Sunday, May 08, 2016

PRN S'wak: BN Tampar DAP, Yang Kalah Tidak Selesa..

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sedih apabila satu-satu calon Melayu parti itu, Abdul Aziz Isa tewas di DUN Batu Kitang dan tewas semua di kawasan Dayak yang ditandingi parti itu.

KUCHING: Barisan Nasional memenangi 72 daripada 82 kerusi, sekaligus memberi tamparan hebat kepada DAP yang mengalami kemerosotan mendadak sokongan pengundi Cina pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini. 

Kemenangan BN di bawah teraju Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem itu lebih besar berbanding kemenangan 55 daripada 71 kerusi oleh parti itu pada PRN 2011. 
Selepas mengalami kekalahan teruk dengan kehilangan lima kerusinya pada pilihan raya Sarawak Ke-11, DAP hari ini mengakui bahawa sokongan masyarakat Cina kembali beralih kepada BN.

ADUN DAP 2011
Lima Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini dimenangi calon DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011 kini telah dirampas kembali calon Barisan Nasional(BN).

Di samping menumpulkan sokongan DAP di Bumi Kenyalang, BN turut menewaskan DAP dan PKR di kesemua enam kerusi di mana dua parti pembangkang itu bertembung, meletakkan calon masing-masing. 
Enam kerusi berkenaan ialah Batu Kitang, Ngemah, Mambong, Simanggang, Murum dan Mulu. 

Dalam pada itu BN juga menawan kerusi Batu Kawa, Dudong, Meradong, Piasau dan Repok daripada DAP. 

Keputusan rasmi PRN ke 11 ialah BN memenangi 72 kerusi berbanding DAP (7) dan PKR (3).  Parti komponen utama BN Sarawak, PBB yang diterajui oleh Adenan memenangi semua 40 kerusi yang ditandingi.

PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) tewas di semua kerusi yang ditandingi mereka, kebanyakannya di kawasan luar bandar.  

Trend pengundi menunjukkan BN berjaya menebus kembali kekalahan kepada DAP di banyak tempat dan sokongan pengundi Cina di Sarawak untuk BN semakin pulih.  

Pada PRN 2011, DAP memenangi 12 kerusi yang rata-rata membabitkan majoriti pengundi Cina di kawasan bandar. 

Pertembungan langsung antara calon DAP dan PKR di enam kerusi juga menyerlahkan perbalahan dalaman mereka sehingga memberi ruang untuk BN memenangi kerusi-kerusi berkenaan. 

Antara kemenangan penting yang dicapai BN adalah di Batu Kawa. Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian merampas kerusi itu daripada DAP dengan majoriti 2,085 undi. 

Kemenangan itu memberi nafas baru kepada SUPP yang kalah teruk kepada DAP pada PRN lalu, sekaligus membuka laluan untuk pimpinan parti itu kembali menyertai kabinet negeri pimpinan BN. 

BN turut mengekalkan kerusi Bawan Assan dan menawan Dudong, Meradong, Piasau dan Repok daripada DAP. 

BN juga menang di kerusi-kerusi panas Serembu, Pakan dan Telang Usan. 
Dalam pada itu PKR mengekalkan kerusi Ba’Kelalan untuk satu lagi penggal apabila Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian menundukkan saudaranya Willie Liau. 

PKR juga berjaya mempertahankan kerusi Krian dan Batu Lintang yang dimenangi pada tahun 2011. 

BN memenangi kerusi Bukit Kota dan Bukit Sari tanpa bertanding pada hari penamaan calon 25 April lalu. (Antarapos)

6 comments:

  1. Bijak org cina berpolitik, pru 13,,mereka beri tekanan kepada umno bn. Umno bn terpaksa layan dan belanja org serawak cukup2,, cina bagi kat bn semula. Melayu semenanjung tanggung pelbagai bil....Tera.

    ReplyDelete
  2. Bijak btul org cina ni. Kali ini meka akn pulun bn, mintk kaw2x punya. Tunggu prn akn dtg... Hehehe, mka main2x tekan bn balik. Bn menang ke kalah ke, meka tetap tuai untung. Bodohnya melayu pcaya bulat2x kat cina merayu sembah smata2x gila koser. Pada aq, tnpa cina pun, bn tetap akn pentah swk. Melayu dan bumi kna gohead jgn tertenggek2x melayan cina sepet yg kbyknnya cina zionist. Klau pemimpn jaga melayu dan bumi btul2x, sure mlayu naik punya, bley pga g ekonomi baik punya. Tap nk wat camner, pemimpin mlayu pun tak konfiden dgn bangsanya. Tetap pcaya cina jer bleh bwk untung. Yg lain x pndai bek untung. Tak cuba, mana nk tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pabila islam diketepikan, apa jua kehebatan tidak dipandang oleh Allah..

      Delete
  3. Setuju dgn anon 8.45. Puncanya kerana cina cucuk pas dan umno bergaduh, sekarang ada pan lagi. Lagi org melayu berpecah, lagi untung cina.

    ReplyDelete
  4. Setuju.. kalau diperhatikan Dap sentiasa membelasah Umno. Tapi jarang sekali Bn. Mereka mahu islam/Bumi berpecah.islam patut tolong saudara sendiri. Tengokla berapa kerat cina ysng datang membeli dari kedai bumi/Islam. Mereka tetap pergi kedai bangsa dia walaupun mahal sedikit.
    Mari lah kita berubah mulai sekarang.

    ReplyDelete
  5. Nak buat lagu mana sejak azali lagi dibelakang setiap pemimpin melayu mesti ada towkey yg support

    ReplyDelete