Saturday, May 07, 2016

Sejarah Islam Masuk Sarawak, Perlukah PAS?


TERLANJUR membicarakan pilihan raya DUN Sarawak, sudah dikaitkan dengan kemasukan Islam di Borneo (Sejarah Islam Di Borneo, Sarawak Perlu Pilih Parti... ) maka dilanjutkan kisah kemasukan Islam di Bumi Kenyalang ini.

Menurut Dr. HAMKA رحمه الله, masuknya agama Islam ke Alam Melayu ini nampaknya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, iaitu dengan jalan damai dan beransur-ansur (berperingkat-peringkat), jarang sekali dengan kekerasan dan diterima dengan sukarela oleh penduduk meskipun tidak dengan sekaligus (Lihat Abdulmalik Abdulkarim Amrullah (HAMKA), Sejarah Umat Islam (Edisi Baru), Pustaka National Pte. Ltd., Singapura, 2006, hlm. 669.)

Sesuai dengan ajaran Islam yang murni, orang-orang yang bukan Islam bebas memilih dan mengamalkan agama mereka masing-masing. Tidak ada paksaan dalam agama. Hatta di negara Islam Madinah semasa zaman Nabi SAW wujud penempatan orang-orang Yahudi dan mereka dibenarkan tinggal di situ serta dinaungi di bawah pemerintahan Islam. Cuma bangsa tersebut memang suka berbuat khianat dan akhirnya Rasulullah SAW memerangi segolongan daripada mereka. 

Sejak bangsa-bangsa Barat mula memasuki negeri-negeri Melayu pada permulaan abad ke-16 (1511 M), dimulai oleh orang Portugis, dituruti oleh Sepanyol, kemudian Belanda dan Inggeris, dan pernah juga diikuti oleh bangsa Perancis.

Sarawak
Santubong: Di bawah sistem pentadbiran Kesultanan Brunei, lembah Sungai Sarawak telah diberi sedikit kuasa otonomi dengan pembesar-pembesar tempatan Melayunya sendiri ...

Menurut Sanib Said, Umat Islam di Sarawak: Dulu, Sekarang dan Akan Datang, dlm. Masyarakat Melayu Sarawak: Himpunan Kertas Seminar Budaya Melayu II, Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Kuching, 1998, hlm. 31. menyebutkan kisah Datuk Merpati Jepang menandakan permulaan sejarah umat Islam di lembah Sungai Sarawak dengan penubuhan sebuah kerajaan di Pasir Kuning iaitu Santubong.

Adalah dipercayai, secara tradisinya, Datuk Merpati Jepang inilah nenek moyang golongan berketurunan Abang di Sarawak. Pengkisahan Datuk Merpati selalunya dikaitkan dengan mitos dan dongeng yang ada kalanya tidak masuk akal. Misalnya, salah seorang adik beradiknya dikatakan pernah bertukar menjadi naga dan menyelematkan ayah dan keluarganya daripada kesusahan. Boleh dikorek-korek kebenaran yang ada disebalik kisah-kisah khayalan tersebut.
Cerita tentang Datuk Merpati Jepang mungkin boleh dipertikaikan, tetapi Santubong memiliki bukti-bukti sejarah yang menunjukkan bahawa tempat tersebut adalah sebuah kota-pelabuhan (port city) yang penting sejak abad ke-7 M lagi. Kajian arkeologi menunjukkan bahawa sudah wujud kerajaan tua Melayu Sarawak di Santubong. Begitu juga halnya di Samarahan, Kalaka, dan Sadong. 

Brunei

Walaubagaimanapun, kesemua kerajaan Melayu/Islam Sarawak yang tua ini telah jatuh ke tangan Kesultanan Islam Brunei dan diceritakan dalam hikayat-hikayat lama seperti Syair Awang Samaun dan Silsilah Raja-Raja Brunei. Seperti yang disebutkan, peluasan kerajaan Brunei berlaku dengan pesatnya ketika pemerintahan Sultan Bolkiah pada kurun ke-16 M dan pada waktu itulah Kesultanan Melayu/Islam Brunei meluaskan pengaruhnya ke Filipina, Sabah, dan seterusnya Sarawak.

