PUTRAJAYA: Mahkamah syariah sewajarnya diberikan hak dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka yang tidak mengganggu bidang kuasa mahkamah sivil, begitu juga sebaliknya, kata Felo Utama Pusat Kajian Syariah Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz.
Beliau berkata usul Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 yang dibentangkan di Dewan Rakyat minggu lepas, tidak sedikit pun mengganggu bidang kuasa mahkamah sivil tetapi ia memperkasa institusi mahkamah syariah.
Ia tidak mengganggu bidang kuasa yang diberikan oleh undang-undang dan perlembagaan kepada mahkamah sivil, sekiranya ada pihak tertentu yang mempertikaikan cadangan pindaan itu, mereka seharusnya melihat semula apakah yang bercanggah dari segi perlembagaan, katanya.
"Kalau mereka cuma meletakkan satu anggapan bahawa ia membuka laluan supaya hudud boleh diamalkan, ia tidak betul kerana mahkamah syariah belum lagi boleh mengendalikan kes berkaitan curi, merompak atau membunuh.
"Kalau sampai kita membicarakan kes curi dan bunuh di mahkamah syariah, barulah ia dikatakan menggugat Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau kepada media selepas membentangkan kertas kerja bertajuk 'Wasatiyyah dan Perlembagaan Malaysia, Satu Pandangan' di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Dr Shamrahayu berkata orang Islam seharusnya diberikan kebebasan hak beragama sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan konsep perlembagaan memberikan hak kepada orang Islam untuk kebebasan beragama selagi ia tidak bercanggah dengannya.
Sehubungan itu, pembentangan cadangan rang undang-udang pindaan berkenaan tidak sepatutnya dipolemikkan, katanya.
Beliau berkata tentangan dalam kalangan ahli politik bukan Islam mengenai cadangan pindaan itu haruslah ditangani dengan meningkatkan kefahaman mereka mengenai konsep meraikan kepelbagaian sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.
Dr Shamrahayu menarik perhatian bahawa rang undang-undang mengenai mahkamah syariah itu juga bukanlah kali pertama diperkenalkan.
"Ketika diperkenalkan pada 1965, ia mendapat banyak sokongan dan ketika pindaan kali pertama pada 1984 tidak pernah ada bantahan seperti yang dihadapi hari ini," katanya.
"Ketika 1965, denda adalah RM1,000 dan hanya selepas 20 tahun ia dipinda kepada RM3,000 namun persoalan mengenai pindaan itu tidak pernah timbul kerana ia tidak mengubah apa-apa bentuk jenis kesalahan kerana yang diubah cuma penambahan jumlah hukuman malah tidak mengacau orang bukan Islam," katanya. – BERNAMA
5 comments:
Nama BN tapi MCA perintah, nama PH tapi DAPig perintah Msia.
Kita hanya nampak BN yg memerintah negara sekarang namun walau apa pun umno yg kita nampak memerintah tapi urusan2 islam umno serahkan kpd org bukan islam dlm parti komponen BN utk menentukannya.
Sama lah nanti apabila PH (Pakatan Harapan) menang & memerintah maka DAPig yg akan menentukan segala urusan pentadbiran negara sbg Pengarah Urusan nanti. PKR akan menjadi Manager & PAN hanya sbg Asisstant Manager.
PAN Adalah Khadam DAP dan DAP pula anti Islam
http://www.ismaweb.net/2016/05/kata-pedang-satu-undi-kepada-pan-bermakna-satu-undi-untuk-dap/
KATA PEDANG: Satu undi kepada PAN, bermakna satu undi untuk DAP
SECARA demokrasi, sesiapa yang berkelayakan dan memenuhi syarat dibenarkan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, termasuk calon bebas.
Namun, ada juga yang berpandangan adalah lebih baik bagi PAN meletakkan calon mereka di dua kerusi berkenaan, untuk menguji sejauh mana sambutan rakyat terhadap parti serpihan PAS itu.
Bagi mereka, pertembungan tiga penjuru yang mungkin bakal berlaku itu, akan menjadi contoh penilaian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.
Dengan itu, perkiraan boleh dibuat secara lebih mendalam bagi menghadapi situasi demikian.
Bagi Pedang pula, biarlah kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini ditandingi mengikut tradisinya iaitu pertembungan satu lawan satu antara PAS dan Barisan Nasional (BN).
Hal ini kerana, walau siapa pun yang menang, kerusi itu akan terus kekal di tangan orang Melayu Islam bersesuaian dengan majoriti pengundinya adalah bangsa Melayu.
Mengikut rekod, Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi dengan pecahan kaum Melayu 28,776 (67.18 peratus), Cina 13,142 (30.68 peratus), India 820 (1.91 peratus) dan kaum lain 98 (0.23 peratus).
Kuala Kangsar pula mempunyai lebih 31,871 pengundi dengan pecahan Melayu mewakili 69.18 peratus, Cina 23.62 peratus, India 7.12 peratus dan kaum lain 0.09 peratus.
