Sunday, May 15, 2016

Ramlah 70 Tahun Berkahwin Dengan Yassin 76 Tahun..Selamat Pengantin Baru,Al-hamdulillah!

Image result for Jodoh nenek 70 tahun dengan datuk 26 cucu Ramlah bersalaman dengan Yassin selepas majlis akad nikah mereka di Kampung Kedai Buluh, Kuala Terengganu malam kelmarin.
KUALA TERENGGANU – Seorang nenek kepada 11 orang cucu yang hidup keseorangan lebih setahun lalu akhirnya bertemu jodoh dengan pasangannya malam kelmarin sekali gus menjadikan ia perkahwinan keempat buat wanita berusia 70 tahun itu.
Ramlah Omar selamat melangsungkan perkahwinan dengan Yassin Sulong, 76, di kediamannya di Kampung Kedai Buluh dekat sini dengan mas kahwin RM2,000, sebentuk cincin, te­lekung dan beberapa hantaran.
Menurut Ramlah, dia tidak pernah serik untuk berkahwin, malah pernah mempunyai hasrat itu selepas suami ketiganya meninggal dunia pada September 2014.
“Syukur, ada yang sudi untuk menerima saya,” katanya.
Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah, Manan Ali kira-kira pukul 10 malam kelmarin yang disaksikan kira-kira 100 tetamu terdiri daripada saudara-mara dan kenalan rapat. (IH/Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails