Friday, May 20, 2016

Selamatkan Janda Anak Kecil Ini Dari Lembah Pelacuran..

SEORANG janda disyaki pelacur ditahan pihak berkuasa di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Tindakan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyamar sebagai pelanggan telah membongkar kegiatan tidak bermoral seorang janda yang membawa anak kecil ketika melakukan kegiatan pelacuran di Jalan Hamzah di sini semalam.
Setiausaha MPKB-BRI, Nik Mohamed Noor Nik Ishak berkata, wanita berumur 23 tahun itu membawa anak lelakinya berusia lingkungan setahun lebih bagi mengaburi pihak berkuasa.
“Hasil penyamaran anggota kita telah berjaya mencekup janda terbabit yang mendakwa menjadikan aktiviti tidak sihat itu sebagai sumber pendapatan untuk menyara anaknya.
“Sebelum wanita itu dicekup, seorang lelaki berusia 40-an dipercayai bapa ayam cuba menawarkan khidmat wanita terbabit pada harga RM120.
“Selepas bayaran dipersetujui kedua-dua pihak, wanita berkenaan kemudian dibawa ke hotel bajet berhampiran sebelum ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di pejabat MPKB-BRI di sini semalam.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, ke arah menyelamatkan janda anak kecil ini dari lembah pelacuran.

12 comments:

Anonymous said...

Byk laa pak hasyim remaja, janda,pelajar ipt bt kerja sebegini... desakkan idup...lg satu mereka guna fatwa masitah.... mantan ahli perlement baling.... jk terdesak tk ada mkn boleh di bolehkan.

Anonymous said...

Herannya bila masa mangkok anak Pak Hashim ni sempat mengunjungi tempat-tempat ibadah begini untuyk mendapat sumber?

Anonymous said...

Anon May 19, 2016 at 3:49 PM

Lu bodoh, lu pikir orang lain pon bodoh serupa lu.
he he he

Anonymous said...

pimpinan tak rasa bersalah ka pakai kereta mewh, harta bertimbun sedangkan rakyat melarat... mana pergi institusi zakat, mana pergi keprihatinan umat islam dalam negeri hebat ini...

Anonymous said...

Kata kelantan serambi mekah takkan benda cam gini pun ada?? Apakah ini salah satu ciri membangun bersama islam??

Anonymous said...

Kerana kerajaan Msia tak mahu luluskan hudud, tu sebab jadi begitu.

Anonymous said...

Inilah nasib seorang janda setelah dapat tarbiah dari Ibnu Hasyim dan kerajaan Pas Kelantan.Tetapi Ibnu Hasyim dan kerajaan Pas Kelantan tetap akan menyalahkan kerajaan Pusat.

Anonymous said...

hanya umno/dap yang kata kerajaan pusat tak salah. dalam Islam, kerajan yang tak laksana undang-undangIslam yang salah besar.

Anonymous said...

Cedaap bee
Tak kiralah kat mana puon dalam mesia ni ada mende2 gini, apalagi kat kelumpo tu, bukan takat janda, bawah umur, tok nenek, dalam negara luar negara suma ade
Pasai ape jadi gitu?
Pasal pemimpin mesia budus la makanya jadik gitu, lepas tu tunjuk kata orang sana orang sini, penjilat pulak suka jilat lendir perghhh maka jadilah apa yg pemimpin suka
Machitah pun buat gitu kot bila terpaksa eh jangan ingat menteri tak ada yg paksa tauuu

Anonymous said...

Tunggu hudud parti islamiah bersama parti melayuwiyah untuk buat hudud di kelantan. Politik dikir barat; "harap ko mat yakob, mat yakob dok pandāī bbini, mujor pok nik sanggop nok nnikoh dengĕə najibi, hudud weeehh, manoo la huduud

Anonymous said...

Ibnu Hasyim dan pemimpin PAS sebenarnya sibuk nak tambah bini,kisah begini tolak kat UMNO saja.

Anonymous said...

Skg masih nya menjual agama. Siapa pandai jual agama skg memang boleh hidup senang lenang, Walaun pun dapat tumpang sekaki

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails