alih jawatan Presiden PAN yang disandang oleh Mohamad Sabu.

Menurutnya, trend kepimpinan Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu mutakhir ini diragui oleh ahli parti sendiri.

“Semoga Dato Husam Musa dipecat dari PAS, kerana kepada beliaulah kita bergantung harapan supaya beliau memimpin Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abang Mat Sabu sejak akhir-akhir ini menampakkan bahawa beliau bukanlah Presiden yang bagus untuk AMANAH,”katanya dalam Facebook.

Menurutnya, penglibatan Husam dalam program ‘Selamatkan Malaysia’ anjuran PAN Johor membuktikan bekas Naib Presiden PAS itu satu-satu calon yang layak memimpin PAN bakal bakal calon Perdana Menteri.

“Pada saya secara peribadi inilah pemimpin paling layak memimpin AMANAH, seterusnya membawa kita ke Putrajaya. Seterus memerintah Malaysia.

“Dalam keadaan usia DSAI yang semakin bertambah, Dato Husamlah yang paling layak ganti DSAI untuk jadi PM,”katanya lagi.

Anonymous said...

BANGI, 10 Feb- Pengerusi PEMBELA, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin hari ini mempersoalkan tindakan pemimpin-pemimpin parti rasis, DAP apabila kelihatan semakin biadab terhadap agama Islam.

Katanya, sejak akhir-akhir ini, pemimpin DAP terlalu menunjuk yang mereka tidak berpuas hati dengan amalan-amalan Islam termasuk khutbah Jumaat.

Seperti semalam, Exco Pulau Pinang, Chong Eng mengkritik teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor berkenaan ‘Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri’.

Chong Eng menyifatkan mesej tutup aurat tidak membantu wanita daripada serangan seksual dan penderaan.

Ustaz Hafiz berkata, apa yang Chong Eng tahu mengenai aurat dan hubung kaitnya dengan penzinaan atau rogol?

“Sejak bila Chong Eng rajin mendengar khutbah Jumaat?

“Bayangkan kalau kami umat Islam mula mempertikaikan agama Chong Eng dengan lojik akal kami sendiri, apa akan jadi pada penganut yang sama agama dengan Chong Eng?

“Jadi, fikirkanlah, jagalah hati umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Ustaz Hafiz berkata, Peguam Negara didesak untuk mendakwa Chong Eng mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan atas keceluparan mulut beliau.

“Dan kepada Chong Eng, anda disarankan untuk belajar lagi mengenai Islam.

“Jangan sekadar mendengar khutbah Jumaat dan mengulasnya dengan penuh kejahilan mengenai Islam, agama yang diwahyukan Allah ini,” katanya.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/12/tony-pua-semai-kebencian-terhadap-islam/


Tony Pua semai kebencian terhadap Islam



tony pua
BANGI, 6 Dis – Ahli Parlimen DAP Tony Pua dilihat sedang menyemai kebencian terhadap agama Islam apabila mempertikai pendapat orang Islam mengenai agama mereka sendiri.

“Tindakan provokasi Tony Pua amat menjijikkan, mengulangi skrip tokoh sekular evangelis yang memperlekeh agama orang Barat pada kurun ke-17,” kata Setiausaha Biro Politik ISMA Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk entri terbaru di laman facebook Tony Pua yang mengutuk kenyataan seorang profesor berhubung hukum alat muzik menurut Islam.

“Yes, our tax-payers money is paying for this “Professor’s” salary,” tulis Tony Pua siang tadi.

Tambah Ustaz Hazizi, akibat perlekehan dan sindiran terhadap agama yang berterusan, akhirnya orang Barat meninggalkan agama dan rata-rata mereka menjadi atheis.

“Tujuan Tony Pua membuat kenyataan begitu untuk merangsangkan kebencian terhadap agama dan merosakkan keharmonian antara rakyat negara ini,” kata beliau lagi.

Anonymous said...

Sifu-sifu roket suka mempertikai dan menghina ajaran Islam dan hukum Allah seperti khutbah Jumaat, pakaian umat Islam yang menutup aurat dan mempromosi kebebasan untuk murtad dll. Malangnya terdapat segelintir barua-barua bangang yang mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi mereka menjadi penjilat kaki sifu-sifu roket kerana mereka terlebih makan dedak cap roket.

Nota: Dedak menjadi makanan kegemaran babi!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails