GEORGETOWN - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi berkongsi pentas dengan pakatan pembangkang apabila hadir menyampaikan syarahan anjuran Penang Institute di Pusat Konvensyen Straits Quay, di sini hari ini.
Dr Mahathir ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiba di Pusat Konvensyen Straits Quay pada 4.30 petang dan diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta beberapa wakil rakyat DAP dan PKR Pulau Pinang.
Beliau menyampaikan syarahan bertajuk 'Quo Vadis Malaysia? Ke manakah Hala Tuju Malaysia' selama satu jam di hadapan lebih 1,000 orang.
Pada 9 April lepas, Dr Mahathir menghadiri Malam Anugerah Pembangunan Usahawan Malaysia di sini yang turut dihadiri ketua menteri Pulau Pinang.
Sementara itu, dalam sidang akhbar, Dr Mahathir menyifatkan kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah hasil daripada pandangan rakyat negeri itu terhadap kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sarawak.
Dr Mahathir dijadual menghadiri Majlis Bersama Pemimpin di Dewan Millenium, Kepala Batas pada 8.45 malam ini yang turut dihadiri Lim dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta pemimpin pakatan pembangkang. - Bernama.
Adakah Tun M sudah masuk perangkap DAP yang menggunakan Tun unruk kepentingan politiknya?
5 comments:
Yang pasti PAN adalah talibarut DAP
Rasanya tak lah sampai keperingkat itu lagi, kot?
Cuma yg pasti, diperbodohkan oleh DAP adalah sohih.
Perangai DAP ni, dia akan berkawan yg boleh beri keuntungan pada dia.
Dia meninggalkan PAS kerana dah tak boleh utk 'makan' kerana PAS ingkar dan perintah dia.
lalu dicarikan teman baru, yg dirasakan boleh memberi keuntungan utk survival politik mereka melalui undi melayu. PAN dipelawa dgn penuh muslihat. Dek kerana terlampau nak jatuhkan UMNO, PAN tanpa sedar diperbodohkan DAP secara terlajak laris..auw..
Kini, DAP dah tak berapa selera dengan PAN, pilihantaya Sarawak sebagai kayu ukur jelas, PAN ni mula dikenali sebagai jenis cakap besar dan terlebih perasan akan kekuatan dirinya. Habis dihebohnya..kononnya dah berjaya melumpuhkan byk bilik gerakan BN ditempat mereka bertanding..Pui..hakikatnya wang deposit hangus..
Kini DAP mulai mendekati Dr M, kot2 ada peluang utk dapat undi dari Melayu Haprak macam Dr M dan kuncu2nya.
Lihat dgn mata hati..................
Mr Nobody..hang tak nampak lagi ke?
Mat Sabu pulak tengah pening sebab beliau akan kehilangan jawatan prwsiden PAN kpd Husam Musa. Dengar kata deen pudu, hanipa maidin, khalid samad akan dicantas bila husam jadi president
Yg saya nampak Tun M untung DAP pun untung.. PKR untung tidak rugi pun tidak.. manakala PAN pula yg rugi..
Post a Comment