Wednesday, May 18, 2016

Selak Skirt, Londeh Seluar, Pakaiannya Membuat Lelaki Bertindak Begitu.. Lihat Video Ini!


Andrea Noel
Andrea Noel, 27, sedang berjalan di satu kawasan di Condesa, Mexico, apabila secara tiba-tiba seorang lelaki yang mengekorinya dan belakang tanpa disedarinya, telah menyelak skirt Andrea lalu melondehkan seluar dalam yang dipakai wanita itu.
Lelaki berkenaan kemudiannya melarikan diri.
Keadaan ini memaksa Andrea yang juga seorang wartawan memuatnaik insiden memalukan itu, yang telah dirakamkan CCTV ke dalam media sosial bagi tujuan mengesan lelaki itu.
“Lelaki ini telah mengangkat skirt saya dan melondehkan seluar dalam saya di tengah-tengah Condesa.
“Jika sesiapa mengenalinya, sila dedahkan dia. Wanita sepatutnya berasa selamat ketika berjalan,’’ katanya.
Polis juga sedang mengesan lelaki terbabit.
Ironinya kejadian itu berlaku pada 8 Mei lalu iaitu pada Hari Wanita Sedunia.
Meskipun Andrea mendapat sokongan ramai, namun tidak kurang pula yang mengecamnya kerana memakai skirt pendek hingga memudahkan lelaki itu bertindak sedemikian rupa.

Oleh itu Islam menggariskan peraturan berpakaian baik, sopan dan berakhlak bagi wanita, seperti firman Nya,

  • “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian yang terbaik adalah pakaian yang sederhana dan sopan. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah2an mereka memperhatikan.”

Sila lihat juga..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails