“RM305 juta itu kos untuk kajian feasibiliti (kebolehlaksanaan), kesan alam sekitar, reka bentuk terperinci manakala kos keseluruhan untuk pembinaan tiga projek lebuh raya terowong bawah tanah ialah RM6.341 bilion,” jelasnya dalam sidang akhbarnya semalam.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bertanya mengapa kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut di negeri itu mencecah sehingga RM305 juta.
“Berdasarkan kajian kami dan kenyataan umum Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang, kami percaya bayaran itu adalah sebahagian daripada sejumlah RM305 juta yang diperuntukkan untuk kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk terperinci dan laporan EIA bagi projek Terowong Pulau Pinang serta tiga laluan berkaitan.
“Kami berkongsi kebimbangan 6 ADUN berkenaan yang menyifatkan RM305 juta adalah harga yang amat tinggi untuk dibayar bagi sekadar kertas kerja dan laporan. Tambahan pula, keperluan pelaksanaan projek itu masih diragui susulan pergerakan trafik di Jambatan Pulau Pinang yang secara umumnya masih rendah.
“Kami yakin, peruntukan sejumlah RM305 juta boleh dimanfaatkan untuk kebajikan penduduk Pulau Pinang. Jumlah RM305 juta adalah dua kali ganda berbanding RM176 juta yang dibelanjakan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang dari tahun 2009 hingga 2015 bagi Program Kebajikan Emas khusus buat warga tua, ibu tunggal, mereka yang mempunyai keperluas khas, pelajar, suri rumah, bayi baharu dilahirkan dan mahasiswa,” kata Abdul Rahman.
Selanjutnya sila baca “Kenapa Kos Kajian Projek Terowong P. Pinang RM305 Juta – Soal Abdul Rahman?”
Hock Seng turut mengakui bahawa kerajaan negeri memberi bayaran pendahuluan dalam bentuk tanah kepada syarikat Consortium Zenith BUCG (CZBUCG) walaupun laporan kajian belum lagi disiapkan oleh syarikat itu.
Beliau berkata pihaknya telah membuat penilaian yang wajar terhadap perkara itu.
Sama je BN dan DAP pasal bab fulus. Lainnya DAP adalah racis dan anti Islam tambah lagi semenjak ada khadam ajaib dari golongan2 loser yg mencari aedikit rezeki dan berkat dari rocket sakti
ReplyDeleteTanah diberi kepada swasta. Kampung pula dirampas. Inilah rejim DAP. Mujahid dan Mat Sabu dari PAN pula membisu
ReplyDeleteKerajaan DAP Pulau Pinang untuk sekian kalinya menunjukkan keegoan mereka. Kali ini 2 buah Kampung kediaman majoriti penduduk Melayu pula dijadikan sasaran mereka atas alasan kemajuan. Ini bukan kali pertama Kerajaan Negeri bertindak mengusir penduduk asal kampung berkenaan dan merampas tanah-tanah mereka.
Sepanjang pemerintahan 2 penggal DAP Di Pulau Pinang, antara sedar dan tidak, sebanyak 24 buah kampung di Pulau Mutiara itu dirampas dan penduduk asalnya di usir. Kali ini giliran penduduk kampung Mutiara dan Batu Feringgi pula berhadapan kehilangan rumah dan tanah mereka keatas ketamakan kerajaan Pulau Pinang.
dap penang
Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang ini boleh diibaratkan seperti penghalauan Yahudi keatas penduduk Palestin di Timur Barat. Pengusiran terancang yang mereka lakukan hari ini seolah-olah membiarkan bangsa Melayu terusir dari tanah mereka atas alasan menempatkan pusat membeli belah dan pembinaan rumah mewah.
Seperti sedia maklum, harga rumah di Pulau Pinang terlalu mahal untuk dimiliki oleh kaum bumiputera di sana. Tiada pembinaan rumah mampu milik malah rumah kos rendah sekalipun tidak pernah difikirkan oleh Guan Eng sepanjang 2 penggal memerintah Pulau Pinang.
Dap penang 2
Inilah dilema yang dihadapi oleh penduduk asal 26 buah kampung yang dirompak oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Sudahlah pampasan tidak ditawarkan, notis pengosongan juga terlalu singkat untuk mereka mencari kediaman baru.
Jadi boleh dikatakan, seluruh Pulau kini adalah hak milik eksklusif DAP dan orang-orang Melayu dan Bumiputera yang mendiami kawasan berkenaan kini sudah boleh memikirkan untuk berpindah dari kawasan pulau sebelum sebarang tindakan pengusiran seperti yang dilakukan oleh Yahudi di tanah Palestin berlaku di Pulau Pinang.