Monday, May 02, 2016

Taktik Kempen DAP Lebih Kotor Daripada BN – Jenice Lee Ying Ha

jenice lee
Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Teratai, Selangor Jenice Lee Ying Ha mendedahkan bahawa taktik kempen DAP lebih kotor daripada Barisan Nasional (BN).
Jenice Lee berkata demikian ketika merujuk kepada satu insiden dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ketika beliau berkempen untuk calon bebas DUN Pujut, Fong Pau Teck.
“Malam ini apabila kita berceramah di pentas calon bebas Fong Pau Teck ahli-ahli DAP sengaja datang pasang baner besar dalam jarak 40 meter demi menghalang penduduk mendengar dan melihat muka Fong Pau Teck.
“Kita cakap baik-baik dengan mereka tetapi mereka tidak peduli.
“Dulu BN pun tak pernah buat begitu. Sangat sedih dimanakah quality ahlinya?,”katanya sambil melampir gambar di bawah.
dap kejam
Jenice Lee sedia berkempen untuk Fong yang bertanding sebagai calon bebas di DUN Pujut kerana nasib yang menimpa mereka hampir sama iaitu dipecat daripada DAP tanpa diberi peluang membela diri.
Fong merupakan wakil rakyat DAP di DUN Pujut pada PRN Sarawak 2011, namun beliau dipecat keahlian parti pada tahun 2013 kerana enggan membayar sumbangan bulanan kepada parti.
Pada PRN 2016, Fong sekali lagi bertanding sebagai calon bebas untuk mempertahankankan DUN Pujut yang pernah diwakilinya dengan menentang tiga calon lain iaitu Ting Tiong Choon (DAP), Datuk Hii King Chiong (BN) dan Jofri Jarainee (PAS).
jenice
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..

1 comment:

Anonymous said...

Roket bersikap biadap dan tidak bertamadun dan tidak bermoral kerana Roket telah menghina agama Islam dan umat Islam. Contoh:

(1) Seekor berok betina roket mendakwa khutbah Jumaat yang disampaikan Khatib dikatakan menanam sifat extrimis.

(2) Seekor berok jantan telah menghina pakaian umat Islam yang menutup aurat.

Bagaimana boleh manusia yang mendakwa diri mereka beragama Islam menyokong Roket dan pemimpin kafir yang menghina Islam dan umat Islam? Bukankah ini bererti mereka adalah munafik yang berpura-pura beragama Islam tetapi hati memusuhi Islam?

Marilah kita semua memulaukan (boycott) Roket supaya Roket kalah teruk dalam PRU kerana Roket menghina Islam dan umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails