Kakitangan bank mengambil gambar mesin ATM yang dibom oleh perompak di Beaufort, Sabah semalam.
BEAUFORT – Tiga penjenayah hanya memerlukan masa selama 10 minit untuk menebuk sebelum meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam kejadian di sebuah bank di Membakut di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1.40 pagi itu, sejumlah RM70,000 wang tunai berjaya dilarikan kumpulan penjenayah itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Beaufort, Asisten Superintendan Wan Kim Guan berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan tiga suspek yang datang ke premis berkenaan dengan menaiki sebuah kereta.
Katanya, dua daripada suspek itu yang lengkap bertopeng dan memakai penutup kepala memasuki ruang yang menempatkan mesin ATM, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.
SEKUMPULAN perompak meletupkan sebuah mesin ATM milik sebuah bank di Pekan Jitra, Kedah pada 26 April lalu sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM300,000.
Wabak jenayah bom mesin ATM
SEKUMPULAN perompak meletupkan sebuah mesin ATM milik sebuah bank di Pekan Jitra, Kedah pada 26 April lalu sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM300,000.
Wabak jenayah bom mesin ATM
KUALA LUMPUR: Modus operandi yang mudah, hasil lebih lumayan dan hukuman yang ringan menjadi penyebab utama kes rompakan serta mengebom mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bank-bank di seluruh negara yang menjadi trend membimbangkan pada masa kini.
Sepanjang lima bulan tahun ini sahaja, terdapat sekurang-kurangnya 12 kes rompakan mesin ATM dilaporkan di seluruh negara melibatkan kerugian mencecah RM1,691,390.
Pengarah Institut Jenayah Kriminologi Universiti HELP, Datuk Akhbar Satar (gambar kecil) berkata, penjenayah hari ini mula beralih daripada cara lama merompak di dalam bank kepada melarikan atau mengebom mesin ATM kerana risikonya yang rendah.
“Ada tiga sebab pencurian mesin ATM kerap berlaku. Pertama, motivated offender yang ingin mencuri untuk mendapatkan kesenangan dengan cara mudah.
“Kedua, suitable target kerana ada lebih 10,000 buah mesin ATM di Malaysia dan akhir sekali, absence of guardian iaitu tiada penjagaan keselamatan yang ketat.
“Tambahan pula, hukuman mencuri wang mesin ATM masih dianggap ringan iaitu penjara antara tujuh hingga 20 tahun, berbanding jika penjenayah merompak dan mencedera atau membunuh orang sewaktu merompak bank,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Sindiket palsukan penyata KWSP
Sindiket palsukan penyata KWSP
PETALING JAYA – Polis berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang digunakan untuk membuat pinjaman peribadi di beberapa bank selepas tertangkapnya empat lelaki dalam dua serbuan berasingan di USJ 12, Subang Jaya, Isnin lalu.
Kegiatan sindiket itu terbongkar selepas dua buah bank gagal menerima bayaran ansuran pinjaman yang dilakukan peminjam sebelum membuat laporan polis pada 4 dan 5 Mei lalu berhubung penipuan membabitkan pemalsuan dokumen.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, bertindak atas risikan, polis menahan dua lelaki yang merupakan peminjam semasa sedang berurusan menggunakan penyata palsu terbabit di sebuah bank pada Isnin lalu.
Katanya, polis kemudian berjaya menahan dua lagi suspek di sebuah pusat beli-belah di USJ 12 di sini pada hari sama.
“Kita dapat menyelesaikan dua kes membabitkan kerugian berjumlah RM27,800 dengan tertangkapnya empat suspek berusia antara 21 hingga 45 tahun itu. Bagaimanapun, pihak polis percaya mereka ada membuat pinjaman lain.
“Selain itu, kita juga merampas sebuah mesin fotokopi, 15 helai penyata KWSP asli milik beberapa individu, empat helai penyata yang telah dipotong untuk diubah suai serta sembilan helai salinan penyata yang telah siap diubah suai,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya semalam.
Komen Weblog IbnuHasyim:
Hari ini saja sekurang-kurangnya terdapat 3 berita rompakan atau curi wang seperti di atas. Apakata kalau digunakan undang-undang untuk penjenayah yang lebih berkesan. Merompak, menyamun, mencuri, perlu dididik dengan hukum potong tangan di khalayak ramai, seperti yang dilakukan di beberapa negara Islam. Lihat kejayaannya, begitu juga boleh disaksikan dalam sejarah Islam.
Apa Hukum Mencuri Dalam Islam.?
Masyarakat kita sekarang ini berhadapan dengan suasana yang cukup parah. Jenayah berlaku berleluasa, tanpa dapat disekat dan dihapuskan. Setiap hari akhbar arus perdana menceritakan kes rompakan, peras ugut, ragut, pecah rumah dan mencuri. Walaupun pihak berkuasa mengenakan hukuman yang lebih berat, meningkatkan rondaan dan pengawasan yang lebih banyak.
Puncanya adalah kerana hukuman bagi pesalah yang melakukan jenayah ini dihukum tidak mengikut hukum-hukum Allah SWT, akibatnya jenayah ini tidak dapat dibendung ataupun dikurangkan. Penjenayah hanya dihukum penjara dan di dalam penjara boleh makan, minum dan berehat dan tidak merasai kerugian pada dirinya.
Dalam zaman Nabi SAW dan para sahabat hanya terdapat beberapa kes saja melibatkan jenayah mencuri yang berlaku dan pesalah telah dijatuhkan hukuman had iaitu dipotong tangan.
Nabi SAW pernah berpesan yang bermaksud..
Dalam Islam salah satu daripada jenayah yang dikenakan hukum hudud adalah mencuri. Mencuri adalah mengambil harta orang lain termasuk dengan jalan diam-diam diambil dari tempat penyimpanannya. Mencuri adalah satu perbuatan mungkar dan berdosa besar. Sesiapa sahaja yang mencuri, cukup bukti-buktinya dan memenuhi syarat ditetapkan syarak akan dikenakan hukum hadd iaitu dipotong tangannya.
Firman Allah SWT maksudnya :
Syarat hukum mencuri :

- "Seorang mukmin itu tidak akan mencuri, ketika mana melakukan perbuatan itu dia adalah mukmin."
Dalam Islam salah satu daripada jenayah yang dikenakan hukum hudud adalah mencuri. Mencuri adalah mengambil harta orang lain termasuk dengan jalan diam-diam diambil dari tempat penyimpanannya. Mencuri adalah satu perbuatan mungkar dan berdosa besar. Sesiapa sahaja yang mencuri, cukup bukti-buktinya dan memenuhi syarat ditetapkan syarak akan dikenakan hukum hadd iaitu dipotong tangannya.
Firman Allah SWT maksudnya :
- "Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Maidah ayat 38)
Syarat hukum mencuri :
- Pencuri tersebut sudah baligh, berakal dan melakukan pencurian itu dengan kehendaknya.
- Barang yang dicuri itu sedikitnya sampai 1/4 dinar. (harga semasa 1 dinar = 4.25 gm emas = RM 688.00 oleh itu 1/4 dinar bersamaan RM 172.00)
- Barang itu bukan kepunyaan si pencuri dan tidak ada jalan yang menyatakan bahawa ia berhak atas barang-barang itu.
No comments:
Post a Comment