Di bawah sistem pentadbiran Kesultanan Brunei, lembah Sungai Sarawak telah diberi sedikit kuasa otonomi dengan pembesar-pembesar tempatan Melayunya sendiri seperti Datu Patinggi, Datu Bandar, dan Datu Temenggong. Pada abad ke-17, Sarawak menjadi sebuah negeri berdaulat apabila Sultan Brunei melantik adindanya Pengiran Tengah menjadi Sultan Sarawak Darul Hana. Dan bagindalah (Sultan Tengah) sultan Sarawak yang pertama dan terakhir.

Kemudian setelah ketibaan James Brooke yang bercita-cita tinggi ke Sarawak, maka menyusutlah pengaruh dan kuasa pembesar-pembesar Melayu/Islam di Sarawak dan hampir pupus sama sekali ketika era penjajahan British. 

Miri

Di Miri contohnya, menurut tradisi tempatan, orang pertama yang bertanggungjawab membawa agama Islam ke bandar minyak (pada masa itu masih berupa perkampungan nelayan) tersebut ialah Nahkoda Gampar dan anaknya. Masjid Miri yang pertama telah dibina dalam kurun ke-19 M di tebingan sungai Miri dan boleh memuatkan lebih kurang 100 orang jama’ah. 

Masjid yang kedua pula dibina dalam era sebelum Perang Dunia ke-II dan boleh memuatkan kira-kira 200 orang jama’ah. Namun pada hari ini kesan-kesan awal Islam di bandaraya tersebut tidak mungkin dapat diketahui lagi. Yang ada hanyalah Islam yang diketahui pada hari ini berdasarkan tempat, orang, dan bangunan yang ada pada masa kini. 

Generasi-generasi awal juga semakin hari semakin ramai yang telah kembali ke rahmatullah. Tidak banyak yang dapat kita pelajari daripada sejarah masa silam. Dan yang lebih menyedihkan dikatakan tidak ramai di kalangan masyarakat Melayu/Islam di Miri yang mengetahui, dan mahu ambil tahu, tentang sejarah umat ini. 

Jatidiri Melayu mereka mungkin masih kukuh dan dipertahankan. Tetapi nilai-nilai Islam dan sifat-sifat yang seharusnya ada pada seorang Muslim dan Muslimah kelihatan seolah-olah semakin terhakis. Jika kita menjenguk kembali peristiwa-peristiwa bersejarah di negeri ini, pasti kita akan mengetahui bahawa pada suatu ketika dahulu pernah wujud individu-individu Muslim yang berjuang demi agama dan tanah air hingga ke titisan darah yang terakhir.

Sibu

Bagi masyarakat Melayu di Sibu, nama Rosli Dhobi sudah pasti suatu nama yang amat dikenali sehingga ke hari ini. Jasanya, oleh sebab keikhlasannya berjuang mempertahankan maruah agama dan tanah air, terus dikenang oleh rakyat melampaui zamannya. Sebelum itu, telah ada pejuang-pejuang Melayu/Islam yang cekal dan tabah seperti Sharif Masahor yang terkenal dengan penentangannya terhadap pemerintahan Brooke. 

Dan ramai lagi wira-wira Melayu/Islam Sarawak yang nama-nama mereka tertulis di dalam rekod-rekod sejarah negeri ini. Dan catatan ini sekadar untuk mengungkapkan bahawa kelompok Melayu/Islam telah memainkan peranan yang cukup penting dalam pembentukan dan pembangunan sebuah negeri yang bernama Sarawak ini. 


Di tahun 1960an dan awalnya, Melayu Persisir sering dipandang rendah lewat pengelompokan sebagai Orang Laut. Loghat Melayu Kuching sangat ketara di sekitar ...

PAS Perlu Di Sarawak?

Oleh itu amat patutlah bila Presiden sebuah parti Islam (PAS) di Malaysia ini  Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bahawa partinya tidak pernah ‘menghalalkan’ orang lain dan langsung tidak setuju DAP (bukan parti Islam) memerintah Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 kali ini.


PAS ujar beliau, sebaliknya mahu pemerintah di bumi Kenyalang itu mestilah daripada kalangan orang bumiputera tempatan yang beragama Islam berbanding DAP Sarawak yang sehingga kini masih lagi diterajui oleh kaum Cina.
“PAS mahu rakyat dan negeri Sarawak terus diperintah oleh bumiputera, bukan kaum-kaum lain malah hanya orang bumiputera mesti memerintah Sarawak dan PAS mahu calon tersebut ialah bumiputera yang beragama Islam." kata beliau.
Sekian, wallahu 'akalam. (Ibnu Hasyim).