Meskipun bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang kini Timbalan Pengerusi PAN Perak amat yakin partinya mempunyai peluang sehingga 51 peratus untuk mengalahkan calon BN, Pedang tetap tidak bersetuju dengan pencalonan PAN.
Agenda Melayu dan Islam bukan agenda utama PAN dan pakatan itu.
Jikapun PAN mahu memperjuangkan Islam menerusi politik, PAN mesti akan akur dan tunduk jika DAP menentang tindakan Islamisasi oleh PAN.
Ini sudah jelas, tak perlu dibuktikan lagi.
Tambahan pula, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad telah menegaskan bahawa DAP adalah parti dominan dalam pakatan (tiada) harapan, bukannya PAN atau PKR.
Oleh itu, pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jangan beri ruang langsung kepada PAN jika mereka bertanding pada hari pengundian 18 Jun nanti.
Kata Pedang: Semua sudah maklum, PAN hanyalah ‘hamba’ kepada parti rasis dan cauvinis DAP dalam pakatan (tiada) harapan
Adakah Penduduk kampung di Sungai Besar dan Kuala Kangsar mahu nasib malang penduduk kampung di Penang melanda mereka?
Ketahuilah PAN adalah Khadam DAP dan Kerajaan Penang menzalimi orang melayu Islam di Penang persis nasib rakyat Palestine
http://www.ismaweb.net/2015/12/lagi-kampung-melayu-di-pulau-pinang-bakal-lenyap/
Lagi kampung Melayu di Pulau Pinang bakal lenyap?
GEORGE TOWN, Rabu — Sebuah lagi perkampungan Melayu di Pulau Pinang iaitu Kampung Selut, Sungai Pinang di sini bakal lenyap selepas penduduk di situ dimaklumkan kawasan berkenaan akan dibangunkan semula oleh pemaju.
Kampung berkenaan yang terletak berhampiran bandaraya George Town di sini wujud sejak 1960-an dan menempatkan kira-kira 5,000 penduduk.
Pengerusi Kariah Masjid Jamek Sungai Pinang, Ibrahim Din berkata terdapat 102 buah rumah teres dan 102 rumah jenis sebuah di kawasan berkenaan yang dibina atas milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dipercayai terlibat dalam projek pembangunan semula di situ.
“Tanah itu adalah milik seorang individu dan kerajaan Pusat yang diterajui perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein ketika itu memberikan sejumlah wang untuk membina rumah di kawasan berkenaan bagi membantu orang Melayu yang tidak mempunyai rumah.
“Pemilik tanah itu bersetuju menjadikan kawasan berkenaan sebagai tanah rizab orang Melayu dan Majlis Perbandaraan Pulau Pinang (MPPP) ketika itu dilantik sebagai pemegang tanah terbabit,” dakwanya.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ibrahim yang juga tinggal di Kampung Selut berkata penduduk di situ telah beberapa kali berhubung dengan MBPP untuk membeli rumah-rumah berkenaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, bagaimanapun tidak berjaya ekoran pihak berkenaan enggan menjualnya.
“Selepas beberapa perbincangan hanya pemilik rumah sebuah-sebuah dapat membeli rumah manakala mereka yang tinggal di rumah teres masih menyewa dan kami membayar RM70 sebulan,” katanya.
Beliau berkata sejak awal tahun ini, penduduk rumah teres di situ mula bimbang kerana mereka dimaklumkan MBPP menerusi pemaju akan membangunkan semula kawasan berkenaan dengan pembinaan rumah pelbagai jenis termasuk di kawasan penempatan rumah sebuah-sebuah di situ.
“Pada Jun lepas MBPP telah menghantar surat kaji selidik kepada penduduk bagi cadangan untuk membangunkan semula kawasan berkenaan dan semua penduduk menerusi Kariah Masjid Jamek Sungai Pinang membuat surat membantah cadangan terbabit.
“Kami memang membantah sekeras-kerasnya kerana kampung itu adalah tempat kami malah kami juga tidak dimaklumkan mengenai nasib penduduk di sini jika pembangunan semula dibangunkan. Kami berharap ada pihak yang dapat tampil membantu penduduk di sini,” katanya.
Ibrahim berkata penduduk di situ ada menghantar surat untuk berjumpa dengan wakil kerajaan negeri Pulau Pinang untuk berbincang mengenai masalah itu, namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan.
Seorang penduduk, Siti Fatimah Mohd Midin, 54, berkata dia akan pertahankan haknya sebagai penduduk kampung berkenaan dan menuntut supaya MBPP mempertimbangkan menjual rumah-rumah itu kepada penduduk.
“Saya tinggal di sini sejak rumah itu dibina dan anak-anak saya turut tinggal bersama saya. Jika pembangunan semula dilakukan adakah ia akan memberi kebaikan kepada kami di sini. Saya bimbang kami dihalau tanpa pembelaan atau sebarang pampasan yang sewajarnya, jadi saya harap pihak berkenaan mempertimbang rayuan penduduk di sini,” katanya. — Bernama
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan
Post a Comment