SUDAH tentu Presiden Amanah (PAN) tidak serik dengan kekalahan kali pertama ini.. Lihat 7 sebab kekalahan ini melalui kenyataan Media Presiden AMANAH, Keputusan Penuh PRN11 Sarawak
KENYATAAN MEDIA
KEPUTUSAN PRN SARAWAK IKTIBAR UNTUK KERJA KUAT PRU14
1. Parti Amanah Negara (AMANAH) yang baru dibentuk tujuh bulan lalu telah diuji dengan pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang berlangsung hari ini dengan AMANAH bertanding di 13 kerusi. Keputusan rasmi telahpun kita ketahui di mana kita tidak berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.
2. Biarpun begitu, keputusan hari ini menunjukkan penerimaan rakyat Sarawak terhadap AMANAH sangat baik sekaligus meletakkan parti ini mempunyai masa depan yang cerah untuk terus subur di Bumi Kenyalang.
3. PRN Sarawak kali ini secara tradisinya memperlihatkan bahawa proses pilihan raya berlangsung dalam keadaan pencerobohan demokrasi begitu ketara oleh BN sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.
4. Tindakan BN Sarawak menghalang petugas parti pembangkang khususnya dari AMANAH, PKR dan DAP telah memberi kesan psikologi kepada pengundi. Penyalahgunaan media, pengumuman projek segera oleh Perdana Menteri dan Ketua Menteri serta fitnah melampau tidak mampu dijawab parti pembangkang yang tidak mempunyai saluran seimbang dengan pemerintah.
5. Selain itu faktor ketidak seragaman Pakatan Harapan khususnya pertembungan kerusi sesama sendiri juga menyumbang kepada keadaan ini. Pakatan Harapan dilihat tidak turun sebagai satu pasukan dalam menghadapi BN di Sarawak. Semoga keputusan pilihan raya ini menjadi iktibar kepada Pakatan Harapan untuk PRU akan datang.
6. Bagaimanapun saya berpuas hati dengan kerja yang dibuat oleh petugas-petugas AMANAH yang diketuai oleh Timbalan Presiden Salahuddin Ayub. Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh petugas yang bertungkus-lumus sepanjang PRN Sarawak berlangsung.
7. Keputusan PRN Sarawak ini memberi rangsangan kepada AMANAH untuk terus bergerak ditengah-tengah masyarakat dalam arena politik demokrasi tempang di Malaysia ini. Kita akan berusaha habis-habisan untuk muncul sebagai pemenang utama pada PRU akan datang.
"Harapan Baru"
HJ MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
Presiden
Parti Amanah Negara
Cepat2lah PAN amik husam jadi presiden..
ReplyDeleteMuahaha... nk jd pmenang utama PRU akn dtg? Puikk.. Nk berangan pon agak2 lerr...
ReplyDeleteMIKEkeopon Sabu patut ubah angin la pulak, jd penyanyi kerr, x pon msuk maharaja lawak hehehe..
dari pas. parti haram jadah. dah jadi parti melayu.
ReplyDeleteKipidap dongibab...kita bertanding untuk menang bukan nak jadi punaisihat
ReplyDeleteDgn bantuan PKR dan DAP pun KHODAM masih boleh hilang wang deposit.. boleh tak bayangkan kalau tanpa tuan2 besar tu.
DeleteSalam En. Anonymous di atas,
ReplyDeleteOkaylah parti 7 bulan, dapat publisiti dan political mileage. telur ayam nak buat macam mana. Rasa malu juga.
Yang satu parti tu sejak sebelum Malaysia sehingga kini telur ayam juga. Takkanlah publisiti dan political mileage je kot tak sudah-sudah??? Malulah pada diri sendiri!!!
Yang jahil,
Nobody