8 comments:

Anonymous said...

Kah kah kah PAN sudah dilupakan

Kit Siang Cuma Berkempen Untuk DAP Sahaja, Tak ada Untuk PKR dan PAN @ ANAMAH
Posted on Friday, May 06 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Berita

Penasihat DAP, Lim Kit Siang seolah-olah tidak lagi memandang kepada Pakatan Harapan apabila cuma menyeru rakyat Sarawak supaya mengundi partinya, DAP sahaja dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Beliau langsung tidak menyeru atau menyebut tentang parti lain dalam Pakatan Harapan yang hakikatnya turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).


Sikap beliau ini menimbulkan desas-desus kuat mengenai perpecahan yang sedang berlaku dalam Pakatan Harapan ekoran daripada perasaan tamak dan perebutan antara ahli PH dan para pemimpinnya untuk memegang kuasa.

“Saya menyeru pengundi di Sarawak untuk solid mengundi 31 calon DAP dalam PRN Sarawak Ke-11,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Krisis diantara DAP, PKR, dan PAN berlaku disebabkan sikap tamak ketiga-tiga parti mahu bertanding di kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak.

Situasi itu menyebabkan PKR dan DAP akan bertarung sesama sendiri di enam kerusi DUN dalam PRN Sarawak kali ini.

PKR dan DAP mencapai persetujuan sementara untuk mengarahkan semua pemimpin dan penyokongnya mendiamkan kemelut tersebut hingga PRN Sarawak selesai. – Sumber Mynewshub.cc

Anonymous said...

Salam semua,

Sorry lama tak join komen. Busy gila.

Best juga komen di atas dibaca secara literally ikut ulasan Mynewshub. Wartawan Mynewshub tu tulis ikut je membabi-buta.

Yang Presiden PAS lagi best. Tak nak memerintah nak jadi penasihat je!!!

Baik masuk Tabligh!!!

Itulah kenyataan orang yang mandul air mani tak ada sperma.

Ingat baik-baik, PAS tak akan menang satu kerusi pun dalan PRN Sarawak kali ni.

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam semua,

Yang mustahak sekali, kebanyakan yang tinggal dalam PAS semuanya yang bodoh-bodoh tak ada kualiti je.

Saya dah berdebat sakan di sini hari tu. Saya minta alamat email saya nak email semua bukti yang diminta. Apa jadi???

Pondan kepada kebenaran!!! Lepas tu cakap saya tiada bukti.

Macam ni ke orang Islam?

Bukan ikut Rasulullah S.A.W. Ikut Tuan Guru Hadi Awang.

Rasulullah cintakan kebenaran. Hadi, kritik kena pecat.

Bodoh nak mampus sapa ikut.

Yang masih jahil,

Nobody

Anonymous said...

Ko memang jahil pun. Abu jahil.

Anonymous said...

Salam En. Anonymous di atas,

Tak kisah la kata saya abu jahil. Kalau berani berdebatlah.

Jangan nanti terbukti lebih jahil daripada saya.

Nanti jadi datuk segala kejahilan.

Ada berani???

Yang jahil,

Nobody

Unknown said...

Biarlah aku ulang buat kesekian kalinya.. PAS menasihati najib hanya dlm perkara2 yg ada kepentingan islam.. dalam perkara2 mungkar PAS tetap akan tegur atau paling kurang PAS tak campur.. tapi dlm mana2 pilihanraya, PAS tetap akan lawan UMNO/BN..

Bukan macam PAN yg gagal menasihati DAP dalam perkara mungkar spt penghinaan SATAN TGPDRamasamy ke atas DZN.. malah tidak akan sesekali melawan DAP dlm mana2 pilihanraya kerana status KHODAM DAP yg dipegang PAN.. 

Kalau setakat sesekali TGHH berada sepentas dgn najib (atas kepentingan islam pulak tu), macammana plk dgn PAN yg dah berkali2 sepentas dgn Tun M dan TSMY utk selamatkan UMNO??

Unknown said...

Kalau PAN bijak2 pastinya sudah ada perlembagaan parti PAN.. perlembagaan mana perlembagaan? Bijak ke org tak de perlembagaan nih?

Unknown said...

Tak perlu buang masa.. lihatlah dgn mata hati kerana ia pasti berbeza dgn mata kasar..